Followers

Wednesday, July 7, 2010

Kembali Bercerita

Agak lama juga saya tidak bercerita hal ehwal yang berlaku disekeliling.  Semenjak emosi berada di paras tidak menentu, entri penuh dengan luahan hati.  Di kesempatan yang ada, ingin juga berkongsi kisah walaupun ada kisah yang mungkin dah basi sebenarnya.  Nak mulakan dengan yang mana dahulu ye?  Ok belek-belek album gambar terus ternampak folder ni, makanya kita bercerita perihal ini dahululah..

Peristiwa ni berlaku rasanya dah hampir sebulan.  Bagi sesiapa yang mengikuti akhbar harian dan juga berita perdana pasti terperasan akan berita Kota Damansara di landa ribut taufan dan puting beliung berskala ritcher kecil.  Kota Damansara adalah kediaman saya sekeluarga.  Kalau tidak silap dalam 13 Jun 2010 rasanya bersamaan dengan hari Ahad.  Nak dijadikan cerita, hari tersebut kami sekeluarga tidak berada di rumah kerana ada perancangan yang telah disusun terlebih awal.  Apa perancangan tu, mungkin saya akan bercerita di lain episod.  

Sepanjang kejadian tersebut hanya Bibik sahaja yang berada di rumah.  Mengikut kata GM sewaktu hendak meninggalkan rumah lebih kurang pukul 5.30 petang langit sememangnya gelap seolah hujan lebat akan turun, jadinya GM, Ayu Bam Bam dan Macho Man sekeluarga pantas keluar dari rumah kerana bimbang akan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas akibat dari hujan yang bakal mencurah.  Tetapi sepanjang perjalanan ke destinasi, Alhamdulillah tiada sebarang hujan pun yang turun dan perjalanan mereka lancar.

Saya pada waktu itu dari tempat yang lain tetapi menuju ke destinasi yang sama.  Alhamdulillah juga tidak menempuh sebarang kawasan hujan yang lebat.  Makanya kami tidak mengesyaki apa-apa yang buruk berlaku dan kami semua berjimba hingga ke tengah malam, hanya Puan Ninie sahaja yang pulang awal sedikit dari kami kerana keesokannya dia terpaksa menghadiri kursus.

Sedang seronok berjimba dan hampir ke tengah malam, GM mengajak pulang segera kerana katanya Puan Ninie mengkhabarkan Kota Damansara di landa ribut taufan petang tadi.  Ribut di kawasan saya agak biasa berlaku lalu mengambil mudah berita tersebut, namun kami terus pulang sejurus di gasak oleh GM.  Apabila memasuki kawasan Seksyen 7 Kota Damansara, terkejut juga apabila melihatkan pokok banyak tumbang.  Semakin menghamipiri rumah semakin banyak pokok menyembah bumi.  Melihatkan keadaan sekeliling, beristighfar juga.  Memasuki kawasan perumahan, Masyaallah!!  Memang terkejut besar kerana mengandaikan ianya bukan sebarangan ribut yang melanda.  Pokok-pokok sebesar pokok balak menyembah bumi.  Papan tanda jalan tercabut.  Sebahagian jalan tidak boleh dilalui kesan dari pokok tumbang.  Pada ketika ini, mulut semakin kuat beristighfar dan memanjat kesyukuran kerana kami tidak berada sewaktu kejadian.

Di sebabkan cuaca gelap makanya kami hanya melihat keadaan sekeliling sambil membayangkan betapa kuatnya taufan yang datang.  Keesokannya saya telah mengajak Siti Cuty dan juga Buah Hati berjalan sekeliling taman perumahan meninjau keadaan sebenar.  Ya Allah!!  Terkejut kami sebenarnya.  Memang teruk keadaan persekitaran dan macam tidak percaya yang bencana alam sebegini boleh berlaku.  Sempat juga kami mengambil gambar.  Selesai melakukan operasi tersebut terus menuju ke komputer dan mencari berita berkaitan.  Sahlah rupanya telah berlaku ribut taufan dan juga puting beliung di sekitar seksyen 7,8,9,10 dan 11.  Ranap segala gerai peniaga kecil.  Bukan itu sahaja, lori bermuatan tiga tan juga terbalik.  Kuat betul penangan puting beliung.  Di hadapan rumah saya mempunyai hutan kecil dan selama ini nyaman sahaja kawasan perumahan.  Dek kekuatan sang puting beliung, kini hutan tersebut telah musnah dan kawasan rumah kami menjadi terang benderang.

Rumah Puan Ninie juga tidak kurang hebat.  Ranap segala kereta yang pakir di bawah rumah akibat dari pasu bunga yang berterbangan dari rumah.  Jiran tetangga yang berada di rumah pada waktu itu turut menyatakan tempoh lima ke sepuluh minit tersebut sememangnya menakutkan seolah dunia telah tamat.  Bertanya pada Bibik pengalaman dia semalam, dia juga turut menyuarakan ketakutan dan hanya mampu duduk diam di dalam bilik sambil berdoa mohon keselamatannya dilindungi.

Kuasa dan rencana Allah tiada siapa yang mengetahuinya.  Kami sekeluarga bernasib baik tidak merasai detik cemas tetapi insaf melihat keadaan sekeliling.  Inilah akibatnya apabila alam juga turut berbicara.  MBPJ bertungkus lumus memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang telah tumbang.  Dengarnya hampir ke tengah malam setiap hari mereka berkerja bagi memastikan kemusnahan kembali bersih.  Malahan sehingga hari ini mereka masih lagi melakukan kerja-kerja pembersihan.  Ibu saudara saya sempat berseloroh " senang kerja tokey kilang kertas"... :)  

Kesempatan ini, kita berkongsi beberapa gambar yang berjaya saya rakam buat tatapan dan juga moga memberi keinsafan kepada kita supaya terus menyayangi bumi.  Ini kerana kita sendiri sedar wujudnya bencana alam berpunca dari kecuaian kita sendiri.

Keadaan di jalan masuk kawasan perumahan kami

Penunjuk jalan yang telah senget kesan dari pokok tumbang.  Kayu-kayu yang telah pun dipotong oleh warga kerja MBPJ

Bahagian atas yang terang benderang akibat dari kautan Si Puting Beliung

Pokok yang agak kecil tercabut akarnya
 
 Pokok besar yang tercabut dari akar dan meruntuhkan kawasan berpagar

Pokok ini betul-betul di hadapan rumah saya.  Nasib baik menyembah bumi ke arah sana, kalau tidak rumah kami akan menjadi mangsa.  Gara-gara pokok ini jugalah Buah Hati takut untuk bermain di luar, "Hantu Pokok Besar" katanya
 
 


No comments :

Post a Comment