Followers

Wednesday, March 10, 2010

Akhirnya...

Berhari-hari mencari masa untuk mengisi sesuatu di sini.  Akhirnya terisi jugalah akhirnya.  Biasalah, apabila masuk sahaja bulan baru, pasti antara resolusi bagi 2010 akan dikongsi bersama.  Semakin kita menghitung hari, semakin kita sedari bahawasanya masa sudah pasti tidak akan menunggu kita.  Bukan itu sahaja, malahan masa yang diperuntukkan untuk kita seperti tidak mencukupi langsung sehinggakan kita terlepas menikmati saat-saat yang berharga.  Sebelum terlewat, hargailah segala apa yang berada di sekeliling kita.

Sebenarnya, telah lama menyimpan cita-cita untuk mula mengatur langkah bagi memulakan perniagaan sendiri.  Bagi yang tidak mengetahui, keluarga saya menjalankan perniagaan dan saya bernaung dibawah syarikat keluarga.  Ramai yang mengatakan, apa perlu difikirkan lagi untuk bergerak sendiri sedangkan keluarga sendiri mempunyai syarikat.  Tetapi tidak bagi kami semua.  Kalau perlu, saya adik beradik ingin bergerak sendirian.  Bukan untuk menidakkan hasil yang telah membesarkan kami cuma kadang kala sifat ingin berdikari lebih menguasai diri.  Oleh itu, dengan beraninya saya beserta adik-adik yang lain mencuba nasib dengan berniaga kecil-kecilan.  Sokongan padu tentulah datang dari GM kami.  

Inilah antara azam saya bagi 2010 dan saya sedang cuba merealisasikannya.  Berjaya atau tidak hanya Maha Kuasa yang mengetahui.  Yang penting saya akan terus berusaha dan kerana ini jugalah saya agak sibuk sejak kebelakangan ini.  Ibarat baru bertatih, sudah pasti segala yang dilakukan lambat.  Terlalu banyak perkara yang harus saya segera kuasai terutamanya apabila segalanya berkaitan dengan teknologi.  Dengan usia saya serta kekuatan otak yang semakin menurun prestasinya, pasti agak lambat bagi saya mempelajari sesuatu perkara yang begitu asing bagi diri ini.  

Masih lagi sedang berusaha untuk memantapkan dari segala sudut.  Apa pun, dengan ini ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian bahawa saya kini sedang berniaga secara kecil-kecila menjual fesyen terbaru wanita.  Buat masa ini saya hanya bergerak secara aktif di alam siber ini.  Wujud kekurangan dan pasti akan saya segera perbaiki dan dalam masa yang sama saya juga dibantu oleh Ayu Bam Bam dan juga Siti Cuty.  Kiranya mereka ini rakan kongsi.  Apa pun, setakat ini merekalah penyumbang terbesar tenaga dari segi penjualan.  Oleh itu bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki fesyen terkini pada kadar harga yang berpatutan, silalah singgah di  http://iluvclothez.blogspot.com/

Apa pun saya sedar bahawa saya berhutang entri yang banyak gila tersimpan di dalam draf.  Bilalah agaknya saya berpeluang untuk publish entri yang terkapuk di dalam draf.  Setiap kali apabila teringatkan blog, bermacam-macam topik bermain di minda.  Akhirannya hanyalah menjadi igauan tatkala mengenangkannya sementara.  Nampak sangat saya tidak mempunyai keghairahan dalam memperbualkan hal ehwal yang ada.  

Bagi pembaca semua, jangan lupa menjengah ke butik online saya (baru setahun jagung dah berangan butik bagai).  Nasihat yang bernas juga amatlah dialu-alukan bagi saya yang baru belajar ini.  Berharap dapat kongsi sesama kita di sini.

nota:  saya amatlah cemburu kerana semua baju yang dijual tidak boleh disarung ke badan yang sememangnya comel.  Apa nak buat, harapkan jadi ahli gymnasium tetapi perginya jarang sekali.  Hampir tiga minggu tidak menjengah ke sana.  Minggu ini harus ke sana!!!!


No comments :

Post a Comment