Followers

Thursday, March 11, 2010

Cameron Buat Pertama Kali -siri 2-

TAMAN RAMA-RAMA
Dari Ladang teh kami di bawa pula ke Taman Rama-Rama.  Bayaran yang dikenakan juga adalah RM5 seorang.  Kalau ikutkan kitaorang bertiga memang malaslah nak masuk tapi alang-alang dah sampai, masuk sajalah.  Lagipun kitaorang dah seronok berkawan dengan Mamat serta Minah Salih yang sekali menjadi penumpang van.  Apa yang ada di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur, begitu jugalah di Cameron Highlands.  Tak banyak perbezaan cuma di Cameron, selain dari rama-rama yang berterbangan, ada di pamerkan serangga serta binatang-binatang reptilia.  Bagi pelancong luar, binatang-binatang ini menjadi satu tarikan kerana ada di negara mereka, ular pun susah nak jumpa.  Mereka mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat. 

Antara rama-rama yang besar yang terdapat di sana

Memberi perhatian yang penuh terhadap penerangan yang diberikan mengenai kumbang tersebut.  Kumbang itu sangatlah besar ya kawan-kawan

Yang saya pegang itu adalah serangga dan bukannya pokok.  Serangga yang digelar mantis ini menyerupai pokok bagi tujuan penyamaran

Dah nama pun lelaki, beranilah nak sentuh benda-benda macam ni.  Mimie menjadi perhatian atas keberanian dia menyentuh kala jengking yang amat berbisa.

LADANG STRAWBERRY
Lebih kurang 45 minit kami menghabiskan masa di Taman Rama-Rama, kami bertolak pula ke ladang strawberry.  Kini giliran kitaorang bertiga pula yang teruja kerana bagi pelancong luar, ladang buahan berries adalah biasa bagi mereka.  Malahan ada di antara mereka ini menanam buahan berries di belakang rumah sahaja.  Bukan itu sahaja, menurut Catherine kalau musim strawberry, pelbagai bentuk serta saiz boleh didapati di merata-rata.  Tapi kita di Malaysia ini, biasalahkan.  Mana nak sesuainya menanam strawberry di belakang rumah.  Iklim serta suhu tanah tidak sesuai, lainlah kalau berumah di atas bukit macam Cameron Highlands ni.

Kami di bawa ke Raju's Strawberry Farm.  Seperti biasa Uncle akan memberi penerangan serba sedikit mengenai Strawberry dan kemudian kami dibiarkan berlegar-legar di dalam ladang tersebut.  Apa lagi, gunalah kesempatan yang ada untuk mengambil gambar.  Jangan tak tahu, Mimie sempat memetik strawberry dari ladang tersebut walaupun sebenarnya ia adalah satu kesalahan.  Diam-diam tak Catherine pun turut sekali..he..he..he..."teacher,please behave yourself ya!!!"

Saat memegang strawberry, hati ni dah tak tertahan-tahan untuk terus memetik tetapi tak sampai hati untuk melanggar arahan kerana buah-buah ini semua masih baru lagi.  

"Ha!!!!Curi ye.."  Sedang cuba melakukan jenayah kecil.  Tapi larangan akhirnya menjadi   keizinan, sebab bila tuan empunya ladang sedar, dia pun merelakan.  Untung diaorang berdua ni

Bila melihat gambar ni, rindu pula pada gadis Auckland ni.  Nak email dialah sekejap lagi :)

Harus bergambar berdua.  Nanti merajuk pula, yelah dah dibawa berjalan-jalan.  "Thanks for the trip!!"

Setelah puas berjalan di dalam ladang, kami semua terus menyinggah ke kedai yang menjual strawberry.  Selain mempunyai ladang, empunya tanah juga membuka kedai menjual buah strawberry yang dipetik terus dari ladang.  Uncle driver memberi kami lebih kurang 30 minit untuk kami menikmati keenakan buah strawberry.  Apa lagi, kami semua mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah serta membasahkan tekak dek perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.  Di situ kami berbual panjang dengan penumpang-penumpang yang lain.  Memang mudah mesra mereka ini semua, walhal baru sahaja berkenalan.  Banyak perkara yang kami bualkan serta kongsi bersama


Saya:  Sedang menikmati keenakan buah strawberry
Mimie:  Menikmati kemanisan strawberry bersalut coklat
Catherine:  Membasahkan tekak dengan strawberry shake

Dah tak peduli orang sekeliling, sampaikan makan pun berdiri.  

Mimie dengan Miss Texas yang sibuk bertanya tips bersolek.  Sempat lagi tu menurunkan ilmu di dada

LADANG LEBAH & PASAR SAYUR
Ini merupakan tempat terakhir di dalam jadual perjalanan kami.  Saya dan Abang tidak masuk pun ladang lebah, sebenarnya kitaorang dah kepenatan.  Hanya Mimie The Diva dengan Catherine serta pelancong-pelancong yang lain sahaja masuk ke kawasan ladang.  Tak dapatlah nak dikongsikan apa yang ada di sana.  Yang tentu-tentu ada sudah semestinya sangkar lebah dan penerangan mengenai bagaimana madu lebah diambil.  Saya sempat membelikan GM sebotol madu lebah hasil dari ladang tersebut. 

Kemudian kami berjalan ke pasar.  Semua orang tahu sayuran di Cameron Highlands ini segar-segar belaka.  Tapi mengikut kata GM pula, sayur tersebut hanya segar bila berada di Cameron Highlands.  Bila kita bawa turun, dah duduk dalam suhu kereta, sayur tersebut akan cepat rosak.  Oleh itu larangan keras dari GM untuk membeli sayuran di sana.  Lagipun, rakyat jelata di rumah bukannya ramai mana.  Hari ni beli, bulan depan belum tentu habis.  Akur dengan kata-kata GM, saya hanya membeli buah tangan untuk Buah Hati.  Abang adalah membeli untuk keluarga dia.  Banyak jugalah sayuran yang dibeli.  Saya setakat buah strawberry, itu sahaja. 
 Bergambar kenangan di Ladang Lebah.  

Hari dah  larut petang, mood nak bergambar pun dah kurang sebenarnya.  Bila tengok kamera, memang tak banyak mana pun gambar-gambar yang diambil di Ladang Lebah dan juga pasar.  Ini sahaja yang ada.  Jadilah dari tak ada langsung.
 
Keluar dari pasar, jam menunjukkan hampir 7 malam.  Uncle memberitahu bahawa perjalanan kami bakal tamat.  Masih ada satu lagi tempat yang sepatutnya kami lawati tetapi kerana kesuntukan masa, terpaksa dibatalkan.  Apa pun kami tak berasa rugi kerana tempat tersebut adalah sebuah Tokong Budha yang terbesar di Cameron Highlands.  Bila nak balik rasa sayu pula nak berpisah dengan teman-teman yang baru berkenalan.  Kami bertukar-tukar alamat email dan berharap agar persahabatan yang baru terjalin ini akan kekal.  
 
 Muka masing-masing dah penat, tapi sempat lagi nak bergambar dalam van

Gambar terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal Cameron Highlands
 
Sampai di depan pejabat agensi pelancongan kami semua berpisah dan ianya juga tanda bagi kami untuk meninggalkan bumi Cameron Highlands.  Balik Abang ikut jalan Tapah dan sememangnya saya tidak tahan langsung dengan keadaan jalan yang berbelok-belok.  Patutlah ada jalan baru yang jauh lebih selesa dan selamat.  Terfikir seketika, kalau sebelum ini tiada jalan baru dan jalan ini yang digunakan macamanalah agaknya lori-lori di Cameron Highlands ini turun naik mengambil dan menghantar barang??  Ngeri pula memikirkan kerana jalan tersebut memanglah menakutkan kerana sempit dan berdekatan dengan curam.
 
Apa pun, kami bertiga seronok dengan perjalanan seharian yang singkat.  Lupa seketika masalah yang ada.  Tapi kalaulah dapat bercuti ramai-ramai lagi seronoklah.  Tak sabar menantikan saat itu.  Ha, nanti akak diceritakan juga percutian kitaorang semua yang amat menyeronokkan pada Tahun Baru Cina yang lepas.  Kenalah tunggu, aturan entri panjang berjela menanti giliran...
nota:  berjaya juga menyiapkan entri ini tanpa panjang meleret seperti selalu.

No comments :

Post a Comment