Followers

Friday, February 5, 2010

Air Terjun Ulu Yam

Aktiviti ini sebenarnya berlaku di penghujung-penghujung 2009.  Tak berapa ingat berapa haribulan, tapi antara minggu yang cuti berturut-turut tiap Jumaat.  Tapi kitaorang pergi hari Sabtu.  Episod berkelah ini terjadi kerana kitaorang masing-masing dah buntu tak tahu hendak menuju ke mana.  Kebiasaannya apabila menjelang hujung tahun saya serta kawan baik, Fieza saya akan merancang pergi untuk pergi bercuti cuma entah kenapa tahun ni segala perancangan tidak berapa menjadi.  Lagi pula, jadual hujung tahun saya padat dengan peperiksaan akhir.  Hampir setiap minggu ada kertas yang bakal diduduki.  Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkelah ke Ulu Yam sahajawalaupun tak sejauh mana.  Bukan senang kitaorang nak berkumpul ramai-ramai macam ni.

Sehari sebelum tu, kitaorang pergi membeli belah bagi segala keperluan untuk perkelahan.  Tapi sayang, tiada sebarang gambar untuk dipertontonkan bagi membuktikan betapa kecohnya kitaorang ni.  Saya, Abang, Fieza serta Mimie telah melakukan huru hara di Giant KD.  Kalau dah bersama diaorang memang sentiasa tak kering gusilah jawabnya.  Penuh satu troli kitaorang membeli barang.  Gaya macam nak duduk berhari-hari, padahal pergi pagi balik petang.  Setelah siap-siap membeli barang upacara pemerapan di lakukan.  Siapa lagi Chefnya kalau bukan Mimie.  Bab-bab tu kitaorang serahkan pada dia.  Kitaorang ni setakat tengok-tengok serta bantu mana yang patut sahajalah.  Tapi sayang, esoknya Mimie tak dapat ikut serta kerana bertugas untuk periuk nasi dia..ha..ha..ha..Kalau dia ada bertambah gamat dunia

Esoknya pagi lagi kitaorang dah bertolak.  Punyalah bersemangat masing-masing.  Pukul 8 pagi dah terpacak di 'meeting point'.  Sebelum tu, sempat jugalah kitaorang membeli berbungkus-bungkus nasi lemak untuk sarapan pagi.  Bila sampai ke tempat yang dituju kitaoranglah antara orang terawal yang berada di situ.  Dah rancang nak duduk sampai petang, jadinya tak adalah huru hara sangat kaedahnya kitaorang berkemas-kemas.  Pilih tempat, susun-susun barang dan bila semua siap apa lagi melabuhkan punggunglah masing-masing.  Terus makan nasi lemak yang dibeli

Cantikkan kawasan air terjun Ulu Yam yang kitaorang pilih.  Sejuk mata memandang, tetapi awas bila hujan.  Boleh membunuh dengan kederasan yang amat sangat.

Proses menaikkan khemah oleh hero-hero Malaya.  Khemah ini taklah besar mana pun cuma kitaorang gunakan untuk tukar-tukar baju.

Sedang sibuk-sibuk mengemas, sekali mata terpandangkan sesuatu yang kurang enak untuk penglihatan.  Silalah tengok gambar-gambar di bawah ini:

Rasa sayu ada, kecewa ada, marah pun ada bila terpandangkan benda-benda macam ni.  Sayanglah sikit kawasan yang ada.  Kita ni duduk di bandar, bukan senang untuk menikmati suasana segar macam ni.  Kalau kita yang tak jaga siapa lagi.  Cubalah ada rasa tanggungjawab sedikit kalau bukan untuk orang lain tapi pada diri sendiri.  Lain kali kita juga yang nak datang semula ke tempat macam ni.  Apa rasa korang yang membuang ni, bila sampai sahaja ke tempat itu dengan tujuan untuk berkelah tetapi kawasan dipenuhi dengan sampah-sampah macam ni.  Mesti korang pun tak sukakan.  Susahnya nak mengajar orang kita supaya mempunyai sikap bertanggungjawab.  Sudahlah barang yang dibuang tu benda-benda yang susah untuk dihapuskan.  Entahlah...

Berbalik pada perkelahan kitaorang, setelah semuanya siap ada yang tak sabar nak terus terjun.  Lupa pula nak cerita siapa yang menyertai perkelahan hari tu.  Yang ada Fieza sekeluarga, Abang Bong sekeluarga, saya, Ayu Bam Bam dan Abang (kiranya kitaorang bertiga ni sekeluargalah).  Tapi sayang, tiba-tiba anak kecil Abang Bong boleh kena demam campak.  Mungkin diaorang tak sedar sewaktu keluar rumah, bila sampai di Ulu Yam baru terperasan badan anak dah tumbuh bintik-bintik.  Kesian isteri Abang Bong tak boleh nak bermandi manda.  Jom, sambil membaca kita menjamu mata dengan gambar-gambar yang sempat dirakam. 


 
Inilah antara makanan yang kami bawa. Selain dari ini sudah pasti menu utama adalah BBQ.  Perap semalaman hasil air tangan Mimie.  Memang banyak gila makanan tapi jangan tak percaya semuanya berjaya dihabiskan oleh kami semua.

Yang dipangku itulah anak Abang Bong yang kena demam campak.  Ibunya tengah ralit membaca surat khabar.  Cik yang melayan Aliya.

Yang depan sekali nilah Makcik kepada Fieza iaitu kawan baik saya.  Ya, Fieza adalah kawan dan  dia juga adalah sahabat.  Persahabatan kami sudah terjalin begitu lama.  Alhamdulillah sehingga hari ini persahabatan kitaorang masih utuh.  Nanti-nantilah kalau ada masa kita kongsi bersama bagaimana persahabatan antara saya dengan Fieza ye.  Dah nama pun kawan baikkan, keluarga dia adalah keluarga saya juga.  Lepas-lepas entri ini, tidaklah terkejut sekiranya muka yang sama sahaja tertempek di blog ini.

Inilah suami kepada Cik, kitaorang panggil dia Pakcik.  Hebatnya Pakcik ni, sampai-sampai sahaja dia antara orang terawal yang terjun ke dalam air dan sehingga balik boleh bertahan.  Sekejap duduk dalam air, sekejap berada di atas.  Urat dawai tulang besi tau Pakcik ni.

Setelah meluruskan urat yang tegang sewaktu mengemas, Abang terus memasang api untuk BBQ.  Cadangnya nak buat lewat tengahari sikit tapi dia pun dah tak sabar nak membakar, kitaorang ikutkan sahajalah.
Orang tengah sibuk-sibuk membakar makanan, diaorang ni tak ada kerja lain.  Berendam sahajalah.  Awal-awal dah tak sabar nak membasahkan diri.  Kerja dua beradik ni, berendam dan bergambar.  Walaupun diaorang ni bukan adik beradik sedarah sedaging tetapi dah akrab, Fieza dah anggap Ayu Bam Bam macam adik sendiri. 

Abang Bong sedang melakukan proses meditasi

Proses untuk membakar segala apa yang ada boleh dibakar untuk dimakan

Fieza sedang sibuk melayan anak sulung Abang Bong, Dik Da

"Jom naik, makanan dah siap"

Saya yang asyik makan.  Orang semua turun mandi tapi saya tidak.  Habiskan makanan mana yang ada, baru mandi.  Memang berselera saya makan.  Rasanya naik 2kg terus pada hari itu sahaja.

Sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari.  Itulah yang terjadi pada kitaorang.  Tengah seronok-seronok, sekali langit bertukar wajah.  Tanda-tanda hujan lebat akan turun memang betul-betul terjadi.  Apa lagi, kelam kabutlah kitaorang ni berkemas.  Sebelum hujan turun, sempat jugalah saya membasahkan diri.

Tak lama pun kitaorang berendam.  Rasanya dalam setengah jam, hujan pun dah turun.  Bila hujan turun air punya deras, naik takut kitaorang dibuatnya.

Mak dah tak boleh nak berendam, main dengan ayah sajalah ye dik

Abang Bong ni kawan baik kepada Abang.  Konsepnya, kawan Abang kawan sayalah juga dan bila dah jadi kawan saya, konsepnya kawan Fieza juga.  Bila masing-masing dah berkawan dan juga sekepala, maka bolehlah menjadi satu kumpulan yang semuanya otak senget.

Bila hujan turun, kami hanya sempat menyelamatkan barang-barang makanan sahaja.  Disebabkan masing-masing dah basah, maka dengan rela semuanya dibasahi hujan yang turun menggila.  Mujurlah hujan reda kemudian walau tak sepenuhnya.  Mana ada baki makanan yang tak dibakar lagi terus sambung bakar dan kitaorang makan dengan cepat, takut hujan turun semula.  Masing-masing muka dah kesejukan tapi seronok punya pasal, gelak ketawa jadi pemanas badan.  Antara muka-muka yang kesejukkan, gambar orang lain tak dapat dirakam kerana bateri kamera Ayu Bam Bam dah habis.  Kamera yang lain semuannya bukan kalis air

Inilah wajah kawan baik saya, Fieza

Kira-kira dalam pukul 4 petang kitaorang bersiap-siap untuk pulang ke pangkal jalan setelah seharian menjadi antara orang yang lupa daratan.  Penat memang penat tetapi kegembiraan tu yang jelas di hati masing-masing.  Maka dengan rasminya kitaorang membuat perancangan untuk berkelah buat kali kedua pada masa akan datang di mana ianya telah pun confirm.  Nanti akan saya kongsikan di sini kelak.  Hai, dah tak sabar nak pergi ni!!!!

nota:  tak perlu pergi jauh-jauh untuk berseronok, yang penting kita masing-masing ada untuk memeriahkan suasana dan menjadi diri sendiri.

2 comments :

  1. salam ziarah..wah terasa seronok tengok suasana santai macam ni..dah lama benar tak berkelah kat sungai huuu

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan Indra,terima kasih kerana sudi menjengah blog ini..Moga selepas ini kita saling jenguk menjenguk di alam maya ini... :)

    ReplyDelete