Followers

Friday, March 26, 2010

Sambutan Kedua

Hampir sebulan juga barulah keluarga berkesempatan meraikan hari jadi saya.  Kalau ikutkan saya, tiada sebarang sambutan tidak memberi sebarang masalah kerana kadang kala kita harus faham situasi semasa.  Mungkin ada hal yang tidak dapat dielakkan lalu setiap apa yang dirancang pasti tergendala.  Apa pun, sesiapa yang telah menjadi pengikut setia pasti mengetahui bahawa sambutan hari lahir di dalam keluarga adalah satu kemestian tidak kira dengan apa cara sekalipun waima sepotong kek pun jadilah.

Telah saya katakan sebelum ini, amatlah bertuah menjadi diri ini kerana berpeluang menyambut hari jadi sebanyak dua kali.  Alhamdulillah saya dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi saya seadanya.  Saya kaya dengan kasih sayang yang melimpah ruah terutama keluarga sendiri.  Mereka meraikan hari jadi saya dua hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Karaoke SS2.  Dek kerana sambutan tertangguh, tidak terfikir yang keluarga bakal meraikan hari jadi lalu apabila mereka mengajak ke sana saya hanya bersetuju tanpa memikirkan tujuan lain selain dari berlibur sekeluarga.

Insiden yang paling akan saya kenang sampai bila-bila ialah bila mereka pada asalnya mereka ingin membuat kejutan tetapi Buah Hati telah melakukan kejutan terlebih dahulu dengan membocorkan rahsia sambil menunjukkan tempat di mana kek tersorok.  Huru-hara keadaan seketika kerana masing-masing menjerit meminta Buah Hati mengunci mulutnya.  Tetapi gagal dan rahsia telah pun bocor...ha..ha...ha...Jom susuri gambar pada malam tersebut!!!

 Buah Hati yang telah membocor rahsia saat saya melangkah masuk ke bilik karaoke tersebut

Bersungguh menyanyi bagi menghiburkan kekandanya yang sedia maklum tidak boleh menyanyi sebaik dia.  Puan Ninie sememang berbakat dalam bidang nyanyian tetapi tidak mendapat galakan sepenuhnya..he..he..he..

Bedepan dengan kek yang kedua bagi tahun ke 30 umur menjangkau

Menenangkan Buah Hati yang begitu teruja terhadap kek tersebut

Apa yang istimewa mengenai kek tersebut?  Kek tersebut adalah hasil tangan kesemua ahli keluarga saya kecuali GP yang pasti tidak akan menyumbang apa-apa dalam pembuatan kuih muih. Kredit harus diberikan kepada Ayu Bam Bam atas hasil usaha merealitikan kek tersebut

Buah Hati sedang menyanyikan lagu Hari Jadi dengan sepenuh hati dengan diperhatikan oleh Ayu Bam Bam dan Siti Cutie.  Terima kasih sayang!!!

Harta dunia akhirat yang paling berharga Allah anugerahkan kepada saya

Abang juga turut serta meraikan buat kali yang kedua

Buah Hati yang begitu manja dengan sesiapa sahaja

Tiada kata yang dapat menggambarkan akan kasih sayang saya buat insan yang bergelar MAMA.  GM Mama yang paling sporting

Sedap tau kek ni.  Siapa yang nak kenalah minta Ayu Bam Bam buatkan

Siti Cutie, Saya dan GM bergambar bersama

 Berselera betul Abang menghadap kek sampai terpejam-pejam mata menikmati keenakkannya

Suapan kasih seorang adik buat kakak tersayang

"S.I.S.T.E.R.S"

Sempat lagi berposing walaupun sedang mengalunkan lagu

Macho Man bersama Poyo Man..he..he..he..

Buah Hati amat meminati kek tersebut.  Lagipun dia antara orang yang berusaha untuk mengadun kek tersebut.  Boleh diharap Buah Hati pengarang jantung ni tau!!!

Si Suami mengalunkan lagu, Si isteri menghayati bait-bait lirik dengan penuh perasaan

 Menyanyi perlukan penghayatan yang cukup, barulah menjadi

Siti Cutie pula mencuba nasib, tapi anaknya tidak mempedulikan langsung..he..he..he..

GM merangkap Juri Tetap

:)

Buah Hati yang telah kehabisan tenaga setelah puas menyanyi dan menari.  Apa lagi, kenalah sumbat puting di mulut kalau tidak meragam sahajalah dianya

Bersama hadiah yang diberikan oleh mereka semua.  Terima kasih semua!!!!Sayang sangat-sangat korang semua!!

Abang dan saya pulang awal kerana keesokkan harinya kami mempunyai agenda yang lain pula dan menuntut kami bangun awal pagi.  Nak tahu apakah agenda tersebut, nantikan di lain episod pula ye.  Apa pun, sangat-sangat berterima kasih kepada keluarga tercinta atas sambutan tersebut.  Puaslah kami semua menyanyi dan mengisi perut dengan kek yang amatlah besar!!!


nota:  Tiada kasih sayang yang setanding dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga sendiri.  Hargailah masa bersama mereka sebelum kita tidak lagi berkesempatan untuk berbuat sedemikian















No comments :

Post a Comment