Followers

Tuesday, April 20, 2010

Episod 5

Maaf kerana bertangguh beberapa hari.  Kerja-kerja penyambungan kini bermula semula..ha..ha..Seronok juga kalau ada entri sambung menyambung, sekurang-kurangnya boleh menyuntik sifat kerajinan untuk terus berbicara di sini.  Ok, kita teruskan ye..

Sebaik sampai di Kebun keletihan sepanjang hari baru dirasai walaupun sebenarnya tidaklah berjalan ke mana pun.  Kesesakan lalu lintas yang terukkan.  Mungkin kami penat bergelak ketawa sepanjang perjalanan.  Nasib baik juga malam itu acara memasak di ambil alih sepenuhnya oleh Cik, Nyah dan CPR.  Kami yang ada ini menghulurkan bantuan mana yang perlu terutama bab cuci mencuci.  Malam itu kami diterangi dengan bantuan mesin generator kerana kekurangan pelita.  Jika sesiapa yang mengikuti entri ini pasti ingat insiden lampu gasolin rosak pada malam sebelumnya.  Kepenatan sememangnya terserlah di wajah masing-masing tetapi ghairah untuk mandi sungai memang ada terutamanya anak-anak Nyah.  Sempat jugalah mereka berendam buat seketika tetapi kami yang berusia ni tak adalah menerjah kesejukkan air sungai.  Kami lebih memilih bersantai di tilam nan empuk.


Perang kuali bermula pun agak lewat juga.  Hampir 8 malam baru hendak bermula.  Mujur aktiviti bergotong royong diamalkan sehinggakan anak-anak bujang Nyah juga turut menghulur tangan membantu.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.  Sempat juga Fieza keluar pekan membeli barangan tambahan terutamanya ais dan satu kejadian yang dianggap musibah telah melanda diri ini pada malam tersebu.  

Macam teruk sahaja bunyinya sedangkan tidaklah seteruk mana.  Musibah yang saya maksudkan ialah saya telah digigit PACAT!!!  Bila digigit saya sendiri tidak menyedari tetapi yang pasti saya hanya menyedari apabila bahagian kaki saya dipenuhi darah.  Melihatkan darah yang meleleh-leleh, panik terus menguasai diri.  Mengigil seluruh tubuh badan.  Sewaktu mencuci darah di kaki saya hairan apabila tiada sebarang luka kerana menyangkakan terkena tunggul kayu atau terlanggar paku di bangku.  Setelah ramai-ramai mengamati kaki saya dan akhirnya rumusan melalui tanda di kaki saya ialah bekas gigitan pacat.

Terus terang, memang saya hampir menangis dan mula paranoid.  Pelbagai perkara negetif bermain difikiran.  Paling kelakar bila mengenangkan yang pacat tersebut telah menular ke seluruh tubuh badan sehingga memasuki liang rongga yang tidak sepatutnya.  Emosi terus menurun, semangat untuk bergembira juga telah mula pudar.  Nasib baik juga mereka semua memahami saya bagaimana.  Dah kenal lamakan, mestilah saling memahami antara satu sama lain.  Fieza sendiri terus membatalkan hasrat untuk mandi malam di dalam sungai seperti malam sebelumnya.  Mandi di bilik air sahajalah kami malam tersebut.  Tiada perbezaan pun samada mandi sungai atau mandi di bilik air kerana sumber airnya tetap sama iaitu air sungai. 

Pada malam kedua di Kebun kami menikmati makan malam tepat jam 10.30 malam dan selepas bersantap seorang demi seorang mula membawa diri ke kamar tidur kerana kepenatan seharian. Masa untuk menikmati gambar-gambar yang ada di dalam simpanan..Jom menerjah gambar kami!!!


CPR dan Ayu Bam Bam ingin mengeluarkan taring masing-masing dalam hal ehwal memasak

Cik juga tak kurang hebat sambil di bantu oleh anak Nyah

Kami yang hanya duduk menunggu makanan di masak.  Serius teruk kitaorang ni..ha..ha..ha..

Apa lagi, masa untuk menjadi pelahap.  Kata sehari suntuk tak makankan..

Masing-masing khusyuk menikmati makanan ala kadar tetapi kesedapan sehingga menjilat jari

Masih mampu tersenyum walaupun sebenarnya hati tengah libang libu memikirkan digigit pacat.  Apa pun, bab makan tetap berselera ye..

Usai makan malam, masing-masing mula menghilangkan diri.  Tengok Fieza yang kepenatannya telah sampai ke tahap maksimum
Bukti saya telah digigit pacat.  Selama hidup 30 tahun akhirnya buat pertama kali diri ini telah dinodai oleh Sang Pacat...hwa!!!  Sepanjang malam saya gagal melelapkan mata dan hampir setiap jam mengigaukan perihal gigitan pacat ini

Abang cuba memujuk dan menenangkan saya dari perasaan risau kerana digigit pacat.
Mereka berganding mesra bagi membuktikan hidung siapa paling hebat...ha..ha..ha..

Hampir pukul 12 malam jugalah baru kawasan sekeliling menjadi sunyi kerana penghuninya telah mulai dibuai mimpi.  Tetapi kami berlima mengambil kesempatan untuk memecah kesunyian malam dengan duduk berkumpul sambil bergelak ketawa dan dalam masa yang sama bermain kad sehingga jam mencecah ke angka 3 pagi.  Itupun setelah Abang kalah pertaruhan..hik..hik..hik...kalau tidak mahu sampai esok pagi kaedahnya masih tidak menyahut seruan bantal.





nota:  sekejap lagi sambung episod 6 pula ye





1 comment :

  1. mari lah kita gigih together2 menyiapkan entry berepisod kita nie ek he he

    ReplyDelete