Followers

Thursday, December 2, 2010

::Astro Warna::

Sesiapa yang subcribe pakej Mustika pasti kenal amat dengan saluran Astro Warna.  Antara sebab utama saya sanggup membayar lebih untuk mendapatkan saluran tambahan adalah kerana inginkan sesuatu yang ringan, tidak seperti telemovie lain-lain yang begitu berat walaupun mengandungi mesej yang ingin disampaikan.  Mula-mula dahulu merungut juga kerana ianya seperti tidak mencakupi keinginan saya.  Hampir-hampir saya tamatkan perkhidmatan saluran tersebut.  Mujur Ayu Bam Bam menghalang dan meminta supaya tunggu lagi sehingga beberapa bulan bagi mengikuti perkembangan saluran tersebut.

Alhamdulillah, setakat hari ini saya berpuas hati dengan Pakej Mustika walaupun mungkin ada yang berkata penuh dengan rancangan yang merapu.  Tetapi seperti yang saya perkatakan bahawa saya menginginkan sesuatu yang ringan tanpa perlu melibatkan pemikiran yang mendalam.  Ada rancangan yang tahap lawak bodoh, tetapi masih ada yang membuatkan saya terpaku di hadapan peti televisyen.  Walaupun sebelum ini saya memang tidak berpuas hati amat sangat kerana rancangan tersebut di ulang tayang di saluran yang tidak perlu membayar pakej, saya tetap enjoy menonton.  

Apa yang saya tidak puas hati dengan Pakej Mustika ini ialah pakej tersebut mempunyai satu lagi saluran yang saya langsung tidak pernah jengah iaitu Saluran Hindi.  Saya sememangnya tidak minat langsung filem-filem Hindi, dan saya terasa rugi membayarnya tetapi tidak pernah menontonnya.  Harap pihak Astro boleh lebih flexible di mana pelanggan boleh memilih saluran mana antara tiga saluran tersebut untuk disewa.  Jika pelanggan memilih dua saluran sahaja, harga bolehlah dikurangkan sedikit.  Agak-agak boleh ke?    

Cuma sekarang sedang berfikir-fikir untuk menamatkan saluran movie.  Patutkah saya?  Jika luahkan pada Ayu Bam Bam pasti dia akan menghalang dan selalunya setiap kali memasang niat untuk menamatkan kontrak tersebut, setiap kali itu jugalah saluran movie akan menayangkan filem-filem kegemaran saya..huh..huh..!!!  Macam tahu-tahu sahaja apa yang tersimpan di hati.  




nota:  Walaupun Astro tidak memberi saya sebarang keistimewaan tetapi dengan senang hati saya mempromosikan saluran Astro Warna.  Sememang ianya seronok ditonton!!!  

No comments :

Post a Comment