Followers

Friday, January 29, 2010

Nak tukarlah..

Bila melompat ke blog orang sana, menyinggah blog rakan sini, melawat masuk kawan sinun, tengok latar belakang blog diaorang semuanya cantik-cantik belaka.  Sedap sahaja mata memandang.  Bila segalanya menawan, hati mula terpikat mestilah orang akan melekat sahaja di blog tersebut kerana semuanya ada. 

Teringinlah pula nak buat macam tu.  Tapi tak pandailah pula.  Ada sesiapa boleh ajarkan tak?  Mungkin saya boleh minta khidmat nasihat Macho Man atau pun Puan Ninie.  Diaorang ni memang hebat-hebat belaka kalau nak dibandingkan dengan saya.  Tengok umurlah.  Lagipun pendedahan yang mereka terima lebih meluas dari saya.  Al-maklumlah, saya ni baru berjinak-jinak. 

Terus terang saya katakan di sini, saya hanya mula pandai mengenal serba sedikit dunia IT ni kalau tak silap dalam awal tahun lepas.  Sebab itulah pertengahan tahun lepas barulah memiliki komputer riba sendiri.  Selama ni saya menggunakan komputer di pejabat sahaja.  Amatlah cetek pengetahuan saya mengenai dunia serba canggih ni.  Sebab itulah orang dah jauh ke hadapan, saya masih lagi terkedek-kedek macam itik pulang petang.  Tapi walau apa pun, saya akan sentiasa memperbaiki diri sendiri.  Kita hidup di dunia kan tak akan putus-putus mempelajari sesuatu.  Hanya orang yang tidak berakal sahaja akan berhenti untuk belajar.

Dalam draft sebenarnya banyak topik yang ingin dikongsi, tetapi oleh kerana angin kemalasan telah melanda oleh itu saya tangguhkan dulu untuk dipersiarkan di sini.  Moga-moga bila segala idea telah kembali subur akan saya kongsikan bersama di sini.  Apa pun, saya memang serius untuk membaik pulih wajah blog ini.  Sesiapa yang ingin sudi membantu, alhamdulillah.  Tapi apa pun memang saya akan paksa Macho Man untuk menghulurkan bantuan tapi tak adalah sampai menggunakan kuasa veto.

No comments :

Post a Comment