Followers

Friday, March 12, 2010

Rindu Mengetuk Pintu Memori

Keputusan SPM keluar hari ini.  Tiba-tiba sahaja teringat sewaktu menjadi pelajar.  Seronok rasanya detik itu.  Tapi seperti biasalah, ketika itu bukannya pandai nak hargai masa yang ada.  Ada yang tak sabar untuk keluar dari sekolah dan melihat dunia luar.  Sedar tak sedar dah 13 tahun meninggalkan alam persekolahan.  Sekejap betul masa berlalu.  Ayat skema "kalaulah boleh diputarkan balik masa" terngiang-ngiang di bibir minda.  Sesiapa pun mahu pulang ke masa dahulu dan ada kesempatan mengubah mana yang perlu.

Entah kenapa tiba-tiba rindu betul pada zaman itu.  Terus korek album lama dan terjumpa gambar-gambar sewaktu menyandang jawatan pelajar.  Mulut tidak berhenti mengukir senyum tetapi bila album ditutup terasa ada sebak dihujung rasa.  Melihat muka-muka suci pada waktu itu, terus memanjat kesyukuran kerana di beri peluang menikmati keindahan alam persekolahan.  Tidak semua orang bernasib baik seperti kita semua.  Ada yang memori persekolahannya kosong.  Mula memikirkan bilalah agaknya dapat berkumpul semula ramai-ramai.  Paling tidak kembali mengeratkan silaturrahim yang pernah terjalin.

Kerana rindu jugalah saya telah scan gambar-gambar kelas dan dipaparkan di dalam FB.  Memberi peluang rakan-rakan lain mengimbau kembali zaman comot kami semua.  Walau tidak banyak kepingan tetapi cukuplah untuk mengetuk pintu kerinduan teman-teman yang lain.  Maaf gambar tersebut tidak akan dipaparkan di sini kerana saya tidak pasti rakan-rakan lama ada membaca atau tidak blog saya ini.  Rakan-rakan lain yang tidak terdapat di dalam gambar tersebut, bukannya saya tidak rindu.  Rindu amat sangat semuanya cuma ini mana yang ada sahaja dalam simpanan.  Kalau berjaya menemukan gambar-gambar yang lain pasti akan dimuat naik kelak bagi menyampaikan rasa rindu ini. 

Kenapa ye tiba-tiba rindu??Moga angin membawa rindu saya ini berterbangan menerawang mencari kawan-kawan lama yang masih terdetik untuk bersua.  

nota:  calling for a reunion maybe??

No comments :

Post a Comment