Followers

Wednesday, July 14, 2010

::Harijadi K.E.K.A.S.I.H.K.U. :)::

Sememangnya agak meloyakan jugalah tajuk entri ini, tapi nak buat macamana kenalah mengaku dari hati tulus murni lagipun kehadiran lelaki itu sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian.  Semalam puas bercerita mengenai sambutan MVB, kali ni ambil peluang yang ada untuk berkongsi hari gembira Abang pula dengan sesiapa yang sudi membaca.

12 Jun kali ini Abang genap 34 tahun.  Kami beza usia dalam 4 tahun macam tu tetapi hakikatnya saya yang berumur 34 tahun dan dia pula berusia 30 tahun kerana saya adalah seorang yang suka membebel di telinga dia yang sedang-sedang saiznya dan saya suka marah-marah dia kerana Abang seorang yang susah nak bersikap serius.  Suka main-main ok dan dia amatlah sesuai apabila berganding bahu bersama MVB dan CPR.  Gabungan mereka bertiga menjadikan suasana gamat!!!  Makanya saya yang ala-ala pendiam juga manusia kenalah bergandingan dengan pasangan MVB dan CPR bagi membentuk satu kumpulan penentang..he..he..he..

Oklah, agak melalut pula rasanya.  Cerita kumpulan-kumpulan tu mungkin di lain masa saya kongsikan bersama.  Tahun ini seperti tahun-tahun sebelum juga.  Saya sekali lagi terpaksa menyusahkan MVB dalam perancangan untuk menyambut hari lahir Abang.  Puas fikir akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk meraikan di Chilli's Bangsar.  MVB akan melaksanakan urusan tempahan bagai dan saya pula haruslah menjalankan tanggungjawab untuk menjemput mereka yang sepatutnya.

Kali ini tidaklah ramai mana yang saya jemput kerana memikirkan limitasi tempat duduk.  Jadinya saya mengajak adik-beradik saya (wajib ada), MVB, MTD dan CPR.  Sayangnya CPR dan MTD tidak dapat turut serta dan MVB mempelawa Kak Nur untuk turut serta.  Jadinya tahun ini, sambutan yang bertaraf biasa-biasa dan agendanya adalah mengisi perut masing-masing yang sememangnya membulat.  Kebetulan pula malam kami meraikan hari jadi Abang adalah malam perlawanan pertama bagi Piala Dunia, akibatnya Chilli's Bangsar penuh dengan manusia yang menanti detik perlawanan pertama.

Alhamdulillah, perancangan berjalan dengan lancar dan kami semua bergembira melalui satu lagi detik manis dalam diari hidup kami.  Saya tahu ramai yang mendoakan supaya kami cepat-cepat menamatkan zaman percintaan kami, apa pun doa kalianlah penguat kepada perhubungan kami dan InsyaAllah kalian semua akan dapat merasa nasi minyak kami.  Di kesempatan ini, saya berkongsi gambar-gambar yang dapat dirakam pada malam tersebut.
Bersama adik beradik saya.  Yang pasti mesti Ayu Bam Bam yang ambil gambar ini kerana kelibat dia tidak kelihatan di dalam gambar ini
 Manjakan MVB ni.  Dia dah anggap macam Abang sendiri =}
 Kak Nur & Ayu Bam Bam.  Terima kasih ye Kak kerana sudi bersama pada malam tu.  Lain kali rajin-rajin join kami tau
Amacam?  Bulat tak Puan Ninie?  Seronok tengok dia makan semula sejak pulih dari pembawakan budak

Seperti yang pernah saya luahkan di dalam FB, semakin lama saya semakin menyerupai buah labu yang membulat!!!

Maaf ya para pembaca sekalian.  Saya tidak pernah ingat nak mencatit menu makanan yang terhidang.  Yang pasti semua berpuas hati dengan menu pilihan terutama Abang.  Rasanya Abang memilih Daging Kambing pada malam tu.

Kalau sesiapa berhajat untuk membuat pertandingan makan-makan jangan segan silu mengajak kami semua kerana kami akan memberi saingan sengit kepada para peserta yang lain..he..he..he..  Apa pun saya terhutang budi dengan MVB sebab itu saya saaaayyyyannnggg dia!!!

Kek dah sampai dan tuan empunya badan tersipu malu.  Kek yang penuh dengan buah strawberi adalah pilihan MVB dan pilihannya amatlah tepat.  Sedap tau kek tu dan sebiji lagi kek tu khas dari pihak Chilli's

Macam tak kena pula kalau gambar berdua tiada di sini.  Walaupun sebenarnya memang tak banyak pun gambar berdua kami.  "Moga Abang akan sentiasa berada di dalam kerahmatan Allah dan di panjangkan umur serta dimurahkan rezeki"

Suka sangat gambar ni.  Merekalah insan yang sentiasa bertakhta di hati dan mereka jugalah tempat sayang mencurahkan segala rasa kasih sayang

Seronok Abang sentiasa dikelilingi oleh "Gadis-Gadis".  Takpe, Abang ada daya penarik, perutnya yang memboroi..he..he..he..

Ekonomi meleset pada tahun ini, makanya hanya ini yang mampu saya berikan pada Abang.  Itupun setelah membuat perkiraan tambah tolak campur darab bahagi bagai.  Nasib ada Ayu Bam Bam yang setia menjadi peneman sewaktu membeli dan penasihat

Relevennya membelikan Abang beg duit, kerana sudah bertahun beg duitnya tidak bertukar ganti dan dia ada menyuarakan ingin membeli beg duit yang baru.  Susah sebenarnya untuk membeli hadiah untuk orang lelaki.  Harganya taklah mahal mana jika nak dibandingkan dengan hadiah yang Abang belikan untuk saya pada hari jadi saya baru-baru ini.  

Seronok tengok gambar ni.  Terpancar keriangan di wajah masing-masing.  Thank you guys for being with me that night.  You all are my truly love in this world.  
nota:  masih dalam keadaan yang tidak tenteram di dalam hati, lalu mengambil keputusan untuk melupakan buat seketika dan berasmaradana dengan blog

No comments :

Post a Comment