Followers

Wednesday, September 29, 2010

::Rumah Terbuka::

Sekejap sahaja dah nak menuju ke penghujung minggu.  Sekarang ni memang terasa cepat betul masa berlalu.  Bercerita mengenai hujung minggu, Insyaallah hujung minggu yang akan muncul bakal dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka.  Jika tiada aral serta dikurniakan kesihatan serta dipermudahkan segalanya saya pasti akan tiba ke rumah mereka-mereka yang telah menghulur jemputan.

Telah menjadi trend masyarakat hari ini membuat rumah terbuka sempana Hari Raya.  Dari awal hingga ke penghujung Syawal setiap hujung minggu pasti dipenuhi dengan merata undangan rumah terbuka.  Rezeki perut orang sekarang memang senantiasa murah.  Pendek kata sepanjang Syawal ni bolehlah juga berjimat duit perbelanjaan.  Dek kerana terlalu padat jadual rumah terbuka ada yang terpaksa menganjurkan rumah terbuka pada waktu bekerja.  Curi masa waktu makan tengahari untuk menjamu rakan-rakan.  Murah rezeki mereka-mereka ini.

Tetapi sejak akhir-akhir ini saya dapat merasakan dengan adanya konsep rumah terbuka ini telah mematikan kemeriahan ziarah menziarahi yang menjadi amalan selama ini.  Entahlah, ini apa yang saya rasa.  Cuba kita lihat ye, jika dahulu bila kita hendak menziarah seseorang kita tidak perlu menunggu samada tuan rumah tersebut buat rumah terbuka atau tidak.  Kita pergi ke rumah tersebut dengan niat untuk sama-sama memeriahkan suasana hari raya.  Tetapi sekarang, sesiapa yang tidak membuat rumah terbuka alamatnya rumah mereka kuranglah orang datang menziarah kerana rakan-rakan dan sanak saudara sibuk memenuhi undangan rumah terbuka sehinggga tiada masa untuk bersinggahan di rumah mereka yang tidak membuat rumah terbuka.

Bukan itu sahaja, konsep rumah terbuka yang sepatutnya mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah sedia terjalin menjadi lebih kepada perjumpaan biasa.  Ini kerana Tuan Rumah sibuk melayan tetamu manakala tetamu yang datang pula ingin segera beredar dari rumah tersebut kerana ada deretan lagi undangan yang perlu dipenuhi.  Perjumpaan setahun sekali yang sepatutnya diluangkan lebih masa bersama-sama menjadi hambar.  Makanya, konsep datang dan tunjuk muka bakal berlarutan dari satu rumah ke satu rumah.

Katanya pun rumah terbukakan, sudah tentulah Tuan Rumah sebaik mungkin cuba menyiapkan diri serta rumah sebaik mungkin.  Dari luar sampailah ke dalam termasuk menu yang tersedia haruslah tip top.  Walaupun Tuan Rumah dengan rela hati untuk melakukan segalanya tetapi jika difikirkan balik, kesian pada Tuan Rumah dan juga ahli-ahlinya.  Konsep kesederhanaan yang sepatutnya menjadi amalan terpaksa dilupakan demi menjamu selera dan juga mata para tetamu.  Walau tidak berganti baru tetapi hiasan rumah juga haruslah up-to-date.  Nanti tetamu yang datang pada tahun lepas berkata-kata pula di belakang Tuan Rumah memerli mana yang patut.

Semenjak semakin ramai yang membuat rumah terbuka semakin sering pula saya mendengar rungutan Tuan Rumah mengatakan menu yang dihidangkan tidak habis.  Manakan tidak, sebagai Tuan Rumah sudah semestinya kita akan menyediakan makanan yang secukupnya buat tetamu.  Kita yang mempelawa sudah tentu kita tahu berapa ramai mereka yang bakal hadir, tetapi sayang kebanyakkan tetamu hanya mengusik sedikit sahaja makanan yang terhidang.  Ini kerana masih banyak lagi menu yang perlu diisi kelak, lalu untuk menjaga kesendatan perut tetamu hanya mencuit-cuit sahaja mana yang perlu demi menjaga hati Tuan Rumah.

Saya di sini bukanlah untuk menjatuhkan konsep Rumah Terbuka atau mencemuh niat baik mereka-mereka yang membuat Rumah Terbuka dan juga yang menghadirkan diri ke jemputan tersebut.  Ini apa yang saya rasa.  Terpulang kepada kita untuk menilai mana yang baik dan buruk.  Saya dan keluarga sendiri mengamalkan konsep Rumah Terbuka setiap tahun.  Ini bagi menyenangkan GM supaya dia tidak perlu sentiasa kalut.  Lagi pula kami ini ramai ahlinya.  Rumah Terbuka kami sekeluarga paling tidak harus mempunyai 2 buah khemah di halaman rumah kerana kami sebuah keluarga yang besar.  Cuma perkara-perkara di atas membuat saya berfikir sejenak.  Berfikir bagaimana kelak agaknya kita bakal meraikan Syawal dalam 10 tahun akan datang?

Cuma tahun ini sahaja kami sekeluarga tidak merencana Rumah Terbuka terutamanya apabila Puan Ninie dan Siti Cuty sibuk mengusung perut mereka yang memboyot ke sana sini.  Kesian nanti mereka bakal keletihan kelak jika tetap menganjurkannya.  Lagi pula tahun ini kewangan keluarga tidaklah begitu memberangsangkan, mungkin tiada rezeki kami untuk menjamu rakan-rakan pada tahun ini.  Tetapi jika ada yang ingin menziarah kami terima dengan hati yang terbuka.  Insyaallah jika umur panjang dan dimurahkan rezeki pada tahun-tahun akan datang pasti kami sekeluarga berpeluang menganjurkan Rumah Terbuka..


nota:  baru perasan yang tahun ini jemputan agak berkurangan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.. 

::Rindu Merindu::

Entah kenapa hati ini sering merindu.  Rindu pada mereka-mereka yang telah pergi.  Rindu kepada kenangan-kenangan yang telah saya lalui.  Rindu akan diri saya yang sebelum-sebelum ini.  Rindu pada teman-teman.  Rindu..Rindu..Rindu...  Benar hidup perlu memandang ke hadapan, tetapi tidak salah jika sekilas kita menoleh ke masa semalam untuk menguatkan ingatan kita terhadap apa yang telah kita lalui selama ini.  Pengalaman adalah pelajaran yang paling berharga buat diri kita.  Atau adakah ini sebagai penanda aras kepada usia yang semakin menginjak.  Mungkin benar kata orang, semakin tua semakin sayu di hati.  Inilah yang sedang saya alami sekarang ini.

Jika segala kenangan, hari semalam dan memori mampu saya beli, saya sanggup bergolok gadai untuk memilikinya.  Biarlah saya menjadi papa kedana dengan harta asalkan saya dapat memiliki sesuatu yang begitu berharga di dalam dunia.  Saat ini apa yang saya mampu lakukan adalah menung panjang sambil membelek album gambar lama dan menyelami ke dalam memori yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu.  

Ok, cukup dengan berkhayal.  Kembali ke alam realiti dan teruskan segala apa yang harus diteruskan kerana "Hari Ini akan Menjadi Semalam dan Esok akan Menjadi Hari Ini"..Biar apa pun yang berlaku, biarlah rindu ini berterbangan dan mencari mereka-mereka yang sering saya khayalkan.  Moga angin rindu ini akan menyelimuti dan memanaskan kembali rasa rindu mereka kepada saya... 


Mereka adalah antara yang saya sering rindukan :)

 
 
 
nota:  Rindu yang tidak pernah padam buat Buah Hati di rumah...Aysh tunggu Along balik ye!!!

::Rezeki::

Menjadi tanggungjawab kita sebagai hambaNya di muka bumi ini untuk terus berusaha.  Tanpa usaha sesuatu itu tidak akan datang bergolek.  Okey, jangan samakan dengan mereka-mereka yang beruntung tatkala lahir ke muka dunia.  Itu memang telah tersurat nasib mereka-mereka ini.  Selain dari berusaha, kita juga selalu bergantung harap kepada rezeki yang telah tertulis buat diri kita.

Rakan-rakan percaya kepada suratan rezeki?  Percaya atau tidak terpulanglah kepada diri masing-masing.  Diri saya amat percaya akan ketentuan sebegini.  Benar kita harus melipat gandakan usaha sekiranya ingin menikmati kesenangan, tetapi pernah juga ada di antara kita, berusahalah dengan cara mana sekalipun, jika sememangnya telah tersurat bahawa bukan rezeki kita pasti kita gagal menggapainya, betul tak?
Bermacam-macam rezeki yang ada di dunia ini.  Rezeki terpijaklah, rezeki depan matalah, rezeki pagi harilah, rezeki anaklah dan macam-macam lagi.  Namun setiap apa yang wujud itu jika tidak mendapat restu Illahi pasti tidak akan kekal menjadi milik kita.  Eh, kenapa saya tiba-tiba berbicara mengenai rezeki pula ye?  Tak apalah, sekadar berkongsi rasa dengan teman-teman.  Lagipun, sedang waktu makan tengahari ini, kalau melayan kepala yang melayang entah ke mana boleh membuat ketiduran kelak.

Berbalik soal rezeki, pernah teman berkata setiap anak yang telah dititipkan oleh Allah ke muka bumi ini akan sentiasa ada rezekinya sendiri.  Oleh itu, janganlah gusar dan bimbang akan nasib anak tersebut kelak.  Yang penting ibu bapa itu sendiri tidak putus-putus berdoa dan berusaha demi kestabilan rezeki anak tersebut.  Banyak bukti yang telah saya lihat akan kebenaran kata-kata ini.  Tidak perlu memandang jauh, lihat disekeliling saya sudah cukup membukti.

Puan Ninie dan Siti Cuty kelak bakal melahirkan penyambung warisan mereka.  Sebelum mengandung, Puan Ninie menjawat jawatan di dalam sektor awam tetapi bertaraf Kontrak.  Taraf pekerjaan yang boleh diibaratkan untung sabut timbul untung batu tenggelam.  Alhamdulillah, rezeki anak bakal lahir Puan Ninie akhirnya berjaya mendapat jawatan bertaraf tetap dan kelak akan mulakan perkhidmatan barunya pada minggu hadapan.  Ajaibkan..  Hampir setahun menunggu peluang untuk kenaikan tetapi peluang seakan jauh menyepi tetapi semenjak berbadan dua Alhamdulillah rezeki datang tanpa di sangka-sangka.  Rezeki anak yang bakal lahir :)  "To my Deary Sis:  All the Best for your future Career"

Siti Cuty juga tidak kurang hebatnya.  Siapa sangka dari seorang wanita yang banyak bergantung dan tidak mempunyai karier yang boleh dibanggakan selama ini, tetapi telah di beri peluang untuk menjadi seorang wanita berkerjaya.  Sesuatu yang dia sendiri tidak pernah terfikir barangkali.  Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Siti Cuty telah ditawarkan untuk terus bekerja.  Walaupun berbadan dua tetapi organisasi tetap memilih dia untuk mengisi kekosongan jawatan yang boleh sahaja ditawarkan kepada mana-mana lepasan graduan.  Rezeki bukan?  "To My Beloved Sister In Law:  Along Tahu Siti mesti boleh mengharungi segalanya dengan kejayaan kelak"

Rezeki saya?  Untuk orang yang tidak mempunyai anak, cukuplah jika Allah menganugerahkan rezeki anak tekak dan juga anak mata..he..he..he..  takkan saya nak meminta lebih dari itu sedangkan Allah sudah cukup adil mengagihkan rezeki sesama umatnya.  Cuma jika diberi peluang, saya menginginkan rezeki untuk bergerak satu lagi anak tangga dari apa yang telah saya diami selama ini.  Insyaallah, dengan usaha yang saya lakukan akan sampai juga rezeki saya kelak.

Rakan-rakan lain macamana?  Samada wujudnya rezeki atau tidak yang penting jangan kita lupa terus berdoa.  Moga Allah mendengar permintaan kita satu hari kelak dan bagi mereka yang Allah telah curahkan rezeki yang tidak pernah putus, bersyukurlah sebelum segalanya ditarik semula.  Jangan cemburukan rezeki insan-insan lain yang sentiasa melimpah ruah, kerana mungkin rezeki orang itu begini tetapi akan ada ujian lain yang terpaksa dihadapinya..


nota:  orang kata rezeki orang berkahwin pun satu macam juga..he..he..he.OOPPSS!!!

Di Landa M.A.G.I.K.A.

Saat ini saya sedang menikmati keenakan Kuah Kacang GM bersama Nasi Himpit.  Kenikmatan yang saya tidak dapat rasai secara total pada 1 Syawal yang lalu.  Alhamdulillah, masih ada rezeki saya untuk merasainya.  Sambil-sambil itu, jari pantas menekan tetikus melayari dunia tanpa sempadan tetapi bosan pula menguasai diri.  Lantas buka pula ke ruangan bicara hati ini tetapi aura kemalasan bermaharajalela maka setiap apa yang berada di dalam simpanan draf dipandang sepi.  Alhamdulillah kesihatan telah kembali pulih lebih kurang 90% dan baki lagi 10% tertinggal di dalam semangat diri yang belum kembali kental meneruskan penghidupan.

Sedang mencari-cari arah, secara tiba-tiba kepala menerawang jauh kembali ke aktiviti yang dilakukan pada hari Ahad baru-baru ini.  Terus jemari memberi arahan membuka laman web You Tube untuk mencari sedikit sumber-sumber yang mungkin berkait.  Walau tidak banyak yang saya peroleh dari You Tube tetapi cukuplah untuk menghiburkan saya saat makan pada tika begini.  Sebenarnya, bukanlah hebat mana pun aktiviti yang dilakukan jika setakat menonton wayang.  Cumanya aktiviti tersebut amatlah jarang saya lakukan pada hujung minggu atas alasan kesesakan.  Movie Date saya adalah pada hari Khamis sebenarnya, cumanya Abang ingin membawa saya keluar setelah berkurung selama seminggu.

 
Kenapa saya begitu teruja ye sehingga sanggup menggeledah laman You Tube?  Okeylah, penerangan berbunga sangatkan.  Tanpa sebarang perancangan saya telah pergi menonton filem Magika yang sedang panas berputar dipanggung sekarang ni.  Filem muzikal pertama  negara hasil buah tangan produksi terkenal KRU.  Saya adalah penyokong filem melayu, biar apa pun orang lain kata.  Cuma keterujaan saya amat kurang pada Syawal kali ini, mungkin akibat daripada rasa tidak sihat yang berpanjangan.  

Jadinya apabila Abang menyeret saya ke panggung wayang, walau dengan berat hati saya tetap memilih untuk menonton Magika tanpa membuat sebarang penyelidikan secara am ke atas filem tersebut.  Telah menjadi kebiasaan saya sebelum menonton sesebuah filem di panggung saya akan memastikan butir perjalanan cerita, siapa pengarah, siapa pelakon, apa maklum balas awal ke atas filem tersebut dan macam-macam lagilah.  Abang siap memberi amaran supaya jangan tertidur ataupun mahu keluar awal kerana saya seolah-olah begitu asing dengan filem ini.  

Syukur filem ini tidak mengecewakan saya langsung.  Malah saya amat terhibur dan yang membuat ianya lebih istimewa di hati saya adalah ianya berbentuk MUZIKAL.  Ya, saya adalah peminat tegar sebarang pementasan dan juga filem muzikal.  Mungkin orang lain cepat bosan dan boleh tertidur tetapi tidak saya.  Selama ini, saya hanya berhidangkan cerita-cerita muzikal dari negara luar tetapi kali ini ianya adalah ramuan dari produksi tempatan.  Syabas kepada jenama tersebut apabila sekali lagi berjaya mencipta sejarah industri hiburan tempatan.

Mungkin pendapat saya ini kelak berlainan dengan suara-suara yang lain.  Setiap kita mempunyai sudut pandangan berbeza dan saya memandang Magika dari sudut kacamata sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.  Apa yang boleh saya kongsikan di sini, Magika sememangnya mempunyai magisnya yang tersendiri.  Bukan untuk mengangkat dan memuji filem ini setinggi langit cuma saya rasa Magika wajar mendapat tempat di hati kita semua.  Memang benar jalan ceritanya terlalu biasa.  Ringan dan santai tanpa sebarang penglibatan pemikiran mendalam mahupun sindiran sinikal.  Dogengan Melayu dizahirkan melalui filem ini melalui suatu dunia yang berbeza dari alam nyata.  Pada mulanya saya fikirkan filem ini bakal meniru jalan cerita filem-filem fantasi dari luar, tetapi tidak sebenarnya.  Fantasinya lebih mudah dan dekat dengan masyarakat Melayu khususnya.

Watak-watak yang wujud sepanjang penceritaan ini menggunakan  wajah mereka-mereka antara yang termahal di Malaysia.  Apa yang saya boleh katakan, ini adalah formula bagi melariskan filem ini.  Dek kerana ianya percubaan pertama, maka produksi harus mempertaruhkan mereka yang berlabel popular berserta bakat supaya dapat menarik penonton ke panggung.   Walhal kemunculan setiap pelakon bukannya lama  mana pun.  Paling lama mungkin dalam 15 minit, kecuali watak-watak utama.

Ternyata strategi ini nampak berjaya dan yang pasti untuk berlakon filem ini harus pandai menyanyi, kata pun filem muzikalkan dan kerana muzikal jugalah telinga saya seperti terngiang-ngiang akan lagu-lagu yang dinyanyikan sepanjang filem ini.  Nasib dapat mengubat kerinduan ke atas lagu-lagu tersebut melalui laman You Tube.  Jika ditanya apa yang menariknya lagu-lagu tersebut?  Ia cuma lagu-lagu biasa tetapi gaya muzikal yang selama ini hanya dapat dilihat pada filem-filem Inggeris akhirnya wujud di dalam gaya Bahasa Melayu.  Sesuatu yang saya impikan selama ini.  

Secara keseluruhan filem ini tidak mengecewakan saya, cumanya jika elemen fantasi yang lebih real dapat dizahirkan pasti cerita ini akan lebih menarik.  Bajet yang tinggi mungkin mengekang untuk pergi lebih jauh, rasa sayalah.  Abang juga turut terhibur menonton filem ini.  Bukan senang untuk memuaskan hati penonton seperti Abang kerana dia lebih gemarkan filem-filem luar yang berkualiti cuma mungkin jiwanya ke arah muzik agak lebih, itulah yang dia juga boleh turut bersama di dalam Magika.  

Apa pun, jika sesiapa berminat dan ingin menyokong jenama Malaysia segeralah ke panggung wayang.  Sekiranya tidak menepati citarasa masing-masing jangan salahkan saya pula kerana saya amat berpuas hati.  Sudut-sudut teknikal adalah di luar bidang kuasa pemerhatian saya makanya jika filem ini tidak sempurna sekalipun saya telah dapat menerimanya sepenuh hati hanya kerana Magika adalah Muzikal.  Selamat menonton kepada anda semua yea... ;)

Gambar di ambil dari Google Image


nota:  agak-agak kalau pergi untuk kali kedua berbaloi ke?

Monday, September 27, 2010

Short Thoughts!!!

I am totally sick this time.  Avoiding doctor since Monday but than have no choice.  Luckily went there on Wednesday or else I might be warded.  My temperature at that point was 39 degrees.  If its continuously raise, that's it!!!  I will have to say hello to any medical centre.  Doc keep on remind me to meet up again on Friday but there's an improvement (I think so)..he..he..he..

Fall sick at this age is not that easy for me to handle either mentally, physically and emotionally.  This is what I feel!!!  Totally down..At certain point, I can't imagine if one day I have to leave alone.  None of them will accompany me.  How am I going to handle it?  Yes, it such a great for me to have my family with me but one day they will have to move on.  They going to have their own life and me will only be one part of theirs.  Lot of things bagging me while laying on the bed.  Negative vibes totally surrounded me and I did pray if that is my destiny, I'd rather go first than anybody :(

Alhamdulillah, today I feel much better although its not totally 100% yet.  I can say this Hari Raya is not a enjoy Raya for me.  Allah gave only one week for me to enjoy the celebration before I fall sick again.  Still thank Allah for what have He gave to me.  I missed lot of open houses.  Sorry guys, I am not in a good condition.  Insyaallah, next year yea..and either we realize or not, Syawal will come to the end sooner.  Time flies!!!  Hope Allah will award me with long life together with great health...



note:  looking forward for my next entry   

Tuesday, September 21, 2010

D.E.M.A.M.

Baru menyimpan niat di hati untuk sentiasa update di sini, tiba-tiba demam menyerang.  Angan-angan tinggal impian.  Ingatkan bila tidak sihat pada penghujung Ramadhan hari tu, makanya pasti kesihatan akan kembali pulih seperti biasa.  Rupanya-rupanya tidak.  Atau adakah badan saya terkejut kerana setelah sekian lama tidak menjengah ke pejabat, baru semalam kembali memunculkan diri.  Apa pun, saya tidak putus-putus berdoa moga kesihatan saya akan kembali ke tahap biasa.  Penat sebenarnya sakit-sakit ni.  Buat apa sahaja sering rasa resah gelisah.  

Sedar tak sedar, telah separuh perjalanan kita meniti keindahan Syawal.  Terlalu pantas masa berlalu.  Jika zaman kanak-kanak kita sering merindui Syawal, lantas tidak sabar-sabar menantikan kedatangannya pada tahun-tahun berikut.  Tetapi apabila di usia begini, secara jujur dan ikhlas saya amat merindui pelukan Ramadhan.  Entah kenapa bila Ramadhan mula menjauhi terasa sebak di dada seolah tidak akan bertemu kelak dengannya.  Moga Allah panjangkan umur saya agar terus dapat menghirup udara Ramadhan serta keberkatannya pada masa-masa akan datang.

Di luar cuaca mendung menyelubungi keadaan muka bumi di sekeliling saya.  Seolah memahami keadaan saya yang melibang libu dek penangan tidak sihat ini.  Abang juga sedang berada di dalam keuzuran yang rasanya di tempah sendiri olehnya.  Itulah, kalau susah nak dengar nasihat orang terpaksalah berhadapan dengan risiko.  Tetapi apa pun, Alhamdulillah katanya dah ada tanda-tanda kembali pulih.  Dia lelaki, selalunya kaum mereka ini kuat semangatnya berbanding kita-kita ini.  

Sebelum mengakhiri post ini, saya selingkan gambar raya saya sekeluarga buat tatapan teman-teman tersayang.  Saya sayang dan bangga memiliki mereka di dalam hidup saya.

 
 nota:  tiba-tiba buah hati menangis tanpa henti-henti...siannya dia!!!

Monday, September 20, 2010

I'm Back!!!

More than a month I've abandoned this territory.  Tried to paint my words here but after a few minutes, I started to delete whatever that I job down.  To share my thoughts, I need to spare some quality time.  Whoever have followed me before for sure notice that I can't put a simple note at all.  Try to do so but I will not get my fully satisfaction on it.  As a result, this area has turn totally to a web page with full of dust.  Now its time for me to vacumn and I try my best... ;)

As we are still in Syawal mood, so I'll try not to put lot of Raya's stories.  Everbody is storying a same thingy due to unstoppable mood so let me share something that not so related.  At least we have variable stories in this world.  But, this will not be a reason for me to wish all my friends here, "S.E.L.A.M.A.T.H.A.R.I.R.A.Y.A.A.I.D.I.L.F.I.T.R.I" from me and my family.  We are just an ordinary human and for that, we are seeking for an appologies to whatever bad things that we have done. May Allah give His Bless to all of us!!!

Created by my Lil Sis, Ayu Bam Bam


note:  Do I have that strength to keep updating???
There was an error in this gadget