Followers

Saturday, February 26, 2011

::Rindu Terubat::

Seronok sangat malam ini.  Pasti tidur dibuai mimpi indah.  Baru lepas pulang bertentang mata dengan mereka yang saya sayang.  Sudah tentulah bersama teman baik saya Raja dan Fieza.  Sesiapa yang sering membaca nukilan saya, CPR itulah Raja.  Buat Fieza saya masih lagi tercari-cari nama gelaran buatnya.

Nak kata tinggal berjauhan tu tidaklah tetapi biasalah masing-masing mempunyai komitmen terutama CPR yang telah bersuami.  Jarang berjumpa, berhubung melalui telefon, kemaskini status masing-masing melalui Muka Buku, itu sahajalah yang mampu dilakukan bagi mengubat rindu yang membeku.  Tetapi kami tetap akur bahawa tiada siapa yang dapat menggantikan tempat antara satu sama lain.  Ikatan persahabatan yang terjalin hampir 15 tahun ini begitu mendalam kasih sayangnya.

Perjumpaan tanpa perancangan ini adalah saat yang kami bertiga nantikan.  Alhamdulillah, dapat juga kami meluangkan masa bersama walau seketika.  Jika ingin menyatakan kepuasan, memang tidak puaslah.  Apa sahaja yang dapat diborakkan dalam tempoh kurang dari 4 jam sedangkan terlalu banyak kisah suka duka yang dilalui selama beberapa bulan ini.  Andai masa dapat dihentikan, pasti kami akan menghentikannya seketika demi melepaskan kerinduan.

Terubat juga kerinduan di hati masing-masing.  Sambil makan sambil gelak.  Sambil mengunyah sambil berkongsi kisah.  Sambil meratah sambil mendengar.  Mujur makanan yang disua ke mulut boleh tahan enaknya dan ini menambahkan lagi momen indah.  We compliment each other!!  Secara jujur, bertuah memiliki mereka berdua di dalam hidup saya.

Tiba-tiba teringat kata-kata mereka berdua sewaktu makan tadi, kalau mereka tipu saya secara terang-terang pun saya akan percaya.  Ya, betul.  Bukan beerti saya lurus macam bendul tetapi saya langsung tidak menyimpan sebarang syak wasangka terhadap mereka berdua.  Antara kami tiada rahsia, tiada pembohong.  Itu yang pasti!!  


Tiada apa lagi yang saya harapkan, moga kami bertiga terus menjadi sahabat dunia akhirat.  Harapnya biarlah ikatan persahabatan ini akan berkekalan hingga ke anak cucu kami kelak.  Insyaallah...


CPR, Saya dan Fieza

nota:  looking forward for our next outing


      

No comments :

Post a Comment