Followers

Monday, December 28, 2009

Sana..Sini...Situ...Melaka -Bhgn 5-

Sementara ada masa ni, baik rasanya melunaskan hutang untuk menyambung kembali siri Melaka.  Dah masuk bahagian 5, bagi sesiapa nak tahu yang lepas rajin-rajin godek senarai entri.  Tapi hari ni nak buat recap sikit rasanya 4 bahagian yang lepas.  Sekurang-kurangnya bagi sesiapa yang baru menjengah bolehlah mendapat panduan terpimpin.

Bahagian 1 - Tujuan utama menyinggah ke Melaka
Bahagian 2 - Episod makan-makan yang menyelerakan
Bahagian 3 - Menara Taming Sari
Bahagian 4 - Pengalaman Duck Tours

Pecahan cerita bagai nak rak tapi sebenarnya segala apa yang dilalui tu dalam tempoh satu hari je.  Dasyatnya saya ni kalau nak bercerita.  Panjang meleret macam mak nenek gayanya.  Apa lagi, kita terus ke sambungan episodlah sekarang ni.

Lepas sahaja turun dari menaiki Duck Tours, tiba-tiba sahaja Abang beritahu nak bermalam di Melaka.  Alamak!!!!Mana boleh!!!Saya mana ada persediaan untuk bermalam, lagipun keesokkannya hari Ahad tu saya ada kelas.  Tapi bila dengar Abang cakap macam tu, tak naklah tunjuk rasa tak setuju sebab yakin dia pun main cakap je.  Lagipun E-jump satu keluarga pun mesti tak buat persediaan untuk bermalam.  Ayu Bam Bam dah tanya-tanya "Biar betul??"

Keyakinan saya dimatikan bila E-jump sekeluarga kata diaorang memang ada bawa baju tambahan sekiranya tiba-tiba tak jadi balik KL.  Apa lagi, terkejut beruklah saya dengan Ayu Bam Bam.  Rupa-rupanya diaorang ni memang dah ada ad-hoc planning.  Nak dijadikan cerita, dalam setengah jam selepas Abang kata nak bermalam di Melaka, rakan sekelas hantar sms mengatakan kelas esok batal.  Pensyarah masuk hospital.  Eh, kebetulan pula ye..  Setelah semua yang ada memujuk saya untuk bermalam di Melaka, saya pun bersetuju.  Antara alasan yang diaorang gunakan bila diaorang kata banyak lagi tempat yang belum dijelajah.  Kiranya macam tak puaslah.  Lagipun keadaan hujan membantutkan pergerakkan kami di sana.

Bincang punya bincang, akhirnya saya pun bersetuju tapi kena keluar duit lebih sikitlah.  Sebab saya dengan Ayu Bam Bam langsung tak ada persediaan.  Terpaksalah kitaorang membuat aktiviti membeli secara mengejut.  Susah jadi perempuan ni, banyak perkara nak kena ada walaupun nak tidur untuk satu malam.  Kalau lelaki tu lainlah.  Ikut mana yang ada sajakan.  Bila kata tak jadi balik KL, apa lagi makin panjanglah langkah masing-masing.  Nak ke sana sinilah jawabnya.  Kiranya habis jugalah kitaorang tawaf satu Bandar Hilir tu dengan berjalan kaki.  Boleh pula bila setuju nak bermalam je, terus hujan pun berhenti.  Peluang yang ada tu, kitaorang gunakan sebaik mungkin.  Kiranya pergerakan tu dah tak terkejar-kejar sebab tahu nak buat apa kelam kabut.

Untuk memudahkan cerita, apa kata korang semua layan gambar yang kitaorang ambil ni.


Ambil peluang menaiki beca.  Disebabkan kitaorang ni badan semuanya comel, terpakslah menyewa 3 buah beca.  E-jump sekeluarga sebuah beca, saya dan Ayu Bam Bam sebuah beca dan Abang jadi lone ranger dengan sebuah lagi beca.  Tapi sayang, gambar-gambar menaiki beca tak sempat nak ambil.

Penemuan bukti sejarah baru di Melaka.  Tengah diaorang sibuk-sibuk gali lubang nak pacak tiang, sekali terjumpa kawasan ni, terus dibatalkan perancangan pembangunan di kawasan ni.


Kincir Air yang dibina di Sungai Melaka



Muka Menyut-Menyut yang kepenatan walaupun bersilih ganti orang yang mendukungnya


Gambar ini ditangkap pada waktu senja, kitaorang dalam perjalanan nak menghala ke tempat letak keretaAntara tarikan terbaru di Melaka terutamanya kanak-kanak



Mengabadikan gambar kami berlima, minta tolong orang yang lalu lalang di kawan tersebut.  Terima kasih pada yang sudi membantu kami...



Berlatar belakangkan replika kapal dagang yang terkenal di Melaka.  Saya mempunyai info pengetahan mengenai kapal tersebut, tapi nanti kalau kongsi di sini tak ada siapa lagi nak pergi singgah di kapal tersebut.  Oleh itu korang kena pergi sendiri ke kapal tersebut bila sampai di Melaka dan dapatkan pengetahunan mengenai kapal tersebut.  Tak salah menambah ilmu di dada


 

Tiga gambar di atas tiada motif, cuma Abang kata tak payah pun pakai kamera bermuncung panjang kerana hasil dari kamera kitaorang pun dah cukup cantik.  Tapi saya tidak pernah pun terniat untuk memiliki kamera DSLR yang menjadi kegilaan masa kini.  

Lepas dah puas berjalan, kami terus pergi mencari hotel.  Terlupa pula yang waktu tu musim cuti sekolah.  Susah jugalah mencari hotel.  Sekiranya tak mendapat bilik malam tu, memang kitaorang akan balik KL jugalah.  Cari punya cari, akhirnya saya mencadangkan pergi menjengah HOTEL PURI.  Hotel ini berada di kawasan deretan kedai kaum Baba Nyonya.  Saya memang suka ke hotel ni kerana keunikan yang ada pada Hotel Puri.  Hotel Puri juga mempunyai muzium mini berkenaan masyarakat Baba Nyonya.  Walaupun bertaraf 3 bintang tetapi, kepuasan yang saya dapat melalui hotel ini selalunya mesti 5 bintang.  Memang rezeki kitaorang pun, kebetulan sebuah family room yang baru dibatalkan tempahannya.  Kitaorang pun ok sahajalah, maka beramai-ramailah kitaorang di dalam satu bilik yang memang besar.  Maaf tak sempat nak ambil sebarang gambar sewaktu tiba di Hotel Puri kerana masing-masing dah penat dan dalam tempoh satu jam, kami mempunyai agenda yang lain pula...BERJALAN-JALAN LAGI!!!!

Kita sambung bahagian yang lain pula ok!!!
 

No comments :

Post a Comment