Followers

Saturday, April 24, 2010

Episod 6

Terpaksa mengigihkan diri bagi memastikan episod ini dapat ditamatkan secepat mungkin.  Bukan apa, takut yang membaca naik muak pula, pusing-pusing cerita yang sama.  Apa lagi, jom baca apa pula yang terkandung di dalam episod ini.

Hari ketiga beerti hari terakhir bagi kami semua di Kebun.  Tiada sebarang aktiviti yang disusun untuk hari ketiga sehingga ke tengahari cuma kami haruslah bersiap-siap dan mengemas barangan mana yang ada serta kerja-kerja pembersihan kawasan.  Walaupun Tuan Tanah tidak meletakkan syarat wajib bagi kami mengemas sekeliling tetapi kami terpanggil dan merasakan satu tanggungjawab untuk memelihara persekitaran, lagipun hanya kami sahaja yang berada di sana jadinya segala sampah sarap sudah semestilah hak milik kekal kami semua.

Agak lewat juga kami bangun dari tempat beradu.  Paling lewat Ayu Bam Bam.  Rasanya hampir 10 pagi baru dia mencelikkan mata itupun setelah dilaung oleh kami semua hampir seribu kali.  Pagi itu sarapan disediakan oleh Cik Puan Raja (CPR) dan juga Abang.   Nyah  dengan Cik pun juga turut menyumbang tenaga bersama. Gigih mereka menyediakan sarapan.  Kami yang lain-lain hanya mampu melihat lantaran sisa keletihan masih bersaki baki di badan masing-masing.  Kami berbual-bual kosong dan seperti biasa tidak sah sekiranya tiada gurau senda antara kami semua.  Saya, Fieza dan CPR berbual panjang.  Macam-macam yang kami bualkan tetapi minta maaf ye, segala perbualan adalah rahsia hak asasi kami bertiga sahaja..hik..hik..hik..(Je, kalau kau baca mesti kau fahamkan)

 Hari sebelumnya cekodok ikan bilis, dan kali ini cekodok manis pula.  Tekun suami Nyah memerhatikan hasil kerja isterinya

Bukanlah hebat manapun menunya, setakat Maggi Sup sahaja, tetapi masakannya dilakukan dengan kasih sayang (cewah!!!) maka sedaplah jadinya

CPR melonjak keriangan tetapi tidak pasti butir sebab musababnya

Kalau tidak bercakaran dalam masa setengah jam sememangnya tidak sah mereka berdua ni, tetapi mereka berdualah penghibur sejati kami

Macam-macam ada!!!

Perbualan disambung pula di dalam sungai yang deras mengalir.  Kami berendam buat kali terakhir sebelum meninggalkan Kebun dengan seribu satu kenangan yang terpahat.  Seronok juga melihat budak-budak yang lain sambil mandi sambil bergurau.  Bukan senang sebenarnya untuk mendapatkan suasana sebegitu dan Alhamdulillah kami antara yang terpilih.  Selesai mandi, kami semua naik dan mula mengemas barang-barang dan bersiap untuk pulang.  Banyak juga sebenarnya barang-barang yang kami bawa terutamanya peralatan memanggang.  Sedar tak sedar sudah tiga hari kami berada di Kebun.  Kalaulah diizinkan untuk melambatkan segala masa yang ada pasti kami akan lakukan supaya kami dapat menikmati seenaknya udara segar di sana.


Setelah siap berkemas, kami duduk sambil menunggu Aunty Intan untuk membuat pembayaran.  Oh ya, lupa pula nak beritahukan harga sewa chalet.  Chalet yang saya dan Fieza duduk, kiranya yang paling besar sekalilah harganya RM150 satu malam.  Bilik yang CPR dan Nyah duduk, RM100 satu malam.  Murahkan??  Seperti yang sedia maklum tiada tambahan bayaran bagi penggunaan barangan dapur serta tilam dan batal tambahan.  Sesiapa yang berminat untuk menginap di Kebun bolehlah hubungi saya bagi mendapatkan nombor telefon Aunty Intan.  Tempat tersebut tidak dikomersialkan bagi menjaga keunikan kawasan tersebut.  Lagi pula kawasan tersebut hanya diuruskan oleh Aunty Intan dan suaminya sahaja, tiada pembantu oleh itu mereka tidak berniat untuk mengaut keuntungan melalui hasil kawasan tersebut tetapi sekiranya ada yang berminat mereka tidak kisah untuk berkongsi keindahan Kebun.


Agak lewat juga kami meninggalkan Kebun, lebih kurang pukul 2 petang.  Saat meninggalkan Kebun terasa sebak di dada.  Tempat tersebut begitu meruntun jiwa kami semua.  Mungkin kedamaian yang ada telah menguliti kami semua seenaknya sehinggakan berat kaki kami untuk melangkah pergi.  Tatkala mengorak langkah selamat tinggal, setiap dari kami berjanji akan kembali lagi juga suatu hari nanti.  Kami sempat bergambar bersama Tuan Tanah yang begitu mesra melayan kerenah sepanjang kami berada di sana.


Kami sedang duduk beramai-ramai menantikan kedatangan Tuan Tanah.  Selalunya Tuan Tanah akan menunggu bilalah penyewa nak keluar dari kawasan, tetapi ini dah terbalik.  Kami pula terpaksa menunggu kedatangan mereka bagi melunaskan pembayaran.  Betapalah mereka ini percayakan kami sangat-sangat.  Terima kasih ye Aunty Intan..

Pakcik TNB gelaran diberi, menyenangkan kami di malam hari.  Jasa tuan kami hargai, jangan serik melayan kami lagi

Fieza bermanja-manja dengan ibu dan ayahnya.. :)

Kami bergambar kenangan bersama Aunty Intan, yang memakai kemeja merah jambu berdiri di sebelah saya.

Ladies Only!!!

Bergambar sekeluarga bagi merakam kenangan yang terindah


Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Aunty Intan dan suami kerana sudi menerima kehadiran kami ke tempat mereka.  Insyaallah di lain masa kami akan kembali lagi.  Apa pun, percutian ke Kebun sememangnya antara percutian kami yang begitu mengujakan hati.  Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan seronok kami berpeluang ke sana.  Buat sahabat ku, Fieza dan RajaThanks for sharing this moment together.  Being with both of you such a great time , although time flies but our friendship still remain and hope it will everlasting forever.  

nota:  episod ini belum berakhir, masih ada lagi sambungannya selepas ini..he..he..he..







No comments :

Post a Comment