Followers

Thursday, November 26, 2009

Pause...

I have something to do....

I have to leave this page for a while...

I have to deal with it...

No matter what...

I have to settle...


Will be back later...


Will continue updating live from everywhere...


Do urge me...Do force me....Do miss me...


Cause I gonna Miss You!!!!!!!

Wednesday, November 25, 2009

Sana...Sini...Situ...Melaka - Bahagian 3 -

Kan saya pernah cakap sebelum ni Melaka antara negeri dalam Malaysia yang paling  saya gemari untuk pergi biarpun berulang-ulang kali.  Macam ada tarikan magnet untuk saya ke sana.  Entahlah, mungkin kerana status Bandaraya Bersejarah antara sebab ianya mempunyai daya kuasa yang amat kuat.  Saya cuba menghayati dan menyelami  keindahan sejarah yang telah ditinggalkan.  Sejarah???!!Ye, kerana sejarah.  Dengan adanya sejarah maka kita dapat menikmati kehidupan hari ini.  Ada yang mengatakan apa gunanya mengenang sejarah, masa depan lebih penting dari segalanya.  Terpulang kepada individu itu sendiri, tetapi bagi saya sejarahlah yang akan mendewasakan kita dalam menempuhi hari mendatang untuk berjaya di masa hadapan.  Melalui sejarah juga kita akan dapat memperbaiki segala kesilapan dengan harapan ianya tidak akan berulang.


Berbalik kepada tajuk asal mengenai persinggahan saya di Melaka.  Wah!!Dah masuk bahagian tiga, tapi ceritanya masih tak habis-habis lagi.  Agaknya sampai episod berapalah saya nak buat ye.  Oklah, lepas je sesi makan-makan di Kedai Haji Isenin, kitaorang pun merangka-rangka perjalanan samada nak pulang ke KL ke, atau nak jalan-jalan ke.  Saya mengikut je, mana-mana pun boleh.  Akhirnya diaorang capai keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka iaitu Bandar Hilir


Apa yang saya boleh katakan, Melaka hari ni begitu berbeza jika dibandingkan dengan 4 ke 5 tahun dahulu.  Pembangunan memang tak boleh nak dinafikan.  Kebanjiran warga luar dari Melaka juga memberangsangkan.  Negeri Melaka meletakkan sasaran untuk menjadi negeri maju pada tahun 2012.  Kebetulan pula dengan kehadiran cuti sekolah di kalender, menyebabkan Melaka bertambah sesak.  Kesesakan lalu lintas di sana sini.  Lampu isyarat setengah batu satu.  Ada separuh jalan di besarkan, ada separuh jalan dibiarkan kecil.  Ini semua menyebabkan kepadatan kenderaan di jalan raya.  Kitaorang sampai takut nak masuk salah jalan sebab nanti bila nak pusing balik tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. 


Berbezalah perjalanan dari Alor Gajah ke Ayer Keroh.  Kalau jalan dari Alor Gajah, kita masih boleh menikmati rumah-rumah bercirikan tradisional.  Masih ada pokok-pokok walaupun wujud lebuhraya.  Nama-nama jalan atau kawasan juga masih kekal lama.  Ada antaranya yang membuat kitaorang tersengih sebab bila menyebutnya kelakar seperti MELEKEK, AIR PA'ABAS, GERAI OMAK DEN dan macam-macam lagilah.  Ini semua adalah ciri-ciri yang kita harus lindungi, betul tak??  Walaupun nama-nama ni terpancar ciri kekampungan atau ketinggalan zaman namun ianya terselit nilai estetikanya yang tersendiri.  Tetapi pandangan menjadi amat berbeza apabila masuk je ke kawasan bandar.  Projek pembangunan di sana sini.  Dah terasa macam kat KL pula.   Selagi ada ruang kosong semuanya akan dibangunkan.  Walau macamana pun, kitaorang tetap redah jugalah kesesakan untuk pergi ke Bandar Hilir.  Dah sampai, berpusing-pusing pula nak cari tempat letak kereta.  Kalau kat KL memang kitaorang dah tinggalkan je tempat tu, tapi sebab dah datang dari jauh kenalah bersabar sikit.  Nasib baik pemandu-pemandu kitaorang, Abang serta Ejump tinggi tahap kesabarannya.


Memang sesak betul keadaannya.  Kereta menghimpit di sana sini.  Ada polis trafik pun tak dapat nak menyelesaikan masalah.  Bayangkan pusat membeli belah yang ada di tengah-tengah Bandar Melaka boleh habis tempat letak keretanya.  Sikit punya besar pusat membeli belah tu boleh habis lot parking.  Ada pula sesetengah parking mempunyai masa-masa tertentu sahaja boleh digunakan.  Cari punya cari, alhamdulillah dapat juga dan alhamdulillah berhampiran dengan tempat yang kitaorang nak tuju iaitu Menara Taming Sari.  


Ini kali kedua saya menaiki Menara Taming Sari.  Kali pertama dulu sewaktu saya datang dengan teman baik saya Raja.  Waktu tu Menara Taming Sari baru dibuka .  Ayu Bam Bam pun turut naik juga pada waktu tu.  Mula-mula fikir memang tak nak naik lagi, tapi nak menemankan Ejump sekeluarga punya pasal, naik jugalah kitaorang.  Untuk warganegara Malaysia yang mempunyai Mykad akan dapat diskaun, dari RM15 ke RM10.  Dalam pada  nak naik Menara Taming Sari tu, saya telah terpandang sesuatu yang menarik untuk dicuba.  Apakah bendanya, nanti kita kongsi ye.  Bagi saya habiskan dulu hal ehwal Menara Taming Sari ni.  


Menara ni berketinggian 110 meter dan ianya berputar 360 darjah.  Melalui putaran yang berjalan selama lebih kurang 7 minit, kita akan dapat melihat keseluruhan Bandar Hilir.  Sekali masuk, boleh dalam 60 orang macam tu.  Kiranya, beratur untuk menaiki menara ni taklah panjang sangat.  Bagi sesiapa yang tak pernah merasakan pengalaman ni, bolehlah jadikan ianya antara pengalaman menarik sewaktu melawat Melaka.  Sayangnya, waktu kitaorang naik menara tu, hujan turun agak lebat.  Agak terbataslah pemandangan dari atas menara.  Tengok gambar-gambar kitaorang pula ye...Tapi bukan semua gambar untuk tatapan umum, kena pilih jugalah.  Lagipun kalau masukkan semua yang ada, memang jadi entri 1001 malamlah jawabnya....    


Inilah Menara Taming Sari.  Gambar-gambar ini saya ambil dari Yahoo Image sebab saya tidak mempunyai shot menarik untuk Menara tersebut.


Gambar-gambar di bawah ni diambil sewaktu kitaorang tengah beratur untuk menaiki Menara Taming Sari



Ini pula gambar-gambar kitaorang dalam console tu..
 
Boleh lak tetiba saya terjumpa rakan belajar di sana.  Tu Kakak yang pakai tudung biru tu.  Dia rakan sama menuntut di UKM tapi lupalah nak tanya nama dia...tapi kalau tanya Nur, mungkin dia kenal kakak ni

 

Siapa sebenarnya yang nak ambil gambar ni ye???





Sama kembang....ha..ha..ha..

Ok kita sambung lagi nanti bila ada masa....

Sana..Sini..Situ...Melaka - Bahagian 2-


Sebenarnya bila ke Melaka selain dari agenda Ejump, kitaorang pun ada agenda tersembunyi.  Dah lama merancang untuk melaksanakan cuma tak pasti bila boleh dilaksanakan.  Bila Ejump pelawa kitaorang ke Melaka, apa lagi....dah terbayang agenda kitaorang yang satu tu.  Agenda tersebut adalah:  MAKAN!!!!  Kalau sebut Melaka, air liur Abang selalulah meleleh.  Dia terliurkan masakan asam pedas.  Di Melaka kitaorang ada satu kedai special yang memang khusus dalam masakan kampung terutama asam pedas.  Sebenarnya, saya ni tak makan sangat asam pedas.  Setakat ambil sikit-sikit je kuah asam tu.  Yang beria-ia makan dah tentulah Abang.  Kedai ni diperkenalkan oleh salah seorang kawan baik Abang juga.  Sejak dari hari diperkenalkan kalau rasa nak makan asam pedas, Abang memang akan tuju ke kedai tersebut.  Pernah juga kitaorang semata-mata turun ke Melaka hanya untuk makan di kedai tersebut.  Bukan Abang je yang kata sedap asam pedas di kedai tu, tapi sesiapa sahaja yang kami bawa semuanya sependapat dengan kami.  Dah terlanjur Ejump pun tak pernah makan di kedai tersebut, apa lagi kami pun bercadang nak bawa dia ke sana. 


Kita layan gambar jelah kali ni...


Inilah kedainya.  Walaupun dia tulis Kari Kepala Ikan, tetapi Kepala Ikan Asam Pedas dia lagi kaw...Lokasinya nak menghala ke arah Semabok kalau dari Ayer Keroh.  Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah saya suruh Abang ajar cara jalan ke sana.  Saya sememangnya adalah tidak tahu sama sekali walaupun dilantik menjadi co-pilot..he..he..he...


Mereka yang gelojoh apabila waktu makan.  Baju merah itulah Ejump...Aduhai,
sampai terjelir lidah Abang ye...


Bab makan ni, Nova pun tak kalah tau.  Inilah isteri tercinta Ejump dan yang terselit
tu anak diaorang yang comel Amiera Menyut Menyut...


Sebelum makan memanglah terlupa nak ambil gambar makanan.  Bila dah habis barulah teringat.  Tengoklah berapa banyak lauk yang diambil dan semuanya berjaya dihabiskan.  Juara makan betulkan kitaorang ni.

Inilah kuah asam pedas yang katanya memang sedap gila.  Saya tak boleh nak komen sebab saya tak makan asam pedas, tapi kalau rasa dari kuahnya bolehlah....Ini diaorang ambil Asam Pedas Kepala Ikan Merah kalau tak silap.


Ayu Bam Bam yang ceria setelah menikmati makanan.  Lagipun dia dah puas
tidur dalam kereta mestilah segar je. 


Nantikan sambungan yang lain pula ye....

Sana...Sini...Situ...Melaka -Bhgn 1-

Kenapa perlu ada bahagian 1 ye???Macam panjang je ceritanya nanti. Saya pun tak pasti panjang meleret atau tidak, yang pasti walau cerita tu se'ciput' bila sampai ke olahan saya memang meleret-leretlah jawabnya. Tak pandailah nak cerita singkat sini, potong sana. Rasa macam hilang thrill bila buat macam tu. Agaknya sebab ini jugalah saya gagal mendapat SPM Gred 1A untuk subjek Bahasa Melayu, saya tak pandai buat rumusan. Kalau-kalau ingatlah, dulu kertas BM mesti ada soalan buat rumusan. Untuk soalan tu mungkin saya dapat markah kurang lalu menjejaskan keseluruhan markah...Agaknyalah...he..he..he..Jadi, nak senang cerita biar saya bahagikan entri ini ke beberapa bahagian. Orang nak baca senang, saya yang nak mengarang pun senang.


Sabtu lepas saya berkesempatan mengunjungi Melaka Bandaraya Bersejarah. Malacca always spot a place in my heart. No concrite reason.  I jez love to be in Malacca. Eventhough it is not my 1st or 2nd time been here. Invite me to Malacca for hundred times also I'm willing to go. I am happy and enjoy to be in Malacca.  Alamak!!!Dah campur aduklah pula.  Sekejap in English lepas tu Bahasa Melayu.  Rojak dah saya ni.  Berbalik pada tajuk asal, kami pergi berlima.  Saya, Abang, Ayu Bam Bam, Ejump sekeluarga.  Kenapa kami ke Melaka??Sebenarnya tujuan asal kami ke Melaka adalah untuk menemani Ejump membuat survey A Famosa Resort.  Ejump ada perancangan nak buat Hari Keluarga dia di sana.  Kebetulan saya juga tiada sebarang perancangan, bila di pelawa untuk turut serta saya okey saja.


Asalnya kami ingin bertolak awal dari KL supaya mempunyai banyak masa terluang semasa berada di Melaka.  Tetapi awal mana pun berjanji, perkataan lewat tetaplah diguna pakai.  Akhirnya kami bertolak dari KL dalam pukul 11 pagi.  Terlanjur masa lebih satu jam.  Disebabkan tiada perancangan khusus, Abang dan Ejump memandu dalam keadaan yang begitu santai.  Hampir terlelap jugalah saya yang berada di sebelah.  Hujung-hujung tahun ni biasalah, musim tengkujuh melanda seluruh negara.  Perjalanan kami di selang seli dengan rintikan hujan serta panas redup yang amat menyenangkan.


Abang sedang bertelefon dengan Ejump.  Nampak serius je padahal tengah cakap
benda yang merapu.




Dalam perjalanan, tak senonoh bagi hidung kembang setaman....


Dalam pukul 1 petang lebih kurang macam tu, kitaorang pun sampai ke destinasi pertama kami di Melaka iaitu A Famosa Resort.  Rasanya semua orang dah tau mengenai A Famosa Resort dan apa yang ada di dalamnya.  Dia lebih kurang theme park jugalah.  Macam-macam ada di sana.  Kiranya sesiapa yang pergi hanya habiskan masa dalam resort tulah.  Antara tarikan yang ada seperti Wild Safari, Water Park dan Cowboy Town.  Saya juga pernah pergi ke sana dalam tahun 2005 kalau tak silap, bersama rakan-rakan serta adik beradik.  Seronok kami berada di sana.  Masih terbayang-bayang keseronokan kitaorang sewaktu berada di sana.  Saya nikan nostalgik sikit orangnya, bila terkenang tu, senyum sendirilah jawabnya.   Momen yang indah bila kita dapat mengimbas kenangan mengusik jiwakan.  Tak lama pun berada di A Famosa Resort dan Ejump pun dah dapat lebih kurang maklumat yang diingini, kami keluar dari kawasan tersebut menuju ke destinasi seterusnya. 


Dalam perjalanan keluar, ternampak peniaga durian di tepi-tepi jalan.  Teringat waktu kitaorang ke situ ada juga berhenti singgah makan durian.  Adalah dalam 5 biji diaorang ni belasah durian sekali kena bayar RM150.  Terkulat-kulat semua sebab terlalu mahal.  Lebih kurang RM30 sebiji tapi dah makan bayar jelah.  Pada sesiapa yang berkesempatan ke sana dan teringin nak menikmati durian, jaga-jaga supaya tidak terkena seperti yang kitaorang pernah kena dulu.  Bukan tak boleh nak bayar mahal-mahal tapi kalau boleh biarlah kena dengan gayanya.  Takkanlah kerana situ kawasan pelancongan, habis semua orang nak di kerat leher. 


Lokasi yang kami tuju kemudiannya adalah Ayer Keroh Melaka.  Sepanjang perjalanan dari Alor Gajah ke Ayer Keroh hujan teramatlah lebat.  Saya yang konon-kononnya nak feel jalan kampung serta meninjau jalan ke UiTM Melaka.  Sayang, tak dapat nak merasai apa pun.  Tengok depan jelah...kena jadi co-pilot takut tersesat masuk jalan salah.  Perubahan Melaka amatlah ketara.  Jalan semua dah besar dan boleh di beri taraf lebuh raya.  Kemudahan jalan potong juga banyak.  Jalanlah ikut manapun, mesti ada jalan yang boleh menyimpangkan kita ke destinasi yang ingin dituju.  Mudah sangat-sangatlah kalau nak dibandingkan sewaktu saya menuntut di UiTM Melaka dulu.  Jalannya kecil, dan dari satu tempat ke satu tempat tu agak jauh jugalah jalannya.  Tak ada jalan potong.  Sekarang semua tu dah tak ada.  Memang senang sangatlah warga negeri Melaka, cuma bila difikirkan balik macam sayanglah pula bila jalan kampung telah dibandarkan.  Macam hilang ciri-ciri kekampungan yang wujud selama ini.  Tapi nak buat macamanakan, inilah namanya perubahan.  Kalau tak berubah sampai bila pun tak maju.


Hujan lebat sepanjang perjalanan dari Alor Gajah ke Ayer Keroh.  Bosan punya pasal, saya siap ambil gambar membuktikan hujan lebat.



Ayu Bam Bam yang tidur sepanjang perjalanan dari KL sampailah ke Melaka.  Orang bawa dia berjalan, dia sibuk buat tahi mata...he..he..he..takpelah, asalkan dia happy..


Saya yang sedang melatih diri untuk mengambil gambar sendiri.  Bertahun-tahun ada kamera tapi masih gagal untuk mengambil gambar secara sendirian.  Tangan asyik mengeletar je..


Nanti kita sambung lagi ye...panjang lagi cerita saya ni....

Saturday, November 21, 2009

Quality Time

It is Year End!!! and we considered it as CELEBRATION MONTHS....Why???Starting middle of November till end of January, we will keep on celebrating....every year!!!

Flow are as below:
19 November ~ Ayu Bam Bam's Birthday
27 November ~ Puan Ninie's Birthday

28 November ~ Buah Hati's Birthday
1 December ~ Greatest Mama's Birthday
11 December ~ Ninie Hubby's Birthday
24 December ~ Parent's & Macho Man Wedding Anniversary

02 January ~ Greatest Papa's Birthday
08 January ~ Macho Man's Birthday
26 January ~ My Birthday

and our finale is on Mac 08 ~ Siti Cuty's Birthday


Feels good??!!!We work and get our paycheck through out the year just to meet those dates...he..he..he..While entering November, everybody start to feel the vibes. Warn Signal: "Please be prepared 2 throw your money to buy presents", ha..ha..ha..(big laugh)" Fortunately, our mental and physical are readily to face it. Hey family,we should declare and give a title: "QUALITY TIME WITH FAMILY" rite??? so our Greatest Papa will not trying to escape.. Since it has been practicing during our childhood, now the celebration is a MUST. We try our best to make the day rather on the dot or not. No specific places, no specific time but the most important is THE CELEBRATION!!!


We jez celebrate Ayu Bam Bam born day on last Friday. We went for a dine at Peranakan Restaurant, One Utama. It was Ayu Bam Bam's decision. Alhamdulillah, we really enjoy our day although a few hiccup earlier. This time, let pictures talk everything because I try my best to post simple entry :D or else my Siti Cuty will have to spend at least 2 days to complete her reading...


Me with Ayu Bam Bam while waiting our family to arrive. Every where was jammed and they get stucked.


Buah Hati with us and he arrived earlier than his parent. He follow his grand parents la... :)


Food served when everybody arrived so we forget about our camera and enjoy our dinner. This picture only be taken after everybody has finished their food. Our menu list:
  • Gerang Asam Fish - Stingfry-
  • Assam Prawn
  • Honey Sotong
  • Nyonya Fried Chicken
  • Baby Kailan Oyster Sauce
  • Shrimp Sambal
  • Fried Fish with Ginger - Garrupa-

Birthday Girl with her present. What it is??Please guess yeah....Sorry dear, no cake for this year.
Later on you just 'tumpang' anybody cake..he..he..he..Few more coming..dun worry!!!



Officially introduce my beloved parents, Greatest Papa and Greatest Mama. Also Puan Ninie and her hubby.


My happy family. I love them more and more each day...


Mr Macho Man's family consist Buah Hati and Siti Cuty...

Friday, November 20, 2009

Hooray..Hooray Is A Holiday!!!

Musim cuti sekolah datang lagi. Kalau di alam persekolahan, cuti panjang macam nilah yang sering dinantikan. Dari awal tahun sampailah penghujung tahun asyik membelek kalendar saja kerjanya. Yelah, mengira bila agaknya cuti sekolahkan. Ni, adik-adik mesti tengah seronok sesangatlah tu. Yelah, bila cuti sekolah mesti masing-masing dah atur perancangan sebaik mungkin. 'Parents' sekarang pun bukannya macam 'parents' dulu-dulu. 'Parents' sekarang dah mampu nak bawa anak-anak bercuti ke sana sini tak kisahlah samada dalam atau luar negara.

Sejak penghuni rumah tiada lagi yang menyarung seragam sekolah, kitaorang sebenarnya tak tahu pun bila sekolah bermula dan bila cutinya. Hanya tahu bila baca surat khabar hari ini memaparkan gambar budak-budak melambai sesama sendiri sebagai tanda rasmi cuti sekolah bermula. Sedar tak sedar dah masuk hujung tahun kan. Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar juga umur pun makin bertambah dari satu angka ke satu angka...Hai la....Bagi yang dah penat mentelaah serta dapat keputusan yang memuaskan, mesti ada habuan yang sedia menanti. Rasanya nak imbau kenangan cuti sekolah kitaorang sikitlah...he..he.he..


Pada yang belum tahu, saya ni anak sulung dari empat adik beradik "seibu sebapa" kah..kah..Oleh itu, pengalaman bersekolah sudah pastilah dirasai terlebih dahulu. Yang menariknya, antara kami berempat, saya, Puan Ninie dan Macho Man jarak umurnya adalah dalam 3 tahun setiap orang. Kiranya umur saya 11 tahun macam tu, kitaorang bertiga ni semua dah bersekolahlah walaupun ada yang masih lagi di Tadika (siapa lagi, Macho Man lah kan)...Ayu Bam Bam jauh ketinggalan sikit. Sebabnya, nanti-nanti kita kongsi ye...

Sepanjang waktu bersekolah, masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri. Tapi bila cuti sekolah je, meriahlah rumah tu kitaorang kerjakan. Bila meriah suasana, maka meriah jugalah mulut "Mak" (arwah nenek kitaorang)..kalau waktu sekolah pagi-pagi lagi dah kena mandi...tapi bila cuti sekolah ada yang sampai petang dah nak masuk malam pun tak mandi-mandi lagi...kih..kih..siap berjalan satu taman lagi (siapakah itu wahai adik-adikku??)


Musim cuti sekolah juga adalah waktu pelepasan. Mana-mana barang mainan yang kena sorok awal tahun hari tu, masa nilah untuk dikeluarkan semula. Habis satu almari kitaorang punggah dok mencari barang mainan yang kena sorok oleh Greatest Mama. Bila bersepah siaplah..."Mak" mesti keluarkan siren merbahaya. Sebelum kena 'ambush' baik buat sesuatu. Tapi walau macamana bersepah ke, ralit bermain ke yang penting bila lepas makan tengahari, semua memang wajib kena tidur. Kalau tak tidur alamatnya kena duduk luarlah kitaorang. Bukan tak biasa ye sebenarnya kena kunci dari dalam rumah. Takut dan menyesal budak-budak bukannya lekat mana pun, esok lusa bila dah seronok bermain lupa segala larangan. Sebab itulah kitaorang ni semua, dalam pukul 2 petang je mata tu dah ke mana-mana. Didikan dari kecillah namanya.

Waktu tu, rancangan percutian tu tak adalah sangat. Kitaorang pun faham keadaan ekonomi semasa, jadi tak adalah yang meminta-minta untuk pergi bercuti. Tapi sekurang-kurangnya, Greatest Mama tebus dengan bawa kitaorang berjalan sekitar Kuala Lumpur. Walaupun turun naik bas dan teksi. kitaorang dah rasa puas. Kalau ada rezeki lebih sikit Greatest Papa tak lupa bawa kitaorang luar dari KL. Paling-paling kitaorang balik kampung. Kalau dapat markah bagus dalam peperiksaan pun tak ada upah atau ganjaran. Tak pernah terlintas pun nak minta. 'But still sometimes we did received awards' Agaknya sebab itulah kitaorang ni pandai semulajadi sebab belajar untuk kepuasan diri sendiri...(Wah!!!Gitu...) Rancangan TV pun bukanlah macam zaman sekarang ni. Kalau dulu kena tunggu pukul 4 petang baru ada siaran. Kalau nak awal pun mungkin hujung minggu. Manalah ada Astro bagai. Budak-budak sekarang tak payah tunggu cuti sekolah pun dah boleh menikmati siaran TV 24 jam. Rasa nak tidur depan TV musim cuti sekolah ni pun boleh. Kitaorang dulu, pukul 4 petang kelam kabutlah lari masuk rumah tunggu depan TV tengok ada siaran apa yang menarik. Agaknya, sebab itulah budak-budak zaman kitaorang dulu kreatif fikirannya. Sebab tak dijaja dengan rancangan TV. Kitaorang kena fikirkan cara tersendiri untuk menghiburkan hati masing-masing. Anak zaman sekarang tak payah nak fikir banyak-banyak, semua kemudahan dah tersedia ada. Untungkan anak-anak sekarang.

Tapi apa yang paling seronok bila rumah saya menjadi tumpuan. Tumpuan sepupu sepapat. Bila cuti sekolahlah baru kitaorang ada peluang nak bertemu. Mana taknya, diaorang duduk di Perak. Greatest Papa asal dari Perak, ramailah saudara mara dari belah-belah sana. Greatest Papa pun pandai melayan budak-budak, apalagi diaorang pun seronoklah nak tinggal kat rumah kitaorang bila cuti sekolah. Riuh rendah kuasa dualah jawabnya rumah. Bukan setakat bermastautin di rumah kitaorang sahaja, kitaorang siap boleh ambil giliran lagi. Separuh dari cuti sekolah kat rumah kitaorang, separuh lagi kat rumah diaorang pula kitaorang berkampung. Tapi hakikatnya sayalah yang paling malas nak pergi rumah diaorang sebab saya ni konon-kononnya manja dengan "Mak" susah sikit nak pisah lama-lama. Bila kena tinggal sorang-sorang kat rumah tau buntu.

Kalau saya dulu, cuti-cuti sekolah tak pandai pula nak menghabiskan masa di pusat membeli belah. Entah kenapa saya tak pasti. Bukan tak ada kawan-kawan yang ajak cuma mungkin saya takut agaknya nak minta kebenaran pelbagai peringkat. Nanti yang ni bagi, orang yang tu tak bagi pula. Ini sebabnya, dalam rumah saya ada Onyang, ada nenek, ada mak, ada ayah...ha kan berlapis-lapis peringkat. Lagipun waktu tu pusat membeli belah taklah tumbuh macam cendawan seperti sekarang ni. Kemudahan awam untuk bergerak pun terbatas. Duit poket pun bukannya seperti anak-anak sekarang yang peroleh duit poket hampir nilainya dengan orang yang bekerja sebulan. Sebab itulah agaknya gejala sosial zaman kitaorang ni kurang jika nak dibandingkan dengan sekarang. Bila nak cakap pasal masalah sosial budak-budak sekarang ni memang tak habis. Bukan kali ni kot kita nak bicarakan hal-hal berat macam tu... :)

Penghujung cuti sekolah kita dah tak sabar nak balik ke sekolah semula. Nak jumpa kawan-kawan, ghairah nak pakai baju baru. Macam kitaorang bila nak buka sekolah tu lah saat yang dinanti juga. Yelah, barang semua berganti baru. Berlumba-lumbalah kitaorang nak tolong Greatest Mama balut buku baru walaupun sebenarnya Greatest Mama rimas kitaorang duduk dekat-dekat sebab melambatkan kerja dia. Tapi bila saya dah berakal sikit, saya dah tak minta tukar baju baru sekiranya baju lama masih boleh digunakan. Yelah, bila kita dah tahu nilai wang ringgit. Alhamdulillah, bila adik-adik saya sampai peringkat seperti saya mereka juga tahu bertolak ansur dalam perkara-perkara sebegini.

Banyak sebenarnya kenangan yang boleh kita kongsi bersama. Mungkin ada persamaan dan mungkin ada yang berlainan. Apa yang pasti segala kenangan inilah sebenarnya yang telah mendewasa dan mematangkan fikiran kita. Kenangan yang dilalui ini jugalah yang memberi kita akal pertimbangan dalam membuat sebarang keputusan. Bagaimanalah agaknya kenangan yang akan terpahat di dalam sanubari anak-anak kita kelak?? Kenangan mereka yang sebahagiannya adalah dari hasil corak didikan kita hari ini..Ramai yang tahu saya ni suka mengenang...ha..ha..ha..

Ingat tak??? Saya tak lupa....

Adalah dalam lebih sebulan yang lalu, saya ada buat entri "There's A Sorrow in My Heart"..Kalau sesiapa tak ingat atau tak pernah tahu kenalah bedek entri saya yang lepas-lepas. Setelah sepurnama, barulah hari ini saya mempunyai kekuatan untuk berkongsi sebab musabab kesedihan yang saya rasai lebih kurang sebulan yang lalu....


Semua kesedihan berpunca daripada ini....Kereta??!!! Kenapa tak percaya ke??? Ingat hanya melalui perbuatan 'human being' sahaja ke perasaan kita tak menentu. Saya amatlah sensitif sikit perasaannya. Jangankan kereta, benda-benda kecil yang mempunyai 'sentimental value' pun boleh buat keadaan saya huru-hara seketika.


Berbalik pada soal kereta, sebenarnya kesedihan tersebut hanyalah kerana saya sedar saya akan berpisah buat selamanya dengan kesayangan saya itu. Ya, kereta saya yang satu. Jom kita tengok gambar dia lagi..


Setelah hampir lima tahun dia menabur jasa kepada saya, akhirnya saya terpaksa merelakan perpisahan. Amat berat sebenarnya mengambil keputusan sebegitu, tetapi setelah mendengar pandangan pelbagai pihak terutama sekali Greatest Mama dan Abang, akhirnya saya akur untuk melepaskan dia pergi. Lagipun penilaian ekonomi antara faktor yang harus saya sedari di mana kereta mempunyai susut nilai setiap tahun.


Kenapa saya begitu sayang pada dia?? Sebab kemana-mana sahaja dia akan bersama saya. Selain itu, pelaburan saya terhadap dia pun bukan sikit-sikit. Ada seketika sampai diri sendiri tak cukup makan pakai demi berkorban untuk dia. Tapi itu semua saya tak kisah asalkan dia ada bersama saya. Berjalan merata tempat. Rasanya habis Malaysia ni dia dah jelejah bersama saya. Banyaklah lagi sebab musababnya, dan yang utama dia adalah harta saya yang tak ternilai harganya.


Kalau ikutkan, dia bukanlah yang pertama bertakhta di hati (cewah!!!) sebab sebelum ni, kasih saya pernah tertumpah pada yang lain...kerana ianya juga milik kekal saya sebelum ini. Cuma bezanya, yang dulu walau putus kasih sayang, bayangnya bolehlah saya nampak sekali sekala..Tetapi yang ini, hilang terus di mata. Itu yang tak terubat kesedihan di dada. Oklah, cukup-cukuplah mainan bahasa yang tak menentu ni. Bertambah pening orang yang membacanya nanti.


Kronologi sikitlah ye..

Saya mempunyai sebuah kereta pada usia 20 tahun rasanya. Ianya pemberian Greatest Mama & Greatest Papa. Tak adalah hebat mana pun jenamanya, Proton Satria tetapi saya amatlah menghargai serta bersyukur. Sekurang-kurangnya saya masih lagi beruntung dari orang lain yang perlu berhempas pulas untuk mendapatkan kereta sendiri. Gigih selama seminggu berlatih sebab transmisi manual tau. Alhamdulillah....saya mempunyai sebuah kereta. Gambarnya ada dalam simpanan album, saya malas nak menggodek 'scanner'. Nanti bila-bila kalau ada rezeki akan saya pertontonkan wajah kereta tersebut.


Kemudian dalam tempoh tiga tahun kemudian, adik saya Puan Ninie pula beroleh rezeki untuk memiliki kereta juga hasil percaturan "Our Lovely Parents". Di sinilah kemunculan dia yang saya tangisi separuh mati. Puan Ninie membelinya melalui makcik aka 'Angah' kitaorang. Atas dasar percaya, Angah hanya minta sambung bayar di bank. Sewaktu ambil alih kereta tersebut ber CC enjin 1.3 Auto tetapi telah dinaik taraf ke 1.6 VTec Manual. Sesiapa yang memang kaki kereta mesti tahu kekuatan enjin tersebut.


Nak di jadikan cerita, Puan Ninie dapat tawaran sambung belajar ke luar negara. Waktu itulah dia sibuk mencari pembeli bagi kereta tersebut. Pada mulanya, tidak terlintas pun untuk membeli kereta tersebut daripada Puan Ninie, tetapi setelah Greatest Mama membuat tawaran supaya saya membeli kereta tersebut akhirnya saya bersetuju. Persetujuan saya juga berdasarkan sekiranya Abang dapat membeli kereta Proton Satria saya barulah saya akan mengambil kereta Honda tersebut. Sebabnya adalah mudah, saya terlalu sayangkan kereta Proton Satria saya itu.


Mungkin jodoh saya dengan kereta Honda panjang, Alhamdulillah Abang dapat membeli kereta saya dan secara rasminya Proton Satria saya telah bertukar hak milik dan secara sahnya juga kereta Puan Ninie telah bertukar menjadi hak milik saya. Bermula saat itulah kasih sayang terbahagi dua. Ini kerana saya tahu, kereta yang menjadi milik Abang tetap menjadi milik saya juga...ha..ha..ha...


Kini, kedua-duanya juga bukan milik saya lagi. Abang telah menukar kereta lain dan saya telah menjual pula yang menjadi milik saya. Saat-saat nak bertukar tangan saya akui saya menangis sepanjang hari. Walaupun kereta bertukar dengan sejumlah wang yang banyak tetapi ianya tetap tidak dapat menghiburkan hati saya. Wang bukan segala-galanya, betul tak??? Sanggup saya menelefon kawan baik saya pagi tersebut semata-mata nak meluahkan perasaan sedih saya. Nasib baiklah dia sanggup berkongsi masa dan mendengar sendu tangis saya.


Hari ini saya dah boleh terima kenyataan, namun kenangan manis bersama tak akan saya lupa sampai bila-bila. Walau ianya sebiji kereta tapi saya yakin dia juga mempunyai perasaan yang kuat seperti saya..Segalanya akan menjadi kenangan terindah dalam mengharungi episod-episod kehidupan menjadi seorang hamba di muka bumi ini.


Inilah gambar di pagi hari di mana hari terakhir saya bersama dia...
Abang mengabadikan kenangan terakhir bersama-sama dia yang ku sayang...Jauh di sudut hati Abang pun terharu sebenarnya.....
Saya menggunakan peluang terakhir untuk mengabadikan kenangan bersama. Itu pun jenuh menahan airmata supaya janganlah mengalir...rosak gambar nanti...

Saya masih lagi belum membuat keputusan kereta apakah yang harus saya beli selepas ini. Pelbagai faktor yang harus diambil kira dan sehingga hari ini segalanya masih lagi menjadi tanda tanya. Ada yang sudah saya tinjau-tinjau tapi nantilah. Kalau ada rezeki adalah. Tapi sakit juga saya tidak mempunyai kereta sebab susah saya nak bergerak ke sana sini. Memanglah boleh berkongsi kereta samada ada dengan Abang atau pun Ayu Bam Bam, cuma saya tidak selesa. Bila tiba rezekinya, akan saya kongsi bersama.....INSYAALLAH...Doakan ye!!!

Malu konon

Entah kenapa saya masih lagi ragu-ragu untuk menjemput sesiapa sahaja mengunjungi laman sesawang saya ini. Dah sebulan lebih baru minggu ni saya war-warkan kepada ahli keluarga saya. Kepada rakan-rakan yang sering bertanya masih lagi belum memanjangkan jemputan. Inilah masalah saya, tiada keyakinan diri. Sikap ini telah saya simpan dari dahulu lagi. Kiranya antara yang negetiflah dalam diri saya.


Yang kelakarnya, bila bagi alamat blog untuk adik beradik saya lawati, saya tersengih sendirian. Kejap-kejap jenguk diaorang yang sedang membaca. Kadang-kadang ketawa malu. Entah apalah agaknya komen yang diaorang ada dalam kepala diaorangkan. Suka fikir yang bukan-bukan...."kena berfikiran positiflah sikit" itu kata hati saya. "Kalau malu kenapa daftar buka blog?" jauh di sudut hati pula menerjah fikiran...


Inilah sebenarnya MALU TAPI MAHU...ha..ha..ha...

Thursday, November 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY AYU BAM BAM

This entry special dedicate to my youngest and tremendous lil sis..."NOOR LAILATUR MARDIANA KAMAL AMIR aka AYU BAM BAM"
Happy 18th Birthday Deary Sister....
May Allah keep on Blessing you and give lot of Loves...
Enjoy your life as what u are and please keep in your mind that..
'EVERYBODY LOVES YOU FOREVER AND EVER'

Semoga adikku akan terus tabah dalam mengharungi kehidupan masa hadapan dan persiapkan diri dengan segala keperluan bagi menempuhinya kelak. Sekali berusia 18 tahun tidak akan berulang kali buat kali keduanya. Tempuhilah hari-hari mendatang dengan penuh keceriaan seta keyakinan. Sekali tersungkur tak selamanya akan terus menyembah bumi, kerana keberuntungan diri Ayu adalah mempunyai barisan-barisan pendokong penuh pengalaman yang akan sentiasa mengiringi Ayu walau dalam apa keadaan sekali pun.


Ingat Ayu, Marah bukan beerti Benci...Bengis bukan beerti mencemuh...Ketawa bukan beerti suka...Larangan bukan beerti hukuman...Segala apa yang diberikan adalah berlandaskan Kasih Sayang sebuah Keluarga....


SELAMAT HARI LAHIR KE-18....

Sesuatu yang baru

Lepas ni nak buat post yang mencabar minda pulalah. Asyik cerita hal peribadi diri sendiri je, bosanlah pula rasanya. Apa kata kita kupas pelbagai topik nak tak?? Kalau nak marilah hulur-hulur idea, tapi kalau tak nak saya cari je lah topik sesuka hati. Sesekali kita ubah rutin yang
sedia ada pun syok jugakan.

Yelah, kita ni bukannya sesiapa, artis ke, pemimpin ternama ke atau sesiapa yang terkenallah...Oleh itu, kalau asyik cerita hal ehwal sendirian berhad siapa pula yang berminat nak tahu sangat. Kalau kita cuba kupas isu-isu menarik mengikut pandangan masing-masing, sekurang-kurangnya tajamlah juga otak kita yang semakin karat dek mamahan usia....

Hmmm...Agak-agak nak borak pasal apa ye???!!!Otak pun tengah lemau dek serangan virus selsema, nanti kalau ada cepat-cepat saya bawa naik topik tu ye.....TUNGGU.....!!!!!

Tuesday, November 17, 2009

Libang Libu di buatnya

Hari ni memang tiada mood langsung. Sindrom PMS memang biasalah, setiap bulan wajib berdepan dengan masalah ni. Rasa sakit rasanya tak perlu nak dikongsikan bersama kot sebab kalau cerita teruk macamana pun, hanya yang pernah merasai sahaja yang tahu macamana deritanya bila terkena serangan sengugut ni. Amat sesuailah dengan tajuk di atas...

Sakit yang satu tu tak selesai, masuk pula sakit yang baru. Entah kenapa tiba-tiba boleh terkena selsema. Mula-mula ingat resdung yang datang menyerang, tak adalah risau sangat. Kalau selsema resdung dah boleh agak takkan lama punya menyinggah kat batang hidung yang comel ni. Tapi makin lama bersin makin teruk. Badan tup-tup rasa panas..Kepala berat, mata gatal dan macam-macamlah lagi simptom..Sahlah ni!!!!D
EMAM SELESEMA datang menyerang. Aduhai, barulah ingat tak nak ponteng kelas hari ni, tapi kalau dah atas bawah sakit takkan tergagah punya nak bawa kereta. Akhirnya menyerah diri atas katil jelah nampak gayanya. Nasib baiklah kelas boleh batal hari ni...HOORAAYY!!!Macam tau-tau je pelajar cemerlang ni tak boleh nak datang...ha..ha..ha.. (cemerlanglah SANGAT!!!)

Semenjak dua menjak ni, selsemalah yang paling orang takut dan khuatir. Virus H1N1 melanda dunialah katakan. Tapi kitaorang yang kat rumah ni lain pula kerisauannya. Virus H1N1 tu memanglah risau, siapa yang tak risau tu memang keballah nampak gayanya...Cuma yang kitaorang khuatiri bila sakit yang kitaorang kena tu akan menjangkit ke Buah Hati Pengarang Jantung nan sorang tu lah. Kesian tengok dia kalau dah sakit. Melepek je, nak makan pun tak lalu...minum apatah lagi....kesian sungguh!!! Sebab tulah risau je dah ni. Yelah, kurang dari 2 minggukan ada sambutan..kalau boleh tak naklah dia tak sihat waktu tu, nanti dia tak enjoy macam tahun lepas.

Harap-harap cepatlah sembuh segala sakit yang
ada di dalam badan ni. Banyak benda nak kena 'settle'...Assignment yang menimbun-nimbun, kelas yang nak kena hadirkan diri, gym nak kena teruskan, banyaklah lagi agenda seharian. Moga-moga Allah kabulkanlah doa untuk sihat. Walaupun sentiasa redha dengan segala apa yang Allah berikan seharian, tetapi tetap juga berdoa untuk beroleh kesihatan yang molek-molek...Insyaallah...




Terima Kasih Ayu Bam Bam...

Ayu Bam Bam & Saya


Post ini ditujukan khas untuk adik bongsuku yang tersayang, Miss Ayu Bam Bam kerana sudi membelanja kami semua makan malam. Atas kegigihan dan kerajinan Ayu Bam Bam sewaktu bekerja sementara baru-baru ni, dia telah mendapat bayaran yang agak lumayan. Dia pun tak menjangkakan sebegitu meriah nilainya (patutnya Ayu kena belanja Kak Fiza sekali ni). Oleh itu dia berbesar hati telah membelanja kami semua hari ini. Kira-kiranya macam '1st pay day' lah. Sebelum ni dia belum pernah bekerjakan..Terima kasih adikku. Merasa juga kitaorang hasil titik peluh Ayukan. Lepas ni, belanjalah kitaorang selalu lagi ye...Maaflah, entri ini juga tiada gambar suasana makan untuk dikongsi. Saya kena belajar bagaimana cara untuk mengambil gambar bagi tatapan kawan-kawan blog. Mesti pembaca semua bosan sebab tak ada sebarang hiasan gambar. Takpe, sayakan masih lagi kategori ABU (anak bawah umur) di dalam dunia blog nie. Dah tentu banyak kekurangan serta cacat celanya..betul tak??

Restoran pilihan adalah Nando's di One Utama. Nando's ni dah macam makanan kedua keluarga. Minat sangat diaorang ni dengan ayam Nando's tu. Saya setakat biasa-biasa je. Tak kisahlah kat mana-mana pun. Saya ni mudah orangnya. Lagipun lebih baik makan makanan yang semua orang dapat nikmati dari kita seorang je yang syok sendiri. Plan nak makan dengan semua adik beradik tetapi biasalah, hari ni kan hujan lebat...Puan Ninie (adik kedua saya, Marini) tersangkut di sana sini. Walau macamana pun, janji tetap janji...kitaorang akan tunggu dia untuk makan sekali.


Tunggu punya tunggu...tiba-tiba dapat panggilan dari Puan Ninie. Katanya kereta dia kena langgar dari belakang. Dia dah 'on the way' nak ke One Utama. Walaupun pelanggaran yang kecil tetapi nak menyelesaikan masalah tu remeh. Nasib baik diaorang suami isteri tak ada apa-apa cuma yang cedera sudah pastilah 'Sang Kereta.' Mengikut cerita diaorang, kondisi kereta tu teruk jugalah. Kalau dah teruk kenalah selesaikan hal ehwal insuran pulakkan. Diaorang ambil keputusan untuk tidak turut serta, tetapi Greatest Mama dah plan untuk bawa balik makanan untuk diaorang berdua. Kata orang yang belanjakan..... :D Kitaorang semua 'just proceed' dengan makanan kitaorang lepas tu semua nak terus balik. Yelah, nak tau apa pula cerita Puan Niniekan...


Kasihan diaorang. Tak ada rezeki nak makan serta gelak bersama. Takpelah, asalkan diaorang selamat itu lebih penting. Puan Ninie kena kekejangan urat di bahagian tengkuk. Mungkin hentakan kuat dari belakang kereta, itu yang badan dia kena kejutan dan terus kejang. Insyaallah tak ada apa-apa rasanya, tapi untuk kepastian elok juga dapatkan nasihat serta pandangan doktor. Wahai pemandu-pemandu sekalian!!! Musim-musim tengkujuh ni, janganlah memandu terlalu laju. Kalau tak sayangkan nyawa sendiri tak kisah, tapi tolonglah fikirkan pula nyawa orang lain yang mungkin akan terlibat. Kalau terjadi sesuatu yang lebih buruk, bukan sahaja kesian kepada mangsa tetapi juga kepada ahli keluarga mangsa. Fikir-fikirkanlah sebelum buat sesuatu yang buruk tu.


Nasib baiklah kitaorang ni ambil insuran kereta dengan kawan sendiri, Fai. Kalau tidak jenuh jugalah nak dapatkan maklumat yang tepat mengenai tuntutan insuran ni. Bukan senang tau. Banyak benda kita kena tahu, kalau tidak memang sia-sia jelah hasrat untuk membuat tuntutan. Kalau ikutkan kes Miss Ninie ni, tak adalah payah sangat sebab yang salah orang yang langgar dia. Tapi untuk pastikan betul-betul takkan ada masalah kemudian hari, tu yang kitaorang kena 'confirm' dengan Fai. Terima kasih ye Fai sebab sanggup melayan panggilan telefon kakakmu ini di waktu malam. Harap-harap semuanya akan selesailah nanti.


TERIMA KASIH SEKALI LAGI AYU BAM BAM.....
BUAT PUAN NINIE: SABAR YE DIK!!!

Monday, November 16, 2009

Sambungan...

Perlu ke ada cerita untuk apa yang saya lakukan pada hari Ahad iaitu semalam. Rasanya macam tak perlu pula. Tapi takpelah, kita kongsi jugalah apa yang patut kat sini. Ini kerana rasanya tiada sebarang aktiviti menarik pun yang boleh diceritakan. Pagi sepatutnya pergi kelas Pelaburan tetapi tak pergi sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan. Bangun awal pagi tetapi dari pagi sampai ke tengahari asyik bergolek di atas katil. Nikmat rasanya dapat bergolek-golek macam ayam golek. Tup-tup dalam pukul 12.30 dapat panggilan dari Abang. Dia kata dah nak sampai KL. Sampai je nanti dia hantar terus balik Ayah dia dengan sepupunya tu, pastu terus nak datang rumah. Tengok jam, rasanya lambat lagi. Boleh sambung golek-golek sambil lompat-lompat rancangan TV.


Dekat 1.30 petang, saya teruslah bersiap sebab dah kata nak datangkan. Tengah-tengah siap rupanya Abang dah sampai. Apa lagi kalutlah keadaan waktu tu. Siap ala kadar sebab tak tahu nak ke mana. Sekali dia tunjuk bahagian depan kereta dia kena langgar. Aduhai!!!Kesiannya...Abang dahlah memang jenis jaga kereta. Kalau ada sobek sana sini, mata dia tak boleh nak tengok lama-lama. Dalam hati dapat agak dah mesti dia nak pergi tukar atau pergi tampal bahagian yang kena langgar tu. Sekali betul dugaan. Dia nak pergi jumpa kawan dia, Abang Lan kat Kajang. Diaorang ada nak buat proses penukaran barang-barang kereta. Saya pun ok je lah. Lagipun sebab minggu tu memang tak banyak hari berjumpa sebab masing-masing sibuk, bolehlah keluar sama. Kalau ikutkan, selalunya bila Abang buat urusan kereta dia saya memang tak ikut. Perempuan mana tahan nak duduk lama-lama menghadap kereta yang tak tahu hujung pangkal bila nak siapnya. Terseksa tau rasa waktu tu. Tapi kali ni, bagi peluanglah kat dia..he..he..he..Samada kereta saya mahupun kereta dia, saya akan berkelakuan sedemikian. Malas nak ambil tahu hal ehwal kereta.


Ingatkan nak pergi mana-mana bengkel kat Kajang. Rupanya tak. Nasib baiklah dia pergi rumah Abang Lan. Sekurang-kurangnya saya boleh melepak dengan isteri Abang Lan. Seperti yang dijangka, proses membelek kereta diaorang tu makan masa hampir 5 jam. Bayangkanlah kalau Abang heret saya ke bengkel, mahu tak mendidih segala suhu yang ada dalam badan. Dalam tempoh lima jam tu, saya habiskan masa berborak dengan isteri Abang Lan. Peramah orangnya. Ada je topik yang dia ajak berborak. Duduk 5 jam pun tak terasa. Lain kali kalau kata nak pergi rumah Abang Lan saya taklah rasa risau lagi.


Siap je kerja diaorang, kitaorang pun pergi makan dekat kawasan Kajang juga la. Kebetulan Abang Bong, kawan baik Abang pun ada sekali turut serta. Kedai yang Abang Bong bawa tu boleh tahan sedaplah makanannya. Makanan yang 'simple' tak terlalu berat. Tapi pelanggan kedai tu memang superb la. Tak putus-putus dengan pelanggan. Pelanggan tetap diaorang kot.
Nama kedai tu Char Kuey Teow Pulau Mutiara. Lokasi tak berapa pandai nak ceritalah sebab saya teramatlah gagal jalan-jalan ni. Inikan pulan jalan-jalan di Kajang. Apa yang saya boleh kongsi, kalau kita dari KL nak menghala masuk ke Pekan Kajang, kita akan turun ke bawah dari hiway. Turun je dari hiway kita akan masuk ke kanan...tapi yang ini masuk ke kiri. Lepas tu jalan terus. Akan nampak kedai tu kat tepi jalan betul-betul bertentangan dengan stesen minyak Shell. Maaflah, tiada sebarang gambar untuk dikongsi sebab memang tak ada ambil gambar walau sekeping pun. Yang pasti saya telah terpikat dengan nasi lemak bungkus kedai tersebut. Lepas ni, haruslah singgah kedai tu kalau pergi Kajang.


Itulah serba sedikit kaedahnya saya menghabiskan hujung minggu kali ini. Memang banyak berjalan tetapi saya bukanlah orang yang kuat merungut bila diajak berjalan. Ajak saja saya ke mana-mana, Insyaallah kalau free memang akan pergi punya...ha..ha..ha..Ajak pergi makan lagilah laju kitaorang ni, walaupun tahu kena bayar. Kitaorang ni bukan suka makan free tau....

Cerita Hujung Minggu

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu baru hari ni. Cepat betul masa berlalu sekarang ni. 24 jam yang dianugerahkan rasanya memang tidak cukup memanjang walaupun ketika berada di hujung minggu. Nak masuk hujung minggu je, semua orang senyum sampai ke telinga. Dah boleh terbayangkan segala perancangan yang disusun atur untuk menikmati keseronokan hujung minggu. Tapi bila sedar dah nak masuk hari Isnin, mood masing-masing boleh bertukar secara tiba-tiba bila membayangkan segala apa yang harus dilaksanakan kelak sepanjang minggu yang bakal mendatang. "Wake up guys!!!" Jangan terdera emosi dengan perkataan "MONDAY BLUES"...Kadang kala kita kena tanam kata-kata positif supaya terus kuat untuk mengharungi hari Isnin supaya kita kekal cergas sepanjang hari (walaupun pagi-pagi lagi dah hujan lebatkan!!)


Huraian pembukaan yang panjang berjela ni sebenarnya tak ada kena mengena dengan apa yang ingin diceritakan secara lanjut, saja nak bagi pembukaan yang agak meleret. Walhal sebenarnya nak kongsi dengan kawan-kawan semua agenda saya pada hujung minggu yang sudah. Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang merancang jadual hujung minggu kecuali sekiranya hujung minggu tu menuntut saya untuk terlibat dengan "vacation" samada panjang atau pendek. Bab yang tu dah tentulah kita kena buat perancangan telitikan. Perancangan hujung minggu saya hanya akan bermula apabila saya mencelikkan mata dari tidur yang lena pada Sabtu pagi. Kalaulah saya terlajak tidur sampai ke petang (tapi setakat ni belum pernah berlakulah) maka hujung minggu saya akan bermula pada petang tersebutlah....


Agak jarang saya menghabiskan hujung minggu tanpa "Kekasih Cerahku"..ha..ha..ha.. iaitu ABANG (belum terfikir lagi sebarang gelaran atau ganti nama kepada BF ku ini di dalam dunia blog). Selama berkasih-kasihan (cewah!!!ha..ha..ha..), sememangnya hujung minggu di KL adalah masa untuk bersama walaupun sebenarnya hampir setiap hari bersua muka. Lainlah kalau saya harus pulang ke Perak atau ke mana-manalah. Tetapi hujung minggu kali ni, Abang tak bersama saya. Jumaat malam lagi, Abang terpaksa bertolak ke Manjung, Perak bersama ayah dan sepupunya untuk menziarahi Makciknya yang nazak pada ketika mendapat berita dan Allah lebih menyayangi Arwah apabila Makcik Abang menghembuskan nafas setelah 2 jam Abang tiba di sana.. INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN....


Oleh kerana Abang tidak berada di KL, sebarang perancangan tidak terlintas langsung di fikiran. Kalau memang tidak ke mana-mana, jawabnya saya ber'dating' di depan televisyen kerana menekan punat 'remote control' adalah hobi saya yang utama selain membaca. Tup-tup "Greatest Mama" (panggilan untuk MAMA tercinta) ajak keluar. Terus setuju dengan pelawaan Greatest Mama, kami bertiga pun teruslah keluar. Siapa lagi seorang???Dah tentulah "Ayu Bam Bam"...(adik bongsu ku yang tersayang)...The Best Part: Greatest Mama ajak keluar tapi tak tahu nak menghala arah ke mana!!!! Kan parah keadaan macam tu. Rupanya Greatest Mama pun kurang idea, akhirnya sepakat menghala ke Mid Valley. Pukul 12 tengahari lagi dah keluar....awal pula rasanya....


Bila tengok jam rasanya masih awal, dalam kepala tu dapat agak yang agak senang la nanti untuk dapat 'parking' yang selesa. Kalau tak selesa pun sekurang-kurangnya mudah. Belum sampai pun lagi Mid Valley, kereta dah bersusun-susun nak masuk 'parking area'. Allahhuakhbar!!!!Keluar awal macam ni pun dah ramai orang, kalaulah sampai lagi lewat, tak tahulah macamana keadaannya nanti. Kecewa jugalah bila pusing-pusing bangunan Mid Valley tu, masih belum dapat masuk parking. Kalau nak menghala ke tempat lain, kesian pula rasanya dekat Greatest Mama sebab dah pasang niat nak ke sana. Bukan senang untuk dia dapat masa bebas macam ni...ye lah, sejak Buah Hati dah adakan. Banyak masalah terluang untuk Buah Hati...he..he..he...Tapi disebabkan niat tu dah memang untuk bawa Greatest Mama ke sana, Alhamdulillah akhirnya dapatlah juga masuk ke dalam bangunan yang tersergam indah tu. Allah lebih membantu bila 'parking' pun dapat depan-depan 'escalator'....If Greatest Mama buy so many things later, she dont have to walk that far to the car...he..he..he..


Masuk je ke Mid Valley, punyalah ramai umat manusia. Patutlah susah nak masuk untuk parking. Kalaulah ada penjahat nak serang Malaysia, diaorang pergi bom je semua 'shopping complex' yang ada. Mahu separuh penduduk KL ni boleh lenyap. Tarikan 'shopping complex' kat Malaysia ni kuat betul. Hairan jugalah mana diaorang ni dapat duit boleh sentiasa membeli belah...ahaks!!!Tak kisahlah itu semua. Itu dah kira rezeki masing-masingkan. Sebelum nak berjalan, tong minyak nak kena isi dulu. Tapi sebab tak berapa 'familiar' dengan kedai makan di Mid Valley, jadi tercangak-cangaklah juga kitaorang sekejap. Jalan punya jalan, sekali ternampak kedai "Tako Tao" (lebih kuranglah tu rasanya)..Dah dengar ramai yang kata sedap, bila nampak tu melonjak-lonjaklah nak cuba. Dek perasaan yang dah tak tentu hala nak mencuba, terus timbul rasa tamak nak beli banyakkan. Nak dekat RM10 jugalah berhabis hanya untuk "testing"...Bertenggeklah sekejap kat kerusi depan 'escalator' hanya untuk menikmati keenakkan makanan tu. Tapi sayang, keghairan kitaorang tu dimatikan dengan rasa makanan tersebut yang tak seberapa. Belum pun makan sampai dua ketul rasa muak tu dah tak boleh nak ditahan-tahan. Secara kesimpulannya, kitaorang tidak boleh menjadi penggemar setia Tako Tao sebab tak sedap...mungkin cara pemakanan kitaorang salah tu tak pastilah pulak. Yang pasti memanglah tak sedap!!!!


Rasa muak yang menguasai tekak, menyebabkan Ayu Bam Bam tak sabar nak pergi makan tengahari. Finally our decision is: FOOD COURT..Kitaorang bertiga mempunyai pandangan berbeza mengenai Food Court tetapi demi untuk Greatest Mama, saya dengan Ayu Bam Bam pun ikut jelah. Sekali lagi, nak mencari meja kosong punyalah susah. Seksa rasanya nak menunggu orang lain habis menebeng kat tepi meja supaya bila diaorang habis je, kitaorang boleh duduk. Seperti selalu, saya ni orang yang berfikiran positif...Insyaallah akan dapat. Bila dapat je meja, saya suruh Greatest Mama dengan Ayu Bam Bam pergi beli makanan dulu. Sebenarnya waktu tu tengah berfikir apa nak dimakan. End up, Greatest Mama dengan Ayu Bam Bam makan nasi campur dan saya makan Yee Mee Hot Plate.


Nak cerita pasal Nasi Campur diaorang. Tanya Greatest Mama berapa harga?? Terkejut beruk!!!Dekat RM10 sepinggan lauk pauknya hanyalah sayuran sahaja. Greatest Mama adalah sangat 'health concious', makanan pilihan harus yang segar-segar. Ayu Bam Bam pula, nasi berlaukkan ayam goreng serta sayuran sikit. Harga lebih kurang Greatest Mama punya harga. Oleh itu haruslah saya terkejut beruk. Bukan nak berkira pasal makanan sebab semua tu akan masuk dalam perut kita tapi kalau dah terlalu mahal macam tu, rasa tak berbaloilah pulak. Tapi nak buat macamana, teruskan jelah menikmati makanan yang dah dipilih. Tengah-tengah makan, Greatest Mama kata sayur tu basi. Adoi!!!dahlah mahal. Makanan pula basi. Memang tak patut betullah...Bagitau dekat Greatest Mama, pergilah 'complain'. Lepas makan katanya. Lepas je makan, boleh pulak kitaorang langsung tak teringat nak pergi hantar balik. Habis je makan, tegak masing-masing berjalan. Kesianlah orang yang selepas-selepas kitaorang. Harap-harap adalah orang pergi mengadu. Nampak sangat orang Malaysia ni tak berapa kisah sangatkan dalam hal-hal yang dianggap remeh macam ni. Kitaorang adalah contoh terbaik. Sebab itulah peniaga-peniaga makanan dekat Malaysia ni naik muka. Silap gaya kita yang buat aduan kena marah balik. 'Atittude' macam ni rakyat Malaysia kena ambil berat dan kena ubah..(peringatan untuk diri sendiri juga ni supaya jangan ambil mudah perkara-perkara macam ni)


Masa terluang di Mid Valley hampir lapan jam. Berjalan dan terus berjalan. Mana teragak nak singgah kitaorang singgah. Agenda utama meninjau hadiah untuk Buah Hati. Dalam dua minggu Buah Hatikan nak menyambut hari jadi. Pening kepala masing-masing nak menyediakan hadiah untuk dia. Langsung tak boleh nak buat keputusan hadiah apa yang harus dibeli. Yang pasti saya telah terpikat kepada sesuatu benda tu. Apakah benda tu nantikan kelak dalam post yang akan datang. Pengakhiran di Mid Valley tamat dengan Ayu Bam Bam membeli cekak rambut, bantal Upin serta tuala Elle..Greatest Mama dengan saya telah melabur di Estee Lauder.
Inilah bendanya yang saya dan Greatest Mama telah melabur hampir RM300 (gambar hasil pencarian melalui google image). Nak kongsi kebaikannya pun belum boleh lagi sebab baru nak pakai untuk pertama kali. Sebelum ini, untuk penjagaan muka saya menggunakan jenama Christian Dior. Alhamdulillah ok, cuma sejak akhir-akhir ni, prestasi yang ditunjukkan dah tak seberapa bagus jika dibandingkan dengan lima tahun dahulu. Sebab itulah, saya berhasrat untuk beralih angin ke jenama yang lain. Insyaallah kalau nampak hasil akan saya kongsi di sini kelak. Harap-harap pelaburan saya ini akan berbaloi hendaknya.


Balik dari Mid Valley, terus balik rumah. Dah buntu sebenarnya nak jalan ke mana lagipun masing-masing dah sakit kaki. Sampai rumah sambung layan Sehati Berdansa dan serba sedikit rancangan tv. Jenguk-jenguk alam maya serta tinjau mana-mana yang patut. Lepas tu terus T.I.D.U.R...Sebelum tidur borak dengan Abang ringkasan cerita dia di Perak. Lain rasanya bila Abang tak ada pada hujung-hujung minggu ni.


Nanti kita sambung cerita hari Ahad di lain entrilah pulak. Sebab panjang pulak rasanya entri ni. Nanti bosan orang membacanya. Cuma satulah yang saya terperasan, saya tak pandai nak meringkaskan karanganlah. Panjang berjela semuanya. Patutlah result SPM saya untuk matapelajaran Bahasa Melayu tak cemerlang. Rupanya saya tak pandai buat ringkasan...macamana nak buat entri yang ringkas dan padat macam orang lain ye???

Saturday, November 14, 2009

A Declaration...

TODAY IS FRIDAY!!!!Yea...Yea...I believe when comes to Friday, everyone will turn into full moon faces. Just can't wait until 6 o'clock ha!!!...We do have our own reason why we love Friday just more than the others. As a Muslim, we put our full respects for Friday. "Penghulu segala hari" that what we used to call although we do believe other days also have its own blessing. Greatest Allah SWT will not create something without a reason.

Me??!!!I have my own reason...Friday is my 'dating' day. Ehem..ehem...(pls dun jump to any numerous conclusion)...I have date appointment with my "Buah Hati"....(oh please again!!!dun be so judgemental)...I will spend my half day in office and by the time, no excuses....babai Office!!!see u on Monday... ;) Am I a bad worker???!!!Just dun bother what people says although the answer is YES...

So, from today onwards I would like to announce and declare that Friday is my dating day with HIM, my Buah Hati..... Who is he????Our baby in d House....hehehe...See!!! I asked all of you not guessing too much rite??!!!


He is my lovely and the only nephew at this moment and for that reason, he is gaining a fully attention from all of us in the house. Everybody, please give a big hand to my Buah Hati: KAMAL AMIRUL AL-FARYSH, a son to my brother, Kamal Amirul Mukminin (which I will addressed him as "Macho Man" from here onwards) and my sister in law, Siti Fareha (which I will addressed her as "Siti Cuty" from here onwards)

Why I choose Friday and not on other days...because, from Monday till Thursday of course I will busy with my own thingy rite. Although I meet him everyday but I need a day with him. Coz, I also need an attention from him....ha..ha..ha..Due to the Macho Man MOU with Siti Cuty, weekend is 'Ampang Day'...Buah Hati need to know that somebody else also miss him in Ampang.

As a payback for not being with me for 2 days, so I spend my half day on Friday with him...
And as usual, today I spent time with Buah Hati and Lovely Mama. We have a great time due to his brightness. Buah Hati is getting bigger.. :) Unfortunately, none picture has been taken ..Next time yeah!! Alhamdulillah and in two weeks time he will celebrate his 2nd birthday.

Should thank to Macho Man & Siti Cuty for giving use Buah Hati to shared among each other. When willl Buah Hati will get new team mate???At least Beauty Farysha...he..he..he...Or should we ask......hmm.......