Followers

Wednesday, March 3, 2010

Mac??!!!

Agak lama jugalah jemari yang keras ini tidak menarikan rentak di atas papan kekunci komputer riba milik peribadi.  Rindu sebenarnya nak mencoret sesuatu tetapi tiada sebarang kesempatan.  Diam tak diam dah masuk bulan ketiga bagi tahun 2010.  Apa Mac??!!!Macam tak percaya bukan seolah sekejap sahaja masa yang diperuntukkan buat kita seharian.  Dahulu sewaktu mula-mula menceburi arena blog ini, pernah berjanji pada diri sendiri, kalau boleh nak jadi blogger yang tegar.  Tetapi nampaknya kata-kata tinggal menjadi ayat.  Yang pasti, saya gagal melunaskan janji kepada diri sendiri.  Apa pun, melihat pada rekod sendiri, rasanya bulan Februari adalah antara rekod terbaik saya.  Apa kata untuk Mac ni, saya cuba memecah rekod yang sedia ada.  

Dua tiga minggu ini memanglah minggu yang amat mencabar bagi saya.  Sedang mengusahakan sesuatu untuk diri sendiri dan juga keluarga.  Harap-harapnya boleh juga untuk masa hadapan, InsyaAllah.  Pastikan akan saya war-warkan kelak jika segalanya telah siap sedia.  Buat sementara waktu, izinkanlah saya berahsia buat seketika.  Bukan lama lagi pun, cuma menunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan bersama-sama.  Semoga Mac 2010 memberi sedikit tuah kepada tuan empunya badan ini beserta sekutunya.

Membelek kembali entri-entri lama, rupanya banyak lagi yang belum saya berkesempatan berkongsi di sini.  Ok, saya berjanji untuk bulan Mac ini, saya akan selesaikan segala hutang entri yang sepatutnya.  Banyak juga agenda tersenarai untuk bulan Mac ini ye.  Apa pun kali ini saya tidak akan meleret seperti selalu kerana masih ada kerja yang menanti harus dilunaskan.  Moga kita bertemu lagi dalam sedikit masa dengan keizinan Allah SWT

nota:  "Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik sepanjang masa supaya segala apa yang dijanjikan dapat ditunaikan dalam kadar segera..Amin!!!" 

No comments :

Post a Comment