Followers

Tuesday, November 10, 2009

Do not leave it Blank!!!!

Belum pun apa-apa lagi, saya telah gagal untuk menjadi blogger yang tegar....Dekat dua minggu juga la Blog ini terbiar sepi. Kenapa dan mengapa tiada jawapan tetapi baru sekarang inilah saya faham kenapa ada sesetengah blogger tidak sentiasa "update"...Azam saya kini adalah untuk tidak membiarkan laman ini terus menjadi laman sesawang yang berhabuk debu. Sekiranya itu terjadi ianya adalah penanda aras bahawa saya juga mengalami musim tepu...Selaras dengan tajuk,sebaik mungkin kini saya cuba untuk memperbaiki diri supaya tidak terus "black out"

Beralih tajuk seketika ye, Setelah sekian lama sejak menceburi arena 'blogging' ini, saya sering cuba untuk menukar alamat URL saya dan baru hari ini berjaya. Entah di mana silapnya saya pun tak pasti kenapa selama ini saya gagal untuk menukar alamat tersebut dan kerana sebab musabab ini jugalah menyebabkan saya belum lagi menjemput sesiapa untuk menjenguk ke laman coretan ini. Oleh kerana segalanya telah selesai barulah kini saya akan menjemput secara rasminya teman-teman untuk seiring bahu bersama melayari kehidupan yang bakal mendatang. Bersama kita mengenali antara satu sama lain dan bersama untuk terus bertukar pendapat dan buah fikiran mana yang perlu juga bersama berkongsi suka duka sebuah kehidupan. Kini alamat URL saya: http://bwitme.blogspot.com/

Insyaallah, akan sentiasa ada post-post yang baru....


No comments :

Post a Comment