Followers

Monday, December 28, 2009

Belum Selesai...

Peperiksaan akhir semester telah diduduki dan berbaki 1 kertas lagi iaitu pada 8hb Januari.  Terasa ringanlah juga beban yang ditanggung tetapi masih belum selesai lagi.  Belum boleh berada di dalam kedudukan yang selesa.  Tapi, bolehlah kalau nak curi-curi sikit masa tu untuk menjengah ke muka surat sini.  Memanglah kalau boleh niat dihati nak sangatlah buat entri banyak-banyak dalam satu hari.  Tapi tak boleh terburu-buru, nanti perkara yang harus penuh perhatian akan terabai kelak.

Dalam curi-curi masa, rasanya sepanjang minggu lepas adalah juga 2-3 entri yang berjaya di muat turun di sini.  Budaya blog dah semakin menular.  Sana sini pengikut blog cuba memberi komitment yang tinggi.  Sebaik mungkin nak mempersembahkan sesuatu yang bermutu mengikut piawaian sendiri.  Terus terang saya katakan, setakat hari ini saya masih belum lagi mempelawa sesiapa pun untuk mengikuti nukilan siber ini.  Hanya setakat ahli keluarga dan kawan-kawan yang betul rapat.  Antara sebab saya belum menghulurkan jemputan kerana saya tahu, masa saya untuk terus membawa cerita-cerita adalah sangat terhad.  InsyaAllah selepas selesai semuanya, saya akan menghulurkan jemputan salam rasmi untuk sesiapa yang berminat mengikuti jejak bingkisan ini.

Kepada sesiapa yang tidak sengaja telah menjengah laman ini dan mengikut secara senyap, terima kasih diucapkan.  Mungkin satu masa, ada rezeki kita berkenalan dengan lebih rapat dan mencapai antara objektif laman sesawang ini iaitu, menambahkan kenalan siber samping berkongsi suka duka.  Pujian dan kritikan saya terima seadanya kerana bersifat optimis adalah tunjang kehidupan saya.  Pujian diterima dengan hati yang terbuka dan sentiasa berdoa supaya saya tidak akan terus lalai dengan kata-kata manakala kritikan di terima dengan senyuman ikhlas kerana kita adalah manusia biasa yang tidak sempurna di sisi Allah.

Teruskan menjejaki langkah bagi yang sudi kerana buat masa ini saya belum lagi selesai menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang bergelar PELAJAR...

No comments :

Post a Comment