Followers

Friday, November 13, 2009

Penatnya...

Hari ni, memang terasa kepenatan. "I have pushed myself to the limit". Kenalah buat macam tu, kalau tidak rugi je nanti. Setelah meninggalkan arena 'gym' hampir satu bulan setengah, hari ni dan semalam telah mula semula rutin yang saya lalui sebulan sebelum puasa. Ramai yang menanti hasilnya tetapi sampai hari ni, saya masih belum boleh menunjukkan hasilnya kerana tiada konsistensi... :( Berazam untuk "full swing" bermula dari semalam, moga apa yang tertanam sebagai azam akan dapat dicapai. Tiada sasaran yang saya letakkan cuma saya inginkan kehidupan yang sihat sepanjang tahun. Insyaallah, saya akan terus berusaha. Lagipun usia saya tidaklah semuda remaja dahulu.. :)


Nak kongsi sikit dengan rakan-rakan semua di manakah saya ber'gymnasium'. Kalau ikut trend sekarang, mesti ramai yang mendaftar di Celebrity Fitness, Truefitness, Fitness First dan macam-macam lagi. Pada mulanya saya juga berhasrat untuk mendaftar dengan pusat kesihatan yang bertaraf lima bintang ini bagi pendapat saya. Tetapi hasrat tinggal angan-angan setelah mendengar bermacam-macam komen. Cita-cita untuk mendaftar saya semat di dalam hati dengan harapan satu hari ianya akan jadi kenyataan.



Satu hari, entah macamana terpandang papan tanda gymnasium khas untuk wanita. Tiba-tiba saya berasa tertarik. Melalui laman web saya melakukan 'survey' dan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Keesokannya saya telah dihubungi pihak gymnasium tersebut dan aktiviti Q&A pun berlaku. Mereka menawarkan tempoh percubaan dan saya akhirnya bersetuju untuk mencuba.
Dan kini, akhirnya saya telah menjadi ahli selama setahun kepada pusat gymnasium tersebut.

Inilah pusat gymnasium yang saya maksudkan. Lokasinya berhampiran dengan rumah saya. Antara sebab musabab saya memilih untuk menjadi ahli dengan mereka adalah:
  • Ianya khusus untuk wanita sahaja. Lelaki tidak dibenarkan masuk langsung. Oleh itu kita bebas untuk bersenam tanpa ada gangguan mata-mata lelaki (walaupun mereka tidak berniat lain)
  • Perkhidmatan "trainer" adalah percuma dan ianya termasuk di dalam pakej yuran. Kita tidak perlu membayar yuran tambahan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Malahan pelatih mereka amat mesra
  • Program yang mereka aturkan agak berbeza dengan pusat gymnasium yang sedia ada (kalau nak tahu kenalah cuba :) )
  • Mereka akan sentiasa memantau progress serta berat badan kita. Dari situ kita akan tahu macamana prestasi kita selama ini
  • Kita boleh menggunakan perkhidmatan pada bila-bila masa yang kita suka. Jika kita mampu untuk melakukan setiap hari pun tiada siapa yang melarang malah amatlah dialu-alukan
  • Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan
  • Dan macam-macam lagilah....kalau nak tahu kena lah 'join
Ini bukanlah sebagai promosi, tetapi sebahagian pengalaman yang saya ingin berkongsi kerana saya yakin di luar sana ramai perempuan yang mempunyai dilema seperti saya iaitu masalah berat badan. Jadi apasalahnya kita mencuba. Sekiranya kita gagal untuk menurunkan berat badan, sekurang-kurangnya kita telah berusaha supaya untuk tidak menambah berat badan.


Bagi sesiapa yang berminat ingin mencuba, bolehlah menghubungi saya kerana saya masih lagi memiliki pas-pas percubaan dan selepas itu sekiranya anda berminat boleh terus mendaftar sebagai ahli. Manalah tahu selepas ini, perhubungan silaturrahim yang baru akan terjalin pula sesama kita....

No comments :

Post a Comment