Followers

Saturday, February 26, 2011

::Rindu Terubat::

Seronok sangat malam ini.  Pasti tidur dibuai mimpi indah.  Baru lepas pulang bertentang mata dengan mereka yang saya sayang.  Sudah tentulah bersama teman baik saya Raja dan Fieza.  Sesiapa yang sering membaca nukilan saya, CPR itulah Raja.  Buat Fieza saya masih lagi tercari-cari nama gelaran buatnya.

Nak kata tinggal berjauhan tu tidaklah tetapi biasalah masing-masing mempunyai komitmen terutama CPR yang telah bersuami.  Jarang berjumpa, berhubung melalui telefon, kemaskini status masing-masing melalui Muka Buku, itu sahajalah yang mampu dilakukan bagi mengubat rindu yang membeku.  Tetapi kami tetap akur bahawa tiada siapa yang dapat menggantikan tempat antara satu sama lain.  Ikatan persahabatan yang terjalin hampir 15 tahun ini begitu mendalam kasih sayangnya.

Perjumpaan tanpa perancangan ini adalah saat yang kami bertiga nantikan.  Alhamdulillah, dapat juga kami meluangkan masa bersama walau seketika.  Jika ingin menyatakan kepuasan, memang tidak puaslah.  Apa sahaja yang dapat diborakkan dalam tempoh kurang dari 4 jam sedangkan terlalu banyak kisah suka duka yang dilalui selama beberapa bulan ini.  Andai masa dapat dihentikan, pasti kami akan menghentikannya seketika demi melepaskan kerinduan.

Terubat juga kerinduan di hati masing-masing.  Sambil makan sambil gelak.  Sambil mengunyah sambil berkongsi kisah.  Sambil meratah sambil mendengar.  Mujur makanan yang disua ke mulut boleh tahan enaknya dan ini menambahkan lagi momen indah.  We compliment each other!!  Secara jujur, bertuah memiliki mereka berdua di dalam hidup saya.

Tiba-tiba teringat kata-kata mereka berdua sewaktu makan tadi, kalau mereka tipu saya secara terang-terang pun saya akan percaya.  Ya, betul.  Bukan beerti saya lurus macam bendul tetapi saya langsung tidak menyimpan sebarang syak wasangka terhadap mereka berdua.  Antara kami tiada rahsia, tiada pembohong.  Itu yang pasti!!  


Tiada apa lagi yang saya harapkan, moga kami bertiga terus menjadi sahabat dunia akhirat.  Harapnya biarlah ikatan persahabatan ini akan berkekalan hingga ke anak cucu kami kelak.  Insyaallah...


CPR, Saya dan Fieza

nota:  looking forward for our next outing


      

Thursday, February 24, 2011

Mohon Bantuan Rakan Siber

Nak dikatakan pagi sangat pun tidaklah juga tetapi awal pagilah bagi orang seperti saya yang baru melelapkan mata saat fajar menyinsing.  Sedang lena berbungkus, dapat panggilan dari Abang awal pagi tadi dengan mengatakan kereta Ayahnya telah dicuri.

Terus tersentak.  Ingatkan mimpi ke apakan tetapi ianya realiti.  Borak tidak lama mana pun sebab Abang mengerti akan keadaan saya yang letih.  Berusaha untuk melelapkan mata semula, tetapi gagal.  Berkalih badan ke kiri dan ke kanan sambil kepala menerawang bagaimana keadaan Abang sekeluarga pada waktu ini.  

Tepat jam 10 pagi, perasaan ingin tahu akan apa sebenarnya yang berlaku serta situasi semasa amat menebal lantas terus menelefon Abang.  Sahih kereta Ayahnya telah hilang.  Laporan polis pun telah dilakukan.  Firasat mereka kuat mengatakan ini kerja orang-orang yang tinggal berhampiran kerana dalam dua minggu lepas set kunci kereta dan rumah tersebut pernah hilang.  Lagi pula, peti pos yang berkunci pun pernah dipecah.  Pastinya kerja manusia yang telah menjumpai kunci tersebut.

Mengapalah manusia sanggup melakukan kerja-kerja terkutuk begini ya?  Tenangkah hidup dengan hasil curi?  Cubalah bertukar tempat dengan mangsa, selamilah bagaimana sengsarannya mangsa ini tatkala barang dimiliki ghaib.  Ibu bapa Abang bukanlah orang yang senang.  Dah tak bekerja pun.  Kereta yang dimiliki bukanlah untuk bermegah-megah tetapi ianya satu keperluan.  Tinggal bertiga sahaja di rumah, jika ada sebarang kecemasan dengan kereta itulah mereka gunakan untuk bergerak.  Sudahlah ibu Abang sering ke hospital menjalani rawatan.

Ansuran pada bank pun belum lunas sebelumnya.  Bila dah berlaku begini, samada mahu atau tidak sebuah kereta lain harus jugalah dicari.  Pening mangsa.  Mana nak fikirkan masalah kehilangan kereta, sekarang nak fikir pula nak cari wang pendahuluan untuk membeli kereta baru.  Walhal bukan kereta baru pun, kereta terpakai sahaja.  Tidak berhati perut betullah manusia di akhir zaman ni.  Fikir senang diri atas kesengsaraan orang lain.  Bukan mahu menyumpah pencuri tetapi memang tidak selamatlah dia dunia akhirat.

Di sini mohon jasa baik rakan-rakan siber untuk memanjangkan berita ini dan sekiranya terserempak dengan KERETA KIA SPECTRA WARNA MAROON NO DAFTAR:  WKY 7376 harap laporkan pada pihak berkuasa.  Moga dengan sebaran ini, pesalah tidak akan terlepas dari melakukan kesengsaraan yang telah dilakukan.


nota:  harap Allah mengetahui hikmah di sebalik musibah ini....  

Wednesday, February 23, 2011

::Kecewa::

Pulang dari bertemu Abang tadi, baru terperasan potongan sebanyak 10% bagi yuran tol selepas jam 12 tengah malam telah dimansuhkan.  Sampai di rumah segera melayari internet, rupanya tawaran tersebut sehingga tahun 2010 sahaja.

Memang benar, 10% tidak memberi impak besar terutamanya seperti saya yang kerap menggunakan Tol Plus dari Jalan Duta ke Kota Damansara.  Tetapi jika kerap menggunakan lebuhraya, dapatlah juga penjimatan.  Saya kecewa tetapi adakah yang mendengar kekecewaan saya, hanya kerana isu 10 sen.   

Baru-baru ini Kerajaan mengumumkan berita yang diklasifikasikan sebagai berita baik buat rakyat Malaysia, tiada sebarang kenaikan pada tol.  Berita baik ke?  Maaf, ianya langsung tidak terkesan mahupun bangga dengan apa yang diumumkan.  Lainlah jika ada pengurangan pada kadar tol yang sememangnya membebankan.  Sudahlah perlu membayar tol, di Kuala Lumpur ini mana-mana lebuhraya pasti tidak lepas dari kesesakan lalu lintas yang maha hebat.  Membayar tol ibarat membayar masa yang terbuang di jalan.  Saya kecewa tetapi adakah yang mendengar kekecewaan saya, hanya kerana beban membayar tol.

Apa bezanya dengan tidak menaikkan harga tol, tetapi harga minyak mencanak naik?  Jangan persoal mengapa saya tidak menggunakan RON 95 kerana saya yakin ramai di luar sana telah dapat jawapan yang sewajarnya.  Khabar angin bertiup kencang, minyak akan naik lagi.  Kenaikkan yang entah kali berapa kurang dari tempoh setahun.  Syabas Kerajaan!!!  Kalau minyak tidak naik, prestasi negara pun tidak naik jugakan..  Saya kecewa tetapi adakah yang mendengar kekecewaan saya, hanya kerana saya memilih RON97.

Sana sini orang mula memperkatakan kemelesetan ekonomi akan berlaku tahun ini.  Dengan segala-galanya naik, tidak perlu tunggu kemelesetan ekonomi kerana secara dasarnya saya yakin penduduk Malaysia terutama di bandar telah mula mengalami kemelesetan kantung poket.  Saya kecewa tetapi adakah yang mendengar kekecewaan saya, hanya kerana barang semua naik tidak turun-turun.

Apa yang pasti saya kecewa yang teramat dengan apa yang berlaku.  Saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana ideologi retorik politik.  Saya tidak berminat dengan politik Malaysia.  Tetapi saya yakin apa yang saya rasai turut dirasai ribuan penduduk Malaysia yang lain di luar sana dan sekali lagi, apa yang boleh kami lakukan hanya dengan melontar perkataan "KECEWA".

Terima kasih Kerajaan Malaysia kerana berjaya membuat kami semua hidup di dalam keadaan serba kekurangan.  
nota:  kerana inilah MLM dan pinjaman Ah Long sentiasa berjaya...
  

::Langkawi 8::

Terlalu lama episod Langkawi tidak disambung.  Dari tahun lepas, kini Februari 2011 hampir menutup tirai, barulah ada masa untuk kembali bercerita.  Bagi sesiapa yang belum pernah membaca episod sebelum-sebelum ini, nanti di hujung entri saya bagi link yang telah sudah.

Secara jujur saya sendiri telah lupa di mana saya berhenti pada episod yang lalu.  Satu kerja pula terpaksa menggeledah kembali entri-entri 2010.  Ok, episod 7 saya berkongsi pengalaman kami di Gua Kelawar melalui pakej Kilim Geoforest Park.  Selepas meneroka Gua Kelawar kami semua menaiki bot yang telah sedia menanti untuk membawa kami semua ke Rumah Ikan.

Rumah Ikan ini diwujudkan bagi memberi peluang para pengunjung melihat sendiri dengan lebih dekat ikan-ikan yang boleh di dapat di Sungai Kilim.  Besar-besar ikan yang mereka bela.  Ada sejenis ikan, maaf tiada gambar atau nama boleh dikongsi di sini, sememangnya jinak.  Kita boleh memegangnya dan memberi makan tanpa perlu mencampak ke arah ikan tersebut.  Ada juga dua ketiga jenis ikan lain yang mempunyai gelagat tersendiri.  Jika mengambil pakej ini, jangan lupa singgah ke rumah ikan ini.  Bagi yang mempunyai anak-anak mereka pasti akan terhibur.

Berhampiran Rumah Ikan ini juga terdapat restoran terapung.  Kami tidak berhenti makan kerana telah terikat dengan pakej yang diambil.  Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba, sila beritahu pemandu bot awal-awal supaya mereka boleh mengira peruntukkan masa.  Seperti apa yang diperkatakan oleh pemandu bot kami, hidangan makanan di restoran terapung tersebut boleh tahan enak dan berpatutan harganya.  

 Antara yang sempat dirakam oleh lensa kamera kami

Selesai beriadah di rumah ikan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, meneroka keindahan hutan paya bakau (mangrove).  Pemandu bot yang kami dapat boleh dikatakan profesional juga walaupun usianya muda dari kami semua.  Sepanjang perjalanan, pemanduan bot di dalam kadar sederhana.  Tidak terlalu laju tidak terlalu perlahan.  Kami menikmati sepuasnya keindahan alam ciptaan Allah.

Ketenangan begitu mengulit jiwa.  Mata seolah tidak percaya akan ciptaan Yang Maha Kuasa.  Begitu takjub melihat ekosistem serta struktur geografi di sepanjang Sungai Kilim.  Hidupan yang mendiami persisiran sungai juga begitu lincah menyambut kedatangan para tetamu seperti kami.  Sewajarnya UNESCO mengiktiraf kawasan ini sebagai Geoforest Park  di bumi Asia Tenggara dan akan dilindungi.

 Gelagat kami di dalam bot

Antara pemandangan yang mendamaikan

Selain dari melihat keindahan alam, banyak juga yang dapat dipelajari.  Sebagai persediaan awal, sekali lagi saya menasihati supaya mendapatkan pemandu bot yang bermaklumat dan boleh menjawab segala pertanyaan yang diajukan.  Antara yang masih saya ingat ialah, Langkawi di beri nama sempena burung helang dan juga batu kawi yang banyak terdapat di sana.  Batu kawi ini bila jatuh ke dalam air, ianya akan terapung.  Sehingga hari ini Langkawi masih lagi menjadi industri Batu Kawi.   

Kami menghabiskan masa hampir setengah jam melihat panorama sekeliling sebelum bot mula memasuki kawasan Laut Andaman.  Kenapa kami memilih untuk melalui Laut Andaman?  Nanti saya bersambung di episod seterusnya ya... :)  Jika rajin boleh membaca entri-entri yang lepas!!

nota:  Terasa canggung apabila kembali menulis...



Monday, February 7, 2011

::Kembali ke Rutin::

Selamat pulang dari bercuti rakan-rakan!  Saya yakin cuti panjang yang lalu pasti banyak destinasi yang anda jengah baik dalam mahu pun luar negara.  Kalau tidak masakan lebuhraya utama mengalami kesesakan lalu lintas yang maha hebat.  Inilah keunikkan negara kita apabila perayaan kaum lain masih boleh dinikmati oleh kita yang bukan sebangsa.  

Hari ini ada yang kembali ke pejabat dengan pelbagai perasaan.  Ada yang malas, ada juga yang makin bersemangat untuk berhadapan dengan rutin harian.  Jika dicongak-congak, selepas ini cuti panjang yang berikutnya hanyalah pada  Hari Raya Aidilfitri.  Tak apalah, bekerja sudah menjadi satu tanggungjawab dan kewajiban kita semua.  Lagi pula apa yang diusahakan adalah rezeki yang halal.

Saya juga seperti rakan-rakan semua.  Awal pagi, badan masih terasa lemau.  Cuti panjanglah katakan.  Bila masuk ke tengahari barulah ada semangat sedikit untuk melihat segala apa yang telah tertunggak.  Walaupun belum 100% dibereskan tetapi tetaplah juga berjalan kerjanya.  Setelah hampir seminggu Media Rakyat (MR) tidak menemui pembaca, minggu ini MR kembali di pasaran.  Bergandalah kesibukkan kami semua.  Rutin mengejar deadline kembali semula.  Selagi jarum jam belum menyentuh angka tiga pagi, mata belum boleh ditutup.  Telah boleh membiasakan diri dengan keadaan ini :)

Nanti-nanti kita sambung kisah di sini jika ada kesempatan.  Selamat bekerja semula rakan-rakan!!


nota:  rutin harian yang semakin berubah         

Thursday, February 3, 2011

::Random entry::

No wonder am not in a good mood for the past few days.  Headache, backpain, feel dizzy etc.  PMS the answer for all this matter.  Those days, am quite good in monitoring the visit although its not that prompt but nowadays, always forgotten the cycle.  Am I too old?? hmm...last month am not facing any pain but this time,  urrggghhhh..........how am I going to share the pain?  I guess nobody should know how the pain is.  More worst when I have tonne of work need to be done and tomorrow will leaving KL for a while.  If this pain have not stop, I shall look for other alternative just to make sure it will not burden myself.  Maybe a jab for me, I guess.. :(

At this moment, fire crackers can hear from everywhere.  Get used with it but worry of new born in the house.  The sound will make his sleep interrupted.  Hope so he will 'in' with this environment.  Am taking this opportunity to wish all my Chinese friends, Happy Lunar Year of Rabbit!!!  This few days, no congested road in town.  KL peeps will enjoy driving all over the town without stuck in heavy traffic.  Wish to have peaceful driving everyday..weee....  

Should stop right now.  Need to pack stuff cause will start our journey early morning.  No determination to start packing due to my period pain but have to.  Hope to meet up here everyday but am pretty sure I will only be back after CNY..Enjoy your holiday peeps!!!!   

Wednesday, February 2, 2011

::Tidak Sihat::

Sepanjang Januari yang lalu, Alhamdulillah Allah mengurniakan kesihatan yang baik seolah memberi penunjuk positif kepada segala apa yang diusahakan.  Tetapi entah kenapa, hari ini tahap kesihatan mula menurun.  Dari malam semalam sakit kepala mula menyerang kemudian perut pula mula menunjukkan tahap mogok yang melampau.  Walaupun telah diisi tetapi tetap berbunyi-bunyi seolah tidak makan selama seminggu.  

Saat menaip entri ini, mata terpejam-pejam setiap selang lima minit.  Aduhai, seksanya sakit kepala yang sedang melanda.  Berpunca dari sakit kepala, habis badan juga menerima tempias.  Mohon Allah pulihkan segera, lusa sudah ada perancangan untuk keluar dari Kotaraya.  Secara jujur tidak larat hendak meneruskan, Insyaallah jika diberi keizinan dan kesihatan yang bernasur pulih, esok bolehlah mula berceloteh serba sedikit.  Doakan kesihatan saya kembali seperti sedia kala.



nota:  perlu melelapkan mata lebih awal dari biasa pada malam ini..