Followers

Tuesday, October 26, 2010

::Setahun??!!::

Akibat dari tunggakkan akhirnya saya tenggelam di alam yang saya reka cipta ini.  Banyak cerita-cerita yang saya rasa wajar untuk dipaparkan di journal maya langsung tidak dikongsi.  Saat ini saya tidak tahu hendak memulakan mana yang dahulu.  Aktiviti-aktiviti Ramadhan dan juga Syawal semakin saya merasakan tidak releven lagi untuk dikongsi.  Entahlah, nantikanlah sahaja jika saya masih berminat untuk muat naik kisah-kisah basi.
 
Eh, baru terperasan!!!  Rupanya blog ini telah berusia setahun pada 21 Oktober yang lepas.  MasyaAllah!!!  Perkara ini pun boleh terlepas pandang ye??!!!  Saya mengambil peluang di atas kesedaran saya ini dengan melihat kembali entri sepanjang tahun.  Hasilnya biasa-biasa sahaja dan pandangan saya dari sudut seorang pembaca..."BOSAN!!!!"  he..he..he.. Diskriminasi terhadap hak milik persendirian.  Tetapi itulah yang saya rasakan.  Memang patut pun blog saya ini suam-suam kuku sahaja sambutannya.  Tak apalah, mungkin ini bukan dunia saya.  Saya hanya menumpang sebelah kaki mencari ruang jika boleh bertapak.  Andai tidak diterima saya bisa mengundurkan diri... ;)
 
Sempena setahun saya berceloteh, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak tehingga kepada mereka-mereka yang sudi meluangkan masa melawat saya di sini.  Kelapangan masa yang anda kongsikan bersama saya harapnya dapat menggembirakan dan menemani hari-hari anda.  Andai ada yang tersinggung dengan susunan bahasa di sini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana sejujur-jujurnya tidak terlintas di fikiran saya untuk menyakiti hati sesiapa pun.  Segala apa yang saya kongsi serta luahkan adalah tulus dari sanubari saya.  
 
 
 
nota:  terfikir juga untuk menganjurkan Giveaway tetapi....tengoklah nanti macamana.  Persoalannya adakah yang akan menyertai nanti??

No comments :

Post a Comment