Followers

Thursday, April 14, 2011

::Raja Buah::

Memang sedang musimlah sekarang ni.  Merata orang sibuk bercerita mengenai Raja Buah ni.  Dalam FB sendiri ramai yang muat naik gambar-gambar sedang menikmati durian.  Mujurlah saya bukan seorang yang fanatik, kalau tidak mahu terjebak sama.

Kenapa tidak suka saya sendiri tidak tahu.  Bukanlah tidak suka langsung cuma kalau makan setakat 2-3 ulas sahaja.  Itu pun kalau yang jenis durian kampung, kalaulah yang lain-lain macam D24, Musang King bagai memang seulas sahajalah jawabnya.

Dua minggu lepas berkesempatan ikut Abang balik kampung dia.  Serius, banyak gila durian.  Boleh dikatakan setiap rumah mesti berlonggok durian depan pintu.  Macam dah tak hairan diaorang buat.  Sekali tu, adalah bawa balik KL dalam beberapa biji.  Hasilnya, penangan bau durian sampai hari ini tak hilang-hilang.  Setiap kali masuk kereta harus kuatkan semangat hidung untuk mengambil bau yang menusuk.

Sampai ke satu tahap, memang pening kepala dibuatnya malah hampir muntah.  Aduhai, pelbagai petua telah dicuba tetapi tetap tidak mendatangkan hasil.  Agak-agak di luar sana ada petua lain tak selain dari roti, arang dan daun pandan?  Tak tahulah bila agaknya bauan tersebut boleh hilang secara total.

Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya hasil yang di bawa balik memuaskan hati ramai pihak.  Kalau di rumah ni, pastinya lah Buah Hati dengan Siti Cuty.  Penggemar durian yang tegar.  Bagi mereka yang selama ni asyik terliur mengenangkan Raja Buah ni, apa lagi inilah masanya.  Tak perlu susah-susah hendak mendapatkannya.  


nota:  Bila pula agaknya musim buah manggis ye?  Sedapnya....

 

No comments :

Post a Comment