Followers

Monday, November 16, 2009

Cerita Hujung Minggu

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu baru hari ni. Cepat betul masa berlalu sekarang ni. 24 jam yang dianugerahkan rasanya memang tidak cukup memanjang walaupun ketika berada di hujung minggu. Nak masuk hujung minggu je, semua orang senyum sampai ke telinga. Dah boleh terbayangkan segala perancangan yang disusun atur untuk menikmati keseronokan hujung minggu. Tapi bila sedar dah nak masuk hari Isnin, mood masing-masing boleh bertukar secara tiba-tiba bila membayangkan segala apa yang harus dilaksanakan kelak sepanjang minggu yang bakal mendatang. "Wake up guys!!!" Jangan terdera emosi dengan perkataan "MONDAY BLUES"...Kadang kala kita kena tanam kata-kata positif supaya terus kuat untuk mengharungi hari Isnin supaya kita kekal cergas sepanjang hari (walaupun pagi-pagi lagi dah hujan lebatkan!!)


Huraian pembukaan yang panjang berjela ni sebenarnya tak ada kena mengena dengan apa yang ingin diceritakan secara lanjut, saja nak bagi pembukaan yang agak meleret. Walhal sebenarnya nak kongsi dengan kawan-kawan semua agenda saya pada hujung minggu yang sudah. Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang merancang jadual hujung minggu kecuali sekiranya hujung minggu tu menuntut saya untuk terlibat dengan "vacation" samada panjang atau pendek. Bab yang tu dah tentulah kita kena buat perancangan telitikan. Perancangan hujung minggu saya hanya akan bermula apabila saya mencelikkan mata dari tidur yang lena pada Sabtu pagi. Kalaulah saya terlajak tidur sampai ke petang (tapi setakat ni belum pernah berlakulah) maka hujung minggu saya akan bermula pada petang tersebutlah....


Agak jarang saya menghabiskan hujung minggu tanpa "Kekasih Cerahku"..ha..ha..ha.. iaitu ABANG (belum terfikir lagi sebarang gelaran atau ganti nama kepada BF ku ini di dalam dunia blog). Selama berkasih-kasihan (cewah!!!ha..ha..ha..), sememangnya hujung minggu di KL adalah masa untuk bersama walaupun sebenarnya hampir setiap hari bersua muka. Lainlah kalau saya harus pulang ke Perak atau ke mana-manalah. Tetapi hujung minggu kali ni, Abang tak bersama saya. Jumaat malam lagi, Abang terpaksa bertolak ke Manjung, Perak bersama ayah dan sepupunya untuk menziarahi Makciknya yang nazak pada ketika mendapat berita dan Allah lebih menyayangi Arwah apabila Makcik Abang menghembuskan nafas setelah 2 jam Abang tiba di sana.. INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN....


Oleh kerana Abang tidak berada di KL, sebarang perancangan tidak terlintas langsung di fikiran. Kalau memang tidak ke mana-mana, jawabnya saya ber'dating' di depan televisyen kerana menekan punat 'remote control' adalah hobi saya yang utama selain membaca. Tup-tup "Greatest Mama" (panggilan untuk MAMA tercinta) ajak keluar. Terus setuju dengan pelawaan Greatest Mama, kami bertiga pun teruslah keluar. Siapa lagi seorang???Dah tentulah "Ayu Bam Bam"...(adik bongsu ku yang tersayang)...The Best Part: Greatest Mama ajak keluar tapi tak tahu nak menghala arah ke mana!!!! Kan parah keadaan macam tu. Rupanya Greatest Mama pun kurang idea, akhirnya sepakat menghala ke Mid Valley. Pukul 12 tengahari lagi dah keluar....awal pula rasanya....


Bila tengok jam rasanya masih awal, dalam kepala tu dapat agak yang agak senang la nanti untuk dapat 'parking' yang selesa. Kalau tak selesa pun sekurang-kurangnya mudah. Belum sampai pun lagi Mid Valley, kereta dah bersusun-susun nak masuk 'parking area'. Allahhuakhbar!!!!Keluar awal macam ni pun dah ramai orang, kalaulah sampai lagi lewat, tak tahulah macamana keadaannya nanti. Kecewa jugalah bila pusing-pusing bangunan Mid Valley tu, masih belum dapat masuk parking. Kalau nak menghala ke tempat lain, kesian pula rasanya dekat Greatest Mama sebab dah pasang niat nak ke sana. Bukan senang untuk dia dapat masa bebas macam ni...ye lah, sejak Buah Hati dah adakan. Banyak masalah terluang untuk Buah Hati...he..he..he...Tapi disebabkan niat tu dah memang untuk bawa Greatest Mama ke sana, Alhamdulillah akhirnya dapatlah juga masuk ke dalam bangunan yang tersergam indah tu. Allah lebih membantu bila 'parking' pun dapat depan-depan 'escalator'....If Greatest Mama buy so many things later, she dont have to walk that far to the car...he..he..he..


Masuk je ke Mid Valley, punyalah ramai umat manusia. Patutlah susah nak masuk untuk parking. Kalaulah ada penjahat nak serang Malaysia, diaorang pergi bom je semua 'shopping complex' yang ada. Mahu separuh penduduk KL ni boleh lenyap. Tarikan 'shopping complex' kat Malaysia ni kuat betul. Hairan jugalah mana diaorang ni dapat duit boleh sentiasa membeli belah...ahaks!!!Tak kisahlah itu semua. Itu dah kira rezeki masing-masingkan. Sebelum nak berjalan, tong minyak nak kena isi dulu. Tapi sebab tak berapa 'familiar' dengan kedai makan di Mid Valley, jadi tercangak-cangaklah juga kitaorang sekejap. Jalan punya jalan, sekali ternampak kedai "Tako Tao" (lebih kuranglah tu rasanya)..Dah dengar ramai yang kata sedap, bila nampak tu melonjak-lonjaklah nak cuba. Dek perasaan yang dah tak tentu hala nak mencuba, terus timbul rasa tamak nak beli banyakkan. Nak dekat RM10 jugalah berhabis hanya untuk "testing"...Bertenggeklah sekejap kat kerusi depan 'escalator' hanya untuk menikmati keenakkan makanan tu. Tapi sayang, keghairan kitaorang tu dimatikan dengan rasa makanan tersebut yang tak seberapa. Belum pun makan sampai dua ketul rasa muak tu dah tak boleh nak ditahan-tahan. Secara kesimpulannya, kitaorang tidak boleh menjadi penggemar setia Tako Tao sebab tak sedap...mungkin cara pemakanan kitaorang salah tu tak pastilah pulak. Yang pasti memanglah tak sedap!!!!


Rasa muak yang menguasai tekak, menyebabkan Ayu Bam Bam tak sabar nak pergi makan tengahari. Finally our decision is: FOOD COURT..Kitaorang bertiga mempunyai pandangan berbeza mengenai Food Court tetapi demi untuk Greatest Mama, saya dengan Ayu Bam Bam pun ikut jelah. Sekali lagi, nak mencari meja kosong punyalah susah. Seksa rasanya nak menunggu orang lain habis menebeng kat tepi meja supaya bila diaorang habis je, kitaorang boleh duduk. Seperti selalu, saya ni orang yang berfikiran positif...Insyaallah akan dapat. Bila dapat je meja, saya suruh Greatest Mama dengan Ayu Bam Bam pergi beli makanan dulu. Sebenarnya waktu tu tengah berfikir apa nak dimakan. End up, Greatest Mama dengan Ayu Bam Bam makan nasi campur dan saya makan Yee Mee Hot Plate.


Nak cerita pasal Nasi Campur diaorang. Tanya Greatest Mama berapa harga?? Terkejut beruk!!!Dekat RM10 sepinggan lauk pauknya hanyalah sayuran sahaja. Greatest Mama adalah sangat 'health concious', makanan pilihan harus yang segar-segar. Ayu Bam Bam pula, nasi berlaukkan ayam goreng serta sayuran sikit. Harga lebih kurang Greatest Mama punya harga. Oleh itu haruslah saya terkejut beruk. Bukan nak berkira pasal makanan sebab semua tu akan masuk dalam perut kita tapi kalau dah terlalu mahal macam tu, rasa tak berbaloilah pulak. Tapi nak buat macamana, teruskan jelah menikmati makanan yang dah dipilih. Tengah-tengah makan, Greatest Mama kata sayur tu basi. Adoi!!!dahlah mahal. Makanan pula basi. Memang tak patut betullah...Bagitau dekat Greatest Mama, pergilah 'complain'. Lepas makan katanya. Lepas je makan, boleh pulak kitaorang langsung tak teringat nak pergi hantar balik. Habis je makan, tegak masing-masing berjalan. Kesianlah orang yang selepas-selepas kitaorang. Harap-harap adalah orang pergi mengadu. Nampak sangat orang Malaysia ni tak berapa kisah sangatkan dalam hal-hal yang dianggap remeh macam ni. Kitaorang adalah contoh terbaik. Sebab itulah peniaga-peniaga makanan dekat Malaysia ni naik muka. Silap gaya kita yang buat aduan kena marah balik. 'Atittude' macam ni rakyat Malaysia kena ambil berat dan kena ubah..(peringatan untuk diri sendiri juga ni supaya jangan ambil mudah perkara-perkara macam ni)


Masa terluang di Mid Valley hampir lapan jam. Berjalan dan terus berjalan. Mana teragak nak singgah kitaorang singgah. Agenda utama meninjau hadiah untuk Buah Hati. Dalam dua minggu Buah Hatikan nak menyambut hari jadi. Pening kepala masing-masing nak menyediakan hadiah untuk dia. Langsung tak boleh nak buat keputusan hadiah apa yang harus dibeli. Yang pasti saya telah terpikat kepada sesuatu benda tu. Apakah benda tu nantikan kelak dalam post yang akan datang. Pengakhiran di Mid Valley tamat dengan Ayu Bam Bam membeli cekak rambut, bantal Upin serta tuala Elle..Greatest Mama dengan saya telah melabur di Estee Lauder.
Inilah bendanya yang saya dan Greatest Mama telah melabur hampir RM300 (gambar hasil pencarian melalui google image). Nak kongsi kebaikannya pun belum boleh lagi sebab baru nak pakai untuk pertama kali. Sebelum ini, untuk penjagaan muka saya menggunakan jenama Christian Dior. Alhamdulillah ok, cuma sejak akhir-akhir ni, prestasi yang ditunjukkan dah tak seberapa bagus jika dibandingkan dengan lima tahun dahulu. Sebab itulah, saya berhasrat untuk beralih angin ke jenama yang lain. Insyaallah kalau nampak hasil akan saya kongsi di sini kelak. Harap-harap pelaburan saya ini akan berbaloi hendaknya.


Balik dari Mid Valley, terus balik rumah. Dah buntu sebenarnya nak jalan ke mana lagipun masing-masing dah sakit kaki. Sampai rumah sambung layan Sehati Berdansa dan serba sedikit rancangan tv. Jenguk-jenguk alam maya serta tinjau mana-mana yang patut. Lepas tu terus T.I.D.U.R...Sebelum tidur borak dengan Abang ringkasan cerita dia di Perak. Lain rasanya bila Abang tak ada pada hujung-hujung minggu ni.


Nanti kita sambung cerita hari Ahad di lain entrilah pulak. Sebab panjang pulak rasanya entri ni. Nanti bosan orang membacanya. Cuma satulah yang saya terperasan, saya tak pandai nak meringkaskan karanganlah. Panjang berjela semuanya. Patutlah result SPM saya untuk matapelajaran Bahasa Melayu tak cemerlang. Rupanya saya tak pandai buat ringkasan...macamana nak buat entri yang ringkas dan padat macam orang lain ye???

No comments :

Post a Comment