Followers

Wednesday, December 30, 2009

Y.E.S.

YES sana YES sini..merata-rata YES..tp apa yang nak dikongsi ni bukanlah YES yang untuk membeli belah sakan.  Kalau YES tu, kena ada duit berkepuk-kepuk barulah boleh menikmati erti sebenar YES.  Tapi kalau duit tu yang ada setakat cukup-cukup sahaja YES jadi hambar.  Tak memberi sebarang makna pun.  Apatah lagi ni hujung-hujung tahun ni ramai yang mengambil kesempatan!!!Saya sendiri tak berkunjung pun ke mana-mana pusat membeli belah sempena YES walaupun dalam hati tu, teringinlah juga sebenarnya.

YES yang dimaksudkan di sini sebenarnya adalah (YEAR END SYNDROME).  Sana sini YES melanda.  Kebutlan pula tahun 2009 ni, nak sampai ke penghujung tahun, setiap Jumaat mesti ada cuti umum.  Bertambah-tambah penghidap YES ni.  Macamana nak kenal pasti andalah pembawa YES?  Antara gejala-gejala YES:

  • Kalau selalu bangun pagi, pantas sahaja melakukan segala rutin.  Kalau boleh lagi cepat lagi bagus.  Tetapi apabila menghidap YES, segalanya bergerak secara lambat di waktu pagi sehinggakan nak masuk bilik air pun rasa macam bercinta

  • Masuk pejabat sahaja muka mesti mencuka.  Tengok kiri kanan depan belakang semua orang menghilangkan diri.  Ada yang bersambung-sambung cutinya.  Diri sendiri cuti dah habis tengah-tengah tahun, kenalah jadi budak baik duduk di pejabat
  •  
  • Angkat telefon di pejabat pun malas, kalau boleh rasanya tak nak dengar langsung telefon berbunyi 

  • Setiap kerja yang datang mesti tengok deadline.  Agak kalau lama lagi, semua tolak tepi.  Lagi bagus kalau deadline tahun depan baru ada semangat sikit nak kerja nanti.
  • Bila kita nak cari seseorang, sentiasalah tak ada.  Hari ni A tak ada, esok B tak ada, lusa C tak ada 

  • Sana sini asyiklah berborak destinasi percutian.  Nak pergi sanalah, nak singgah sinilah.  Cerita gosip hangat diberhentikan buat sementara.
  •  
  • Kejap-kejap buka internet, tengok tempat mana yang menarik sambil berkira-kira hal belanjawan serta kesempatan masa.
  •  
  • Baby sitter semua tutup pintu.  Lebih kurang seminggu jugalah ibu bapa mengagau nak mencari tempat nak menumpangkan anak-anak.
  •  
  • Apa yang diberitahu asyiklah lupa, tapi cuba cakap nak pergi ke sesuatu tempat, terus sahaja melekat dalam kepala
  •  
  • Suami isteri atau pun pasangan kekasih asyiklah bergaduh.  Rupanya tak bawa pergi berjalan-jalan.  Ini kes pasangan tak faham isyarat yang diberi
  •  
  • Dengar sahaja orang pergi bercuti, hati tu sakitlah amat sangat.  Padahal orang tu setakat pergi bercuti ke Zoo Negara sahaja.
  •  
  • Gambar percutian melambak-lambak di muat naik di dalam FB, Myspace, Blog serta yang seangkatan darinya.
  •  
  • Kepala asyik ingat CUTI..CUTI...CUTI...biarpun tak ada ke mana-mana, dapat cuti duduk rumah pun jadilah.  Janji kena cuti
  •  
  • Duduk depan TV, tangan tak lepas dari remote control.  Kejap tukar channel lain, kejap lagi tukar lain pula.  Lepas tu mengeluh bosan dan terbayang seronoknya duduk tepi pantai
  •  
  • Bengkel kereta mesti penuh dengan kereta yang nak kena servis.  Yelah, nak jalan jauh kenalah pastikan keadaan kereta supaya tak susah di tengah perjalanan
  •  
  • Asal nak masuk hujung minggu sahaja, jalan raya mesti sesak.  Orang berebut-rebut nak keluar bercutikan
  •  
  • Rating orang melawat blog jatuh sikit dari segi peratusan.  Yelah, ada yang pergi bercuti tak bawak laptop bagai 

  • Tuan punya blog mesti lambat kemas kini blog masing-masing.  Sibuk bercutilah katakan
  •  
  • Berat badan terus menerus bertambah kerana selera makan memuncak atas alasan tekanan kerana tidak dapat berjalan..SEPERTI SAYA!!!!

Kalau anda semua berada di dalam satu kategori di atas, anda juga dilanda YES.  Tanpa rasa malu, saya mengakui saya memang berada di dalam YES.  Segala apa yang nak dilaksanakan semuanya malas.  Sampai nak makan pun rasa malas.  Dahsyat betul penangan YES ni pada saya.

Kepada kawan-kawan yang di landa YES, redhakan sahaja sebab tak lama dah pun lagi nak berada di tahun 2009.  Dalam tempoh 48 jam dari sekarang bersiap sedialah kita menyambut kelahiran 2010 dengan penuh kegembiraan serta bersemangat baru dan moga gejala YES ini akan memberi kepuasan kepada diri masing-masing dalam melengkapkan perjalanan 2009.

Selamat ber "YES" semua!!!

2 comments :