Followers

Wednesday, July 14, 2010

::Masalah..Masalah...::

Kita hidup di dunia bukan berseorangan.  Memang benar kalau kita sahaja yang menghuni dunia ini memang kurang masalah yang bakal kita hadapi tetapi inilah cabaran hidup di dunia.  Kita bukan sahaja perlu berdepan dengan kerenah dan masalah diri sendiri tetapi juga dengan manusia di sekeliling kita.  Allah memberi pelbagai warna dan bentuk sifat yang lahiriah di dalam jisim manusia.  Sifat hitam dan putih adalah perkara biasa di dalam masing-masing.  Janganlah kita menafikan bahawasanya kita hanya mempunyai sisi yang putih suci bersih sahaja kerana kita bukannya Malaikat mahupun Nabi tetapi tidak salah jika kita hendak menjadi seperti golongan terpilih kerana keputusan di atas tangan kita sendiri.

Ada masalah kitalah puncanya tetapi ada juga masalah yang ditimbulkan oleh orang di sekeliling kita.  Marah, benci, geram, menyampah dan macam-macam lagi perkataan yang seangkatan dengannya akan melantun keluar dari bibir manis kita tatkala berdepan dengan permasalahan yang ditimbulkan oleh orang lain.  Tetapi kita tidak boleh lari dari permasalahan tersebut, suka atau tidak.  Jadi sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, kurangkanlah memberi masalah kepada orang lain kerana dunia juga boleh menjadi medan pengadilan, kelak orang lain pula akan memberi masalah yang berat dan sukar di tanggung oleh kita.

Buat mereka yang menjadi mangsa kepada masalah yang dicetuskan oleh insan lain, berdoalah moga Allah memberikan yang terbaik buat mereka.  Bukan senang untuk menjadi manusia dan bukan namanya manusia jika kita sentiasa hidup senang..

No comments :

Post a Comment