Followers

Sunday, April 18, 2010

Episod 4

Tak sabar menunggu sambungan ye??  Kepada pembaca baru terpaksalah bermula dari bawah sekiranya ingin mengetahui pokok pangkal cerita.  Pada yang setia mengikuti terima kasih banyak-banyak diucapkan atas kesudian menjengah saya di sini.  Jom kita sambung...

Berat hati sebenarnya untuk keluar dari kedinginan air sungai tetapi kami tidak mempunyai pilihan.  Selain perancangan untuk datang bermalam di Kebun, kami juga telah merancang untuk melawat ke Cameron Highland.  Telah saya ceritakan Kebun terletak di Simpang Pulai iaitu kaki bukit Cameron Highland.  Perjalanan dari Kebun ke Cameron Highland hanya memakan masa lebih kurang 45 minit sahaja.  Fieza dan CPR seperti saya juga, tidak pernah menjejakkan kaki ke Cameron Highland sebelum ini.  Cuma bezanya saya berkesempatan buat kali pertama pada awal tahun 2010.  Kalau rajin hendak menjengah cerita-cerita saya di Cameron Highland terdahulu bolehlah lawat di sini.  Sudah tentulah perjalanan ke Cameron Highland menambahkan keterujaan di hati mereka sementelah pertama kali.  Bukan mereka sahaja tetapi hampir ke semua dari kami agak seronok untuk menjejakkan kaki ke Cameron Highland.

Pukul 11.00 pagi kami bertolak ke Cameron Highland.  Pergi seawal mungkin boleh turun dari Cameron Highland menjelang petang.  Kami semua menjengah ke sana hanya menggunakan 3 buah kereta sahaja.  Saya, Abang dan Ayu Bam Bam menumpang kereta CPR.  Masa Abang membuli Dieno (suami CPR).  Baik juga naik satu keretakan, tidak membazir masa dan duit minyak.  Fieza dan Nyah sekeluarga membawa kereta masing-masing.  Antara gambar yang sempat dirakam sebelum bertolak dan dalam perjalanan ke Cameron Highland.
Persahabatan yang telah sedia terjalin Insyaallah akan kekal selamanya walau masa dan keadaan memisahkan kami semua.  Amat bersyukur dengan ikatan persahabatan ini

Wajah adik beradik yang teruja berjalan

Sedang berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta.  Maafkan Abang ye, dia mendalami perasaan Orang Hutan..ha..ha..ha...

Nyah sekeluarga sedang menantikan kereta mereka

"Bang, tumpangkan kami ye.."

Berbincang sebelum bertolak ke destinasi

Mari bergambar sebelum kita bertolak.  Dari kiri Ayu Bam Bam, Saya dan Cik Puan Raja (CPR)

Wajah ceria seorang pemandu berwibawa

Dalam perjalanan menuju ke Cameron Highland.  Kami ni semuanya Plus Size jadinya berhimpitlah sedikit walaupun sebenarnya kereta CPR amatlah selesa

Tak sampai 10 minit bertolak, saya dan Ayu Bam Bam telah ketiduran.  Ini berjangkit penyakit Ayu Bam Bamlah ni.  Asal naik kereta mesti tidur!!!!ha..ha..

 CPR melayan kebosanan setelah teman seperjalanan melelapkan mata.  "Maaf ye kawan, letih berendamlah..."

Lebih kurang 10 km sebelum sampai ke kawasan Tanah Rata kami semua telah tersekat di dalam kesesakan lalu lintas yang amatlah teruk.  Kereta di kedua-dua belah jalan bergerak seperti semut.  Apa lagi, mulut kami yang manis ni mulalah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengari.  Sudahlah sewaktu nak sampai ke Simpang Pulai semalam kami tersangkut di dalam kesesekan lalu lintas di lebuh raya.  Kali ni dalam perjalanan ke Cameron Highland pula.  Cuti perayaanlah katakan sudah pasti rakyat Malaysia menggunakan waktu ini untuk Cuti-Cuti Malaysia.  Sebenarnya Aunty Intan sudah menasihatkan kami yang Cameron Highland akan sesak pada waktu-waktu begini tetapi kami mencuba-cuba nasib.

Hampir pukul 1 petang jugalah kami tiba di puncak Cameron Highland.  Saya dan Abang yang baru sahaja naik Cameron Highland pada awal Januari agak cekap jugalah jalan-jalan di Cameron Highland.  Pada mulanya kami bercadang ingin menggunakan khidmat van pelancong seperti yang saya gunakan sewaktu di Cameron Highland hari tu, tetapi bila memikirkan keadaan lalu lintas yang agak teruk kami lupakan sahaja hasrat tersebut.  Tempat pertama yang kami terjah ialah Ladang Lebah.  Itu pun secara kebetulan apabila delegasi-delegasi kami semuanya sudah tidak dapat tahan untuk membuang segala air kecil dan besar.

Bergambar di hadapan Ladang Lebah sewaktu menunggu mereka-mereka yang berkenaan melepaskan segala hajat

Fieza bersama keluarganya merangkap keluarga kami semua!!!

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke ladang dan kilang Teh Boh yang terletak di Sungai Palas.  Sebelum sampai ke kilang kami sempat berhenti di ladang teh dan mengabadikan gambar buat kenangan.  Kami amatlah bergambar sakan.  Bukan senang untuk kami bersama sebegini dan untuk sampai lagi ke sana hanya Allah yang tahu bila waktunya.

Antara gambar yang saya gemari

Cerianya muka masing-masing walaupun dalam hati sedikit bengang dengan kesesakan lalu lintas

Manjanya CPR dengan Cik.  Jealous pula rasanya..ha..ha..ha..Cik ni makcik merangkap ibu kepada Fieza maka saya dan Raja mengada-mengada manja menumpang kasih dari Cik

Berangan menjadi pemetik teh yang berkaliber

Jejaka yang tidaklah berapa menjadi idaman se-Melaya.  Yang seorang dah kena ikat kaki, yang seorang lagi masih belum berikat kaki sepenuhnya.  Apa pun tanpa mereka hidup kami tidak akan ceria..ha..ha..ha...

Cak!!!!

Dari ladang teh kami bergerak menuju kilang Boh.  Jalan rayanya sangatlah cerum kerana berada di lereng-lereng bukit.  Sepatutnya hanya sebuah sahaja kereta boleh melalui kawasan tersebut pada satu-satu masa.  Selekoh sepanjang perjalanan juga amatlah tajam dan ruang jalan raya amatlah sempit.  Setiap kali berselisih dengan kenderaan yang lain, hati mesti kecut dibuatnya.  Risaukan kenderaan yang berselisih akan tergelincir ke dalam curam.  Kesesakan sekali lagi berlaku apabila ada ketikanya kereta-kereta yang berselisih tidak lepas untuk melalui jalan tersebut sehingga memaksa Abang untuk keluar dari kereta dan menjadi trafik tidak bergaji.  Berpeluh-peluh juga dia menghulurkan bantuan tetapi mujur juga Abang muncul pada saat yang sesuai.  Kalau tidak kemalangan ngeri pasti berlaku apabila sebuah bas hampir sahaja tergelincir dari landasan jalan.  Insiden tersebut sangat mendebarkan dan kereta Dieno juga mengalami luka kecil.

Kami menghabiskan masa selama hampir 2 jam di Kilang Boh dan juga sempat menjamu selera sambil menikmati pesona keindahan ladang teh yang menghijau dan menyegarkan.  Ada juga antara kami yang membeli teh untuk di bawa pulang.  Walaupun kami tidak mengambil makanan berat tetapi kepuasan dapat berehat di anjung tersebut membuat kami leka dengan kebesaran Allah SWT.  Lupa segala apa yang berlaku sewaktu sebelum sampai ke sana.  Cuaca yang mendamaikan juga mengiringi perjalanan kami seharian.

Sewaktu menunggu giliran untuk mendengar penerangan mengenai proses teh

Sewaktu menikmati hidangan ala kadar di anjung tinjau yang mengasyikkan pandangan mata

Cantikkan pemandangan di belakang kami ini?

Merakam gambar bersama Ayu Bam Bam sebelum bertolak meninggalkan Kilang Boh

Perjalanan diteruskan pula ke Ladang Strawberi.  Keadaan jalan masih seperti kami mula sampai ke Cameron Highland, sesak dan semakin sesak.  Perut masing-masing mula menunjukkan isyarat lapar.  Kami bercadang untuk ke Tanah Rata, bolehlah mencari kedai makan tetapi akhirnya hasrat dibatalkan dan kami terus singgah di Ladang Strawberi.  Sebenarnya kami banyak membuang masa di atas jalan raya sehingga timbul penyesalan.  Saat itu terbayang kedamaian di Kebun.  Tidak ralat pun sekiranya kami tidak pergi ke Cameron Highland kerana keadaan teramat sesak sehinggakan kami takut untuk berjalan terlalu jauh.  Risau bakal tersangkut di dalam kesesakan dengan lebih lama.

Kami hanya singgah ke Raju's Farm tetapi membatalkan hasrat untuk membeli buah strawberi untuk di bawa pulang kerana berada di Kebun, tiada peti sejuk.  Sekiranya tidak di simpan di dalam peti sejuk pasti buah tersebut akan layu kerana kami difahamkan buah strawberi di Cameron Highland kurang menggunakan ubat racun serangga dan hanya mampu bertahan dengan suhu luar setakat 5-6 jam sahaja.  Kesempatan di sana digunakan sebaik mungkin untuk menikmati keenakkan buah strawberi.  Seperti biasa bila berkumpul pasti penuh dengan gelak tawa dan gurauan.  Kami menikmati petang kami sebaik mungkin di ladang tersebut sebelum bergerak ke pasar dan mula mengatur langkah untuk pulang.
Bagi menampung perut yang semakin berkeroncong, kami mengalas perut dengan jagung bakar.  Antara makanan kegemaran saya!!

Saat menikmati aiskrim strawberi serta buahnya yang segar dari ladang

Sebelum turun dari Cameron Highland, kami membeli belah pula sayuran yang hendak di masak untuk makan malam.  Siapa lagi kalau bukan Cik dan Nyah yang menjadi Chef kami di sana.  Mereka yang mengatur segala apa yang harus dibeli.  Permintaan khas dari Abang hanyalah menu utama hasil dari air tangan CPR.  "Hot Dog Black Pepper" kalau tidak silap dan CPR pun apalagi sibuklah membeli apa yang patut bagi melaksanakan menu tersebut.  Perjalanan pulang kami ke Kebun lebih kurang pukul 6.30 petang dan kami tiba di sana sedang elok, cuaca tidak terlalu gelap.  Al-maklumlah kawasan Kebun kan tidak mempunyai sebarang lampu jalan.

Oleh itu, episod ini bakal bersambung lagi ye kawan-kawan!!!


nota:  mendapat berita Achik Spin kembali ke Rahmatulllah.  Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman
 




No comments :

Post a Comment