Followers

Tuesday, October 26, 2010

::Berubah selera::

Blog ini masih di dalam proses baik pulih atau erti kata lain sedang melalui proses kecantikkan.  Inilah akibatnya apabila pemilik blog tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi.  Segalanya carca marba walaupun sebenarnya segala bantuan telah pun disediakan.  Saya hanya perlu memilih dan menyuai padan mengikut citarasa.  Tetapi setiap apa yang saya cuba padankan serba tidak menjadi, makanya terima sahajalah mana yang terpapar di skrin.  

Saya bukan pencinta merah (maaf ye Kak Merah).  Merah terlalu agresif bagi saya dan secara lahiriahnya saya bukanlah seorang yang pandai memaparkan keterujaan.  Pendapat saya warna merah membawa semangat waja yang menyala-nyala dan bersifat dominan.  Saya seorang yang tidak mahu terlalu menonjol dan lebih ke belakang.  Tetapi mengapa latar blog berwarna merah?  Seperti yang telah saya katakan tadi, saya tidak pandai membuat pilihan dan akhirnya saya berlatarkan bunga ros iaitu bunga kegemaran saya.  Hanya untuk perubahan tersebut, saya mengambil masa lebih dari 3 jam duduk di hadapan komputer riba ini.

Masih lagi berusaha mana yang perlu walaupun secara jujurnya, jemu telah mula menapak di hati saya.  Bukan saya tidak sedar akan wujudnya mereka-mereka yang boleh diupah untuk mencantikkan ruang peribadi ini, cumanya pada peringkat saya rasanya belum berbaloi lagi untuk mengeluarkan sejumlah wang.  Siapa sahaja pun yang mengikuti blog ini?  Tak apalah, lagi pula ini ruangan peribadi yang saya kongsikan bersama para pembaca budiman.  Saya yakin bukan latar yang memainkan peranan tetapi inti pati kandungan yang saya ingin kongsikan.



nota:  mencuba selagi terdaya....   



  

No comments :

Post a Comment