Followers

Saturday, May 8, 2010

::Tag Lesen Memandu::

Tag ini diperoleh dari Nissa, terima kasih ye sebab sudi nak Tag akak.  Apa sebenarnya intipati tag ni ye?  Jom kita jawab segala soalan yang telah diajukan.

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
- Jawapannya ialah 'Ya'.  Buktinya silalah lihat gambar di bawah:


Bilakah anda mengambil lesen memandu?
- Tahun 1998.  Sejurus selepas SPM, terus diarahkan untuk mengambil lesen memandu oleh GM

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
-  Dari tahun 1998 sehinggalah sekarang, lebih kurang 12 tahun pengalaman memandu.  Sebelum ada lesen tak pernah langsung cuba-cuba memandu kereta.


Pengalaman pahit ketika memandu?
- Sudah semestinya apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Walau tidak seteruk mana tetapi tetap merupakan pengalaman pahit dan berikrar kalau boleh tidak mahu terlibat dengan sebarang kemalangan.


Pengalaman manis?
-  Sejurus mendapat lesen pada usia yang begitu muda, dengan beraninya telah memandu ke Perak untuk balik kampung.  Bersama saya pada waktu itu sudah pasti kawan baik saya, Fieza dan CPR.  Amatlah bersemangat waja kami tiga anak dara dan kebetulan waktu itu Fieza juga baru mendapat lesen kereta.  Bila diingat kembali, memang tersengih sendirian.  Betapa terujanya pada ketika itu dan pada waktu itu jugalah saya bertemu Abang..cewah!!!  Maka detik itu merupakan pengalaman manis bagi kami semua.. =)


Tabiat memandu?
- Tak pasti pula cuma yang pasti saya cukup malas untuk memasang tali pinggang keledar.  Bila bertembung dengan polis barulah kelam kabut dibuatnya.  Makanya tabiat ini amatlah buruk dan tidak wajar diikuti.  Lagi satu, kedudukan kerusi yang diduduki mestilah tegak, barulah sedap pinggang ketika memandu.


Pantang bila memandu?
- Apabila ada kereta yang mengekori terlalu rapat di belakang.  Seolah macam jalan raya dia yang punya sehinggakan pemandu lain harus membuka jalan untuknya.  Bayangkan tiba-tiba saya harus menekan brek secara tiba-tiba, bukankah akan terjadi episod ciuman yang tidak diundang. 


Dah siap jawab, tag kawan-kawan yang lain.  Kali ni saya cuba tag mereka-mereka ini tetapi sekiranya mereka tidak buat kita nak cakap apakan.  Hak masing-masing.. :)


1.  Kak EraNazera
2.  Mimizioulicious
3.  Girgirl
4.  Kak Nurul
5.  Fieda
6.  Rosze
7.  Puan Ninie
8. dan sesiapa sahaja yang berminat dengan tag ini




nota:  banyak juga tag yang belum dijawab.  Insyaallah nanti akan terjawab juga.  Kreatif sungguh orang mencipta pelbagai tag ni yang sememangnya orang yang tidak mempunyai daya kreativiti pasti tidak akan terfikir perkara-perkara sebegini.

3 comments :

  1. hehehe...selesai sudaaa...jom kak join giveaway lak...

    ReplyDelete
  2. Nanti akak join tp hadiah selit satu bg akak..he..he..he..kat kroni kan...

    ReplyDelete