Followers

Monday, November 29, 2010

::Calculate Your Age::

Seems I am too lazy to hit a keyboard for any new stories, why don't I share something fun I'd received from email group, Penawarku.  Although some of it were junk but will spent time to go through, at least will not missed out anyone that good to be share on.  So, don't forget to give a try yea!!! 


Your Age by Chocolate Maths
My advice:  DON'T CHEAT BY JUMPING TO OTHER NUMBER.GO ACCORDING TO THE SEQUENCE!!  It takes less than a minute. Work this out as you read. Be sure y ou don't read the bottom until you've worked it out!  This is not one of those waste of time things, it's fun.

1. First of all, pick the number of times a week that you would like to have chocolate (more than once but less than 10)

2. Multiply this number by 2 

3. Add 5

4. Multiply it by 50 -- having trouble to calculate?  Go and get your calculator right now!!!

5. If you have already had your birthday this year add 1760 .
If you haven't, add 1759.
6. Now subtract the four digit year that you were born.
7.You should have a three digit number right now.  The first digit of this was your original number (i.e., how many times you want to have chocolate each week).

8.The next two numbers are

***
***
***
***
***
***
***
***
YOUR AGE! (Oh YES, it is!!!!!)
  




THIS IS THE ONLY YEAR (2010) IT WILL EVER WORK, SO SPREAD IT AROUND WHILE IT LASTS. 





note:  How was your answer?  Mine, I got exactly as what it mentioned!!!








 


 

Thursday, November 25, 2010

::Bebel Sukan Asia 2010::

Kecewa juga bila mengetahui hari ini pasukan Malaysia gagal menambah pungutan emas terutamanya dari Pasukan Hoki dan Squash Berpasukan Lelaki.  Kita yang melihat berasa amat kecewa tetapi bagaimana agaknya mereka yang bertarung itukan?  Seperti yang dikhabarkan sewaktu tamat perlawanan badminton yang lepas Datuk Lee Chong Wei menangis dan terus tidak mahu ditemu ramah.  Mungkin bukan rezeki pasukan Malaysia untuk menambah pungutan emas buat hari ini, namun yakin kontijen Malaysia telah meletakkan usaha lebih dari 100%.
 
Saya bukanlah peminat sukan sangat tetapi semangat jati diri membuatkan saya tidak pernah melepaskan peluang yang ada menonton pasukan Malaysia bertarung di medan sukan.  Perasaan bangga sentiasa berbunga tatkala lagu Negaraku berkumandang megah di arena antarabangsa.  Tidak perlu kita mencemuh andai mereka tewas kerana kita bukan berada di kedudukkan mereka semua.  Andai kita menjadi mereka barulah kita tahu betapa susahnya para atlet memerah keringat demi kerjaya dan masa depan arena sukan negara.
 
Mungkin saya agak ketinggalan tetapi semasa Sukan Asia 2010 inilah saya sedar akan beberapa acara baru telah wujud atau mungkin selama ini telah dipertandingkan cuma saya sahaja yang tidak mengambil pusing.  Contohnya ada satu sukan seolah permainan galah panjang.  Tidak pasti pula nama sebenar sukan tersebut.  Sepasukan harus menjaga supaya pihak lawan tidak menembusi kawasan milik mereka, lebih kurang begitulah cara sukannya dijalankan.  Saya sempat mengikutinya dalam lima minit sahaja sebelum saya beralih ke saluan lain.  Sepak takraw wanita juga telah ada ya?  Ingatkan selama ini sepak takraw hanya untuk kaum Adam sahaja.  Sukan yang melibatkan kasut roda/roller blade juga ada.  Cara sukan itu dikira adalah melalui siapa yang dapat melakukan pusingan gelanggang dalam masa terpantas , seperti sukan basikal kaedahnya.
 
Apa pun, Sukan Asia bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari sahaja lagi.  Sasaran yang diletakkan oleh negara berjaya diperoleh cuma kalau melangkau dari sasaran tersebut sudah pasti suatu kenangan manis bagi kontijen Sukan Asia kali ini.  Moga atlet-atlet negara peroleh pengalaman melalui pertandingan kali ini dalam mempersiapkan diri menyahut cabaran antarabangsa pada masa akan datang.  Bagi sukan-sukan yang berpotensi tinggi, amatlah diharapkan mendapat perhatian Kerajaan hendaknya. 
 
 
 
 
 
nota:  seorang teman akrab akan pulang sebaik tamat Sukan Asia, pasti banyak cerita menarik yang bakal dikongsi :)    

Wednesday, November 24, 2010

::Hal Astro::

Memiliki akaun Astro bukan lagi satu perkara yang asing bagi kita semua.  Jika dahulu mungkin ya malahan sesiapa yang mempunyai Astro pasti dikatakan mewah.  Manakan tidak, seingat saya untuk mendapatkan perkhidmatan Astro sebanyak RM900 harus dibayar sebagai permulaan di samping yuran bulanan.  Kami sekeluarga mempunyai Astro pun di sebabkan membeli kereta baru Proton, sewaktu itu Proton melakukan promosi "Beli Kereta Dapat Astro" dalam tahun 2000 macam tu.

Semakin lama Astro semakin mengukuhkan pengaruhnya di kalangan rakyat Malaysia.  Sehingga hari ini, rumah saya mempunyai 4 set Astro.  Bukan itu sahaja, pelanggan baru tidak dikenakan sebarang bayaran bagi mendapatkan dekoder Astro, hanya yuran pemasangan sahaja yang dikenakan.  Berlumba-lumbalah orang memasang Astro kerana dijanjikan pelbagai hiburan menepati citarasa.  Betapa besarnya pengaruh Astro bukan.  Lebih-lebih orang seperti saya yang minat mengawal peti televisyen.  Hidup pasti kosong tanpa kehadiran siaran-siaran televisyen.   Lagi pula saya memang mendominasi alat kawalan jauh sejak dari dahulu lagi.  Sebab itulah saya mempunyai Astro yang tidak dikongsi dengan sesiapa pun supaya saya boleh terus meraja di daerah jajahan sendiri. 

Tetapi semakin lama semakin kecewa dengan prestasi stesen tv berbayar tersebut.  Dek kerana tiada pesaing, kini saya melihat mereka lebih kepada mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan kepuasan pelanggan.  Kita sedia maklum Astro kerap bersiaran ulangan hampir setiap masa cumanya siaran ulangan yang dijadualkan tidak masuk akal.  Ada-ada cerita kita boleh menontonnya lebih dari dua kali sehari.  Jika ceritanya yang memang mendapat hati di penonton tidak mengapalah juga, ini tidak.  Naik jemu melihat aturan siaran yang disusun sehinggakan ada ketikanya langsung tiada cerita yang boleh dilayan.

Ingatkan sindrom ulangan ini hanya melanda channel movie sahaja.  Rupanya channel tempatan juga menerima nasib yang sama.  Pada penghujung tahun lepas jika tidak silap, Astro memperkenalkan Astro Mustika dan pasti saya antara yang terawal subscribe kerana yakin akan kandungan inti pati rancangan-rancangan tersebut.  Lagi pula konsep siaran santai sememangnya menjadi pilihan lantaran setelah seharian bekerja pasti saya inginkan sesuatu yang tidak berat walaupun kadangkala dihidangkan dengan adegan jenaka bodoh.  Ramai yang pada mulanya tertarik dengan saluran tersebut telah mengalah dan berhenti subscribe tetapi saya tetap setia.  Alhamdulillah, semakin banyak siaran yang dipaparkan.  Apa yang membuat saya tidak berpuas hati langsung  apabila siaran yang kononnya eksklusif untuk mereka yang membayar Astro Mustika, kini boleh menontonnya samada di saluran Astro Ria ataupun Astro Prima.  Di manakah hak eksklusifnya kepada kami yang membayar lebih dari pelanggan biasa? 

Sebagai pelanggan tegar, saya kecewa dengan keadaan ini.  Lebih baik saya berhenti  membayar lebih, kelak rancangan tersebut akan tersiar juga.  Cepat atau lambat sahaja keadaannya.  Sudahlah siaran ulangan yang sentiasa di sajikan.  Semakin lama semakin hambar rasa saya terhadap stesen berbayar ini.  Ramai juga yang telah membatalkan akaun mereka.  Haruskah saya yang tidak boleh hidup tanpa siaran televisyen ini melakukan perkara sedemikan?  Kini saya terfikir, adakah pihak Astro akan mendengar luahan hati saya ini kerana saya yakin bukan saya sahaja yang mengeluh.  Di luar sana pasti ramai juga yang mula bosan dengan pendekatan Astro.  Saluran apakah yang boleh kita guna untuk membuat bantahan ataupun rungutan terhadap pihak Astro?

Kita tutup cerita episod ulangan.  Lagi satu yang saya cukup tidak berkenan apabila Astro gemar memasukkan rancangan dari negara luar seperti Indonesia.  Saya bukannya bersikap perkauman ke atau membenci mereka, tidak sama sekali.  Tetapi perasaan tidak berpuas hati menguasai.  Perlukah sebenarnya menggunakan taktik dengan memaparkan cerita-cerita dari luar untuk menaikkan rating penonton atau adakah membeli cerita dari luar lebih murah jika dibandingkan produksi tempatan.  Bukankah ianya juga satu tanggungjawab bagi Astro untuk menyokong produk tempatan yang lahir dari rakyat Malaysia sendiri?  Secara terangan saya akui muak dengan cerita-cerita dari Indonesia yang mendominasi saluran tempatan.  Bagi sesiapa yang amat meminati siri-siri dari luar ini, maafkan saya kerana bersikap sedemikian.  Tetapi inilah hakikatnya, saya tidak suka!!! 

Kini iklan juga kerap memasuki ke saluran-saluran Astro.  Bukankah di awal dahulu mereka berjanji tidak akan ada iklan yang bersiaran melalui saluran-saluran Astro.  Cukup-cukuplah dengan iklan dalaman mereka yang  menjalankan promosi silang sesama saluran.  Kini ditambah pula dengan pengiklanan produk yang meluas.  Adakah kami membayar yuran bulanan hanya untuk menikmati siaran iklan?  Sudahlah bayaran bulanan harus dilakukan tepat pada masanya, kalau tidak secara automatik Astro tidak akan bersiaran.

Macho Man dan Ninie, telah menaik taraf Astro mereka kepada Astro Beyond.  Katanya kualiti siaran lebih baik dan dalam masa yang sama gangguan semasa hujan juga bakal kurang.  Tetapi pada hakikatnya tidak.  Makin teruk adalah jika dibandingkan dengan saya yang tidak memakai Beyond.  Tidak pernahkah Astro terfikir untuk membaiki mutu pancaran mereka sehinggakan masalah hujan ini seolah tidak akan diselesaikan.  Janganlah kerana tiada pesaing, Astro mengambil sikap acuh tak acuh dalam menyelesaikan masalah ini.  Bayangkan jika seharian hujan lebat melanda, makanya seharian jugalah kami tidak dapat menikmati siaran.  Jika sebulan hujan maka sebulan jugalah kami bakal bungkus dekoder Astro dengan bayaran harus dijelaskan.  

Atas alasan-alasan ini juga saya memilih untuk tidak menaik taraf Astro saya kepada Astro Beyond.  Biarlah dahulu lagi pula yuran langganan saya telah cukup mahal iaitu lagi beberapa ringgit mencecah ke RM100.  Satu amaun yang agak tinggi jugakan hanya untuk memuaskan nafsu duniawi.  Haraplah sangat Astro akan ada perubahan dalam masa yang terdekat.  Ini kerana seperti yang telah saya nyatakan tadi, pasti ramai yang bersama-sama saya di dalam satu kapal.  Rungutan-rungutan kami ini semuanya rungutan membina dan bukanlah untuk menjatuhkan pihak stesen televisyen tersebut.




nota:  kenapa ye petang-petang ini, nak menceceh tak tentu hala??

::Melampau::

Sejak berjinak dengan tempat pasar malam yang baru, saya amatlah rajin untuk menjejakkan kaki ke sana.  Sebenarnya, dari kecil lagi saya memang gemar ke pasar malam.  Mungkin rajin menemankan Arwah Nenek aka Mak satu ketika dahulu, menjadikan pasar malam tempat kegemaran saya.  Ini kerana kami membeli barangan basah bagi stok selama seminggu di pasar malam.  Bila Arwah Mak telah tiada, GM pula meneruskan budaya ke pasar malam. 

Banyak yang boleh kita lihat dan peroleh di sana terutama berkaitan variasi makanannya.  Lihat sahaja apa yang dijual pasti mengecurkan air liur pembeli seperti saya.  Cumanya semenjak pindah ke Kota Damansara, keinginan ke pasar malam semakin berkurangan sementelah keadaan pasar malamnya amatlah menyedihkan sehinggalah berjumpa dengan tempat yang baru.  Maka kerajinan yang selama ini tersimpan, muncul semula.

Tetapi keseronokkan membeli belah di Pasar Malam tersebut agak terbantut tatkala mengenangkan harga yang dikenakan kepada para pembeli amatlah mencekik leher.  Bayangkan, harga dua ketul halia muda yang tidaklah terlalu besar saiznya adalah RM3.  Terkejut tidak mendengarnya.  Sehingga hari ini saya telah banned gerai tersebut atas perletakkan harga yang tidak munasabah.  Mungkin kerana memikirkan golongan pembeli di kawasan tersebut merupakan antara yang mampu, maka kenaikkan harga yang melampau di kenakan kepada pelanggan. 

Hari ini sekali lagi keterujaan saya tergugat.  Saya berhasrat membeli Yong Tau Foo kerana menyedari GM pasti suka lebih-lebih lagi buat santapan malam.  Lalu saya mengambil keputusan membelinya, lagi pula GM tidak memesan untuk membeli sebarang makanan.  Dengan tenang, saya mengambil 2 keping FuChok, 2 cucuk isi ketam, sekeping fish cake, sekeping tauhu, 2 biji fish ball, sekeping vege cake.  Tatkala bertanyakan berapa yang harus saya bayar, peniaga tersebut menyuarakan "RM12.30".  Terbeliak juga biji mata saya mendengarkan harga tersebut.  Seolah tidak masuk akal pula hanya dengan mengambil sebegitu saya dikenakan harga sedemikian.  Walaupun tidak berpuas hati, namun tangan tetap menghulurkan kepingan duit dengan kerutan muka seribu.

Sepanjang berjalan di Pasar Malam saya asyik meratap pada Ayu Bam Bam.  Bukan saya terlalu berkira tetapi merasakan tidak puas hati yang amat sangat.  Bayangkan saya membeli 3 bungkus nasi lemak dengan berlaukkan ayam goreng, sambal kerang dan sambal ikan bilis petai, harga yang dikenakan pada saya "RM10.00".  Jauh beza bukan dengan harga Yong Tau Foo tersebut.  Jika saya memang mengambilnya pada kadar yang banyak, tidak kisah harga yang dikenakan agak tinggi tetapi ini ibarat makan untuk seorang sahaja dan harga yang dikenakan..... sudahlah rasanya setakat biasa-biasa.  Maka dengan ini, gerai tersebut juga akan menerima nasib yang sama.  Hanya sekali ini sahaja saya akan kunjunginya.  Tiada kali kedua mahupun ketiga.

Maaf, saya bukan seorang yang berkira apabila melibatkan dengan hal ehwal makanan.  GP telah mendidik kami dari kecil, jika berkaitan dengan makanan janganlah berkira kerana segalanya adalah rezeki yang diperturunkan oleh Allah SWT.  Tetapi harga yang tidak masuk akal, pasti sesiapa pun tidak akan berpuas hati.  Pada cuti Deepavali yang lepas juga saya mengalami peristiwa yang lebih kurang sama.  Insyaallah akan saya kongsikan cerita tersebut di sini suatu hari nanti.  Hak masyarakat untuk mengetahuinya dan nilailah mengikut pertimbangan.  Apa pun, saya memang tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang telah saya belanjakan untuk Yong Tau Foo tersebut. 

Para peniaga sekalian, janganlah terlalu mengambil kesempatan.  Jika segalanya bersederhana, saya yakin Allah pasti akan melimpah ruah rezeki jualan anda.  Beragaklah tatkala meletakkan harga supaya kelak anda tidak menerima cemuhan dan juga ratapan yang bakal membinasakan perniagaan anda kelak.  Kepuasan pelanggan adalah kejayaan yang bakal dimiliki oleh setiap peniaga.

nota:  sakit hati bila mengenangkannya walaupun esok makanan tersebut menjadi sisa buangan di pagi hari
   

:: ....... ::

Pelbagai rasa bercampur baur.  Hakikat kehidupan, begitulah ragamnya.  Perjalanan tidak akan senantiasa statik atau mendatar, pasti ada turun naiknya.  Samada kita memilihnya atau tidak, perkara sebegini pasti akan muncul.  Setiap kali sebelum melelapkan mata, saya sering berdoa moga pagi bakal menjelma tersimpan rahsia yang bakal menggembirakan.  Walau tidak berlaku setiap hari keajaiban yang dipinta, cukuplah dengan di beri kesempatan untuk terus bernyawa tatkala mencelikkan mata.  

Ada mengatakan saya seorang yang penuh dengan falsafah hidup sehingga menjadi kurang realistik.  Tak kurang juga mengatakan saya terlalu menyerah diri pada pertaruhan nasib tanpa berusaha untuk mengubahnya.  Andai mereka-mereka ini berada di dalam saya dan mengetahui apakah sebenarnya yang saya lalui, pasti mereka mengerti kenapa saya dengan cara saya.  Apa yang saya tempuhi hampir 30 tahun, itulah yang saya gunakan sebagai pembentukkan peribadi dan kekuatan rohani.  Allah menjanjikan setiap manusia dengan bahagian masing-masing dan ini adalah bahagian saya dan saya menerima seadanya.

Apa pun, saya bersyukur dengan segala kurniaan yang telah diberikan dan apa yang saya miliki selama ini.  Segala apa yang saya ada jauh lebih baik dari sesetengah mereka di luar sana yang terlalu sibuk mencari kepastian di dalam diri.  Mungkin di dalam perkara tertentu, rezeki tidak menyebelahi saya.  Namun saya redha kerna yakin sesuatu yang berbunga indah pasti akan mekar mewangi.  Samada saya mengenggamnya pada lewat usia, atau pun saat fajar subuh bersinar, segalanya adalah ketentuan Illahi dan sebagai seorang hamba yang hina saya menerima seadanya....





nota:  entah kenapa entri ini muncul, sedangkan perkara lain yang ligat berpusing di kepala... 

Monday, November 22, 2010

::Santai Hujung Minggu::

Sesekali bila tiada sebarang rencana di hujung minggu, mati akal juga dibuatnya.  Inilah nasib warga kekal ibu kota.  Telah habis pelusuk bandar dijelajah.  Dari kawasan gelap hinggalah ke jajahan yang terkenal di mata dunia, hampir kesemua tempat telah ditinggalkan kesan tapak kaki.  Apa tidaknya, bersekolah di sekolah yang berdiri megah di tengah bandaraya metropolitan, segalanya tidaklah begitu asing bagi saya.  Kerana inilah setiap kali tiba hujung minggu, perasaan bosan mula menguasai diri.

Semalam seharian menghabiskan masa di bengkel kereta.  Biasalah, setelah menabur jasa dan kami heret ke sana ke mari, pasti sampai masa minta di belai.  Walau hanya sebuah kenderaan yang tidak berperasaan tetapi bila tiba masanya rengekkan mengalahkan kanak-kanak.  Hampir RM700 melayang duit dari poket demi menjaga sebiji kereta yang disayangi.  Harap-harapnya bukanlah dalam masa terdekat ini kereta menginginkan belaian tambahan.

  Berusaha gigih mekanik memantapkan lagi kualiti kereta

Empunya kereta termenung mengenangkan nasib tatkala terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk kereta kesayangan

Sewaktu menantikan kereta siap diservis, tangan tidak berhenti-henti menekan skrin telefon berborak dengan Fieza.  Ada cerita panaslah katakan, haruslah kami berdua bergossip seharian.  Tidak puas dengan panggilan telefon akhirnya kami mengambil keputusan untuk bersua bagi memanjangkan lagi perbualan.  Makanya setelah selesai urusan di bengkel kereta, saya dan Abang bergegas ke Kampung Pandan, menikmati sate atas cadangan Fieza.   Bersualah kami di Restoran Sate Station.  Mengikut kata Fieza, restoran ini terkenal dan perasmiannya di laksanakan oleh Datuk Siti Nurhaliza.  Sayang tiada sebarang gambar yang boleh dikongsikan di sini lantaran kami leka menikmati keenakan sate yang terhidang bersulam perbualan pelbagai topik.  Bagi sesiapa yang ingin merasakan keenakan sate tersebut, bolehlah jadikan blog ini sebagai panduan anda.  Puas bercumbuan kami pulang ke pangkal jalan.

Ahadnya, pagi lagi Abang menyelesaikan baki kerja berkaitan keretanya dan saya hanya bermalasan di atas katil.  Bangun..tidur..bangun..tidur...itu sahaja yang saya mampu lakukan bagi menanti Abang melangsaikan segala tugasnya.  Lewat petang kami berkunjung ke kedai pemborong permainan.  GM meminta membelikan hadiah hari jadi Buah Hati.  Kalau nak tengok hadiahnya, nantikan entri kemudian hari :).  Abang juga membeli hadiah untuk Buah Hati tetapi saya masih lagi berfikir-fikir hadiah apakah yang sesuai untuknya. Selesai membeli, Abang mempelawa ke rumah keluarganya yang mana berakhir dengan makan malam di sana.  

Tepat 8.30 malam, perlawanan badminton di antara seteru tradisi iaitu Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia dan Lin Dan dari negara China yang amat dinantikan bersiaran secara langsung di kaca televisyen.  Tumpuan di berikan kepada perlawanan walaupun keputusannya agak mengecewakan bagi rakyat Malaysia.  Apa pun, Datuk Lee Chong Wei telah berusaha keras untuk mengalahkan lawan.  Walau apa jua spekulasi terhadap diri beliau, saya pasti dia sendiri tidak mahu tewas pada pihak lawan.  Rezeki masih belum lagi menyebelahinya dalam perlawanan tersebut.  

Usai perlawanan, saya pulang ke rumah dengan mata yang agak mengantuk dan fikiran melayang.  Betapa mudahnya masa berlalu bukan?  Dalam keadaan santai, ianya tetap bergerak pantas tanpa menoleh ke belakang.  Di saat meniti penghujung hari, saya bertelegu di hadapan komputer riba bagi mengimbas detik yang baru sahaja berlalu pergi.  Moga esok menjanjikan sesuatu kepada kita semua.  Alangkah indah jika hujung minggu berpanjangan... @_@




nota:  mula terbayangkan tilam nan empuk...



Sunday, November 21, 2010

What is the best?

My Buah Hati,Aysh birthday is just around the corner. What to buy for him yea? Cracking my head to think about it. Being a No:1 he get a special treatment from us. Almost everything that kids dream on he owned already and it give
us such a great difficulties on what to buy.

By the way,kids toys are ssoooo expensive. The price sometime doesn't make sense. Most of them are selling brands. Quality wise? So-so.. Scared to enter Toys R Us cause already alert the pricing. Jusco price also not much different to compared to. Maybe will avoid both of it due to budget restriction.

Had done few survey on certain things but can't have final decision. Hope will get better idea while I'm in zzzland later @-@. Anybody love to give your opinion? Let's share yea!!!



Posted via my Baby,I-Phone

Wednesday, November 17, 2010

Short notes..

Last Eid Fitri I'm not feeling well. Body aching and major sore throat has stopped me to eat all d delicious food. On that day only manage to have few pieces of Ketupat with Rendang and Kuah Kacang. The rest, I just tasted it with a pair of my eyes.

So,it's time for me to take a full of revenge. Do I watch my weight closely? Yes of course but let me have some compromising in this situation. Since morning until now me keep on visiting GM's dry kitchen just to keep on eye with all the dishes.

But after a few hour I can feel some heatiness on my body and at the same time my throat seems very dry and a bit of painful. Urgh!!! I am fully tensed cause I plan to visit few houses. How am I going to eat all the food if in this situation? Hmm....


Note: just realized that I haven't put any entry on my last Hari Raya. Should find one fine day to pay my debts..


Posting via my baby!!!

::Bicara Hati::

Kemelut di hati 
Andai dapat di paparkan 
Pasti tampak nyata geloranya  
Diam membeku di dalam 
Menanti saat untuk meletuskan 
Larva kepanasan yang membara  

Tetapi bilakah agaknya akan berlaku?  
Berusaha mengumpul tenaga 
Agar tiba waktunya kelak 
Tidak akan tewas dengan keindahan budi nurani hati  

Bibir mengorak manis 
Kerdipan mata lirih tenang 
Berjaya mengaburi pancaindera lain 
Yang tidak berpaut pada kuasa makrifat  

Persoalan berterusan membelenggu diri 
Dek menanti jawapan yang kurang pasti kunjung tiba  
Akan kuatkah kaki untuk terus berlari? 
Sedangkan ianya terantai kejap di pintu harapan

Apa yang pasti
Rantaian doa tidak akan pernah terputus
Moga sinar yang di selesuri
Bakal kelihatan di antara perjalanan



nota:  walau mata teramat mengantuk tetapi tetap mengagahi diri untuk bicara hati

Tuesday, November 16, 2010

::Salam Eid Adha::

Sekejap sahaja Aidil Adha menjengah tiba sedangkan rasanya seperti baru semalam menyambut Aidilfitri.  Memang pantas masa berlalu.  Tahun ini sambutan kami ala kadar lantaran Ninie baru sahaja melahirkan zuriat.  Persiapan seperti biasa, GM tetap menyediakan santapan pagi raya seperti sebelum ini.  Cumanya mungkin kami tidak akan ke mana-mana.  Lagi pula Macho Man sekeluarga pulang ke Ampang.  

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam di dunia.  Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan para jemaah Haji yang sedang menjalankan ibadah Rukun Islam yang ke-5.  Moga mereka semua peroleh Haji Mabrur dan selamat pulang ke pangkuan keluarga.  Bagi yang menjalankan ibadah korban pula, moga-moga Allah menerima ibadah tersebut dengan sempurna seadanya.  

Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat kembali hendaknya tanpa di timpa sebarang musibah.  Bagi anak kota seperti saya, nikmatilah keindahan Aidil Adha dan berdoa moga kita di beri peluang sekali lagi menikmatinya pada tahun akan datang, Insyaallah...


 Gambar di ambil dari Yahoo Images!


nota:  teringin melihat mereka melaksanakan penyembelihan tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk berada pada saat di sembelih

::Which one?? ::

Another email that I received recently that caught my eyes and my mind.  Love to share this with all of you although maybe you guys have read it.  

ARE YOU PENCIL OR ERASER?

Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad. 


note:  This is for all parents out there.....

Praying for them

Am worried cause Buah Hati not well. Coughing badly and enforce him to go for breathing treatment. In two weeks time he going to celebrate his 3rd birthday. Hope so he will be okay soon.

My sis,Ninie also not in a good condition. Same as Buah Hati, her cough also terrible. Few nights Ziqry could not sleep with her.

Am praying for both of them and hope will recover soon. Eid Adha just around the corner and the enjoyment will faded if they not in a good shape to celebrate.



Sent via I-Phone

::Awesome::

Have you ever heard Air Supply?  Knew the answer is YES!!!  Famous duo singer from Australia and so popular especially in late 70's and early 80's.  I am not a die hard fan of this group but just love their songs although I'm not born yet when some songs has been written.  "Power of Love", "All out Of Love", "Making Love Out of Nothing at All", "Goodbye" (too mention some of the title) has been crossed over the year and it still relevant to be listen on.

Today, for the second time Abang and Me had a chanced to attend Air Supply's Concert. although its a last minute call.  Should thank a million to Ejump and his wife Nova for being delighted to offer us the tickets.  The 1st concert that we attended was last year also a courtesy from Ejump but the venue last year was at Arena All Star Genting and this year in KLCC Convention Center.  Different venue but the same event organizer. 

I am a bit hurry to come down to KL seems we got short notice from Nova.  As a result, I left both my handphone and camera.  What a stupid right attending a concert without those gadgets.  None of picture have been taken so nothing to be share on here.  Only the experience that I've been through the whole night.  Not much I can say but Air Supply is totally A.W.E.S.O.M.E.  At their age they manage to nailed their performance infront thousand of people and the selection of songs were so familiar to the audience.  

Age range for most of the audience is 35 years old and above, I guess.  Youngster also been there but not many as that group age.  According to Air Supply, they've started their career around 1975.  Its already 35 years and while watching them I was so surprised.  Their voice is same as what we heard in records.  Will our Malaysian artist be like them??  Selections of songs is almost the same in Genting, they just change the sequence.  Maybe to cater different mood as in Convention Centre the spectators are not that aggressive.

But I am quite disappointed with the audio system.  Much more better while in Genting compared tonight.  However if there's any offer again for me to attend their show,the answer is absolutely YES.  I love their songs and I love their voice and I love their energy.  They do not need any gimmicks.  At the same time, other musician took this chance to shine infront of the audience especially their drummer.  They also being so warm with the audience because they try to reached all the audiences by coming down from the stage and walk around the hall.  There's a time they invite audiences to dance.  More work for stage manager and bodyguards but audiences really appreciated with their effort.  Was so enjoy their performance until does not realised that the concert is coming to the end. 

Tomorrow, Air Supply will be in Penang and hope their fans will enjoy their show.  For those that never heard of their song, I love to share one of the beautiful songs from them which I grant from You Tube.  For me, Air Supply will be an evergreen duo  together with their songs.  A soft rock groups with romantic song.  Wish to know them more can visit here I am going to bed with a satisfaction and their song keep on rewind on my memory...


::Ayat Kursi::

Sebagai umat Islam sedari kecil lagi kita telah diajar dan disarankan menghafaz Ayat Kursi di mana bermacam-macam khasiat yang boleh diperoleh terutamanya berkaitan dengan gangguan Syaitan.  Saya berjaya menghafal Ayat Kursi jika tidak silap seawal usia 11 tahun dan sehingga hari ini, Insyaallah sebelum melelapkan mata saya akan membaca Ayat ini.  Selepas ini, saya akan mengamalkan Ayat Kursi dengan lebih kerap lantaran  banyak lagi  rahsia dan kelebihan jika kita sering membacanya.    

Di sini saya ingin mengambil kesempatan berkongsi dengan rakan sekalian apa yang saya peroleh melalui email berkaitan Ayat Kursi ini.  Insyaallah, jika selepas ini masih ada lagi yang boleh saya kongsikan pasti saya akan kongsi dan kepada sesiapa yang mempunyai lebih pengetahuan lagi, sudilah kiranya kita berkongsi ilmu pengetahuan. 

 
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.


HIKMAH AYAT KURSI
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.


Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya

 dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan

 diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta

 terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada      
menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada
air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal

 fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah

 s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. 
 
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,insya-Allah mudah-mudahan anda

 sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. 
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. 
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. 
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. 
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. 
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
 azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti

 orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. 
 
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya
 
 
 
Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s. a. w. bersabda,                  
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."




nota:  Moga kita sama-sama peroleh kebaikan dariNya
 
 

Saturday, November 13, 2010

!!!!

What??!! It's 2am?? How I can't realized it's already late enough but I am not sleepy yet. From lappy I moved on to my I-Phone. Am thinking smart phone viruses has been spread rapidly and I am so sure that not only myself addicted with it..he..he..

There's an agenda starts tomorrow morning and I still awake. Hmm..actually lot of things in my mind but than...unable to generate with words. Keep on pray that tomorrow will shine greatfully.

Stop think!!! Better start counting goats from now and falls into deep sleep. Refresh everything and wake up with a full strength...


-update via I-Phone-

::Welcome To The World::

We start with something fresh before proceed to the others.. :)  My sister, Ninie give birth on last Monday, 8th November approximately at 3.36am.  Alhamdulillah after gone through some struggled moment, she safely delivered a cute and healthy baby boy.  Welcome to the world "Deary KAMAL IZZ ZIQRY B AHMAD SYAUKI".  A long waited for your mummy but a bundle of joy for everybody.  I bet Ninie will share her give birth experience wise on her blog so wait for her words yea!!

Frankly speaking, we are facing difficulties through out the year.  Everything turning  not very well and most of what we are working on meet up with some failure but Allah has arrange something special for us in terms of payback.  A precious gift for our family especially to my sister.  Almost 4 years we missed that cry and now we able to hear it again.   The born that bring promises to cheer up our home continuously and GM will be double busy from the day he born. 

A special dedication to my 2nd nephew:  Sayang, Along will never stop pray for your happiness and hope you grow well and healthy.  Be a Mummy Daddy good boy and when its the right time, serve and perform well as a good Muslims.  I believe you will carry both of your parent spirits.  This world is such a cruel world but we will never let you down.  Our family is growing and you will  proud to be part of our family.  We love you eternity.  Longer time for you to go but shorter time for us but we'll make sure you adequate enough to move on.  Once again, welcome to the world ZIQRY!!!
 
   A few minute after delivered.  Welcome!!!

"I am clean enough for all of you to kiss me" - picture taken by my Buah Hati, Al-Farysh

 "Abang will love you Adik :) " - new experience for him cause sooner will get another Adik and he for sure become Big Brother in our family




note:  one more in November list!!!Ayooyooyoo...have to spare more money!!!!

Friday, November 12, 2010

::Mohon Pertolongan::

Dengan rendah hati, saya ingin memohon bantuan rakan-rakan siber yang mempunyai sebarang info di mana saya boleh menempah kek harijadi bagi karektor ULTRAMAN.  Jika ada sesiapa yang mengetahui di mana boleh saya menempah kek tersebut, ataupun alamat web yang berkaitan amatlah saya hargai lantaran inilah kali pertama ingin menempah kek seumpama itu.  Jika ada, bolehlah tinggalkan mesej di sini ataupun email kepada:  maria_190998@yahoo.com.  Segala bantuan yang rakan-rakan hulurkan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
 
 
 
 
nota:  sedang mencanai idea untuk entri yang berikut

Thursday, November 11, 2010

::Hmmm...::

Sejak pulang dari Langkawi, kemalasan betul-betul telah melanda diri.  Di tambah pula dengan banyak perkara yang harus diselesaikan, lantas mengakibatkan ruangan ini terperam.  Bilalah agaknya diri ini mencapai tahap kestabilan sekurang-kurangnya pada titik yang paling minimum?  Susahkan bila sering berperang dengan diri sendiri.  

Apa pun, memasuki bulan November bererti kami sekeluarga akan menempuh deretan ulangtahun.  Kesinambungan sambutan bertambah apabila adik saya Nini baru sahaja melahirkan permata hatinya.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun pada mulanya, Nini menghadapi sedikit kesukaran.  Insyaallah akan saya kongsikan di sini kelak.  Kesibukkan GM juga kini berganda apabila koleksi bertambah, tetapi saya percaya hati GM berbunga riang seperti juga kami semua.  Hampir tiga tahun kediaman kami tidak diwarnai dengan tangisan sang bayi, kini ianya kembali semula.  Tangisan yang membawa seribu rahmat buat kami sekeluarga.

Nampaknya, kemalasan masih lagi membelenggu diri ini.  Saat ingin mencairkan apa yang terbuku di minda, saat ini jugalah kantuk menjengah dan bergayut di tangkai mata.  Kurang bertenaga betul saya rasakan malam ini, walhal apa sahajalah yang saya kerjakan sepanjang hari selain dari melayan Buah Hati.  Atau mungkin hari ini perut diisi sepadatnya menyebabkan peratusan untuk berjaga semakin menurun.  Lebih dari sepulu kali saya telah menguap, makanya jalan terbaik adalah dengan menamatkan entri ini sambil berfikir "Apakah hujung pangkalnya entri kali ini?"  




nota:  berserabut dan kelam kabut....penguasaan mental yang jatuh menjunam!!!

Tuesday, November 2, 2010

::Peraduan::

Macam seronok pula melihat iklan peraduan Pizza Hut, Extreme 6 Cheesy Pizza.  Sesiapa yang mendaftar dengan Nuffnag pasti telah banyak kali iklan ini memasuki blog-blog anda.  Teringin untuk turut serta tetapi itulah, syarat untuk menghasilkan gambar yang menarik serta entri berkaitan agak sukarnya juga untuk dilaksanakan.  Faham-faham sahajalah.  Kurang daya kreativiti amatlah membantutkan keadaan sedia ada.

Cuba pujuk-pujuk Macho Man untuk turut serta.  Lagi pula pizza adalah antara makanan dia sejak azali.  Mungkin dia mempunyai idea yang bernas kelak.  Entahlah, kalau ada rezeki saya untuk masuk peraduan tersebut, Insyaallah.  Tetapi jika belum tiba masanya, biarkan sahajalah.  Pada kawan-kawan yang berminat untuk turut serta apa salahnya.  Mana tahu rezeki masing-masingkan.  Selamat mencuba semua!!!




nota: aduhai, mengatuknya!!!saat melarikan jemari bagi menyiapkan entri ini, mata kejap terpejam dan yang pasti hanya jemari dan otak yang ligat bekerja...he..he..he..mujur menguasai teknik menaip dengan kaedah sistematik sejak dari awal lagi...