Followers

Wednesday, May 25, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

For those who have not sign up, lets join. Nothing to loose, more to get I believe. Simple steps! To know more click the above link. I've become a member of ChurpChurp and it was great. Act fast for more rewards!!

Saturday, May 21, 2011

::Bersiaran dari luar::

Cadangnya hendak menyambung kerja tergendala tetapi itulah, bila sudah mula melayari internet...haram nak jalankan tanggungjawab.  Oh ye, saya berada di Kuala Pilah.  Kalau ikutkan badan belum sihat sepenuhnya tetapi dah beria-ia diajak, jalan sahajalah.  Mujur ada hotel, boleh saya rehat-rehatkan badan yang sengal mencucuk tulang.   Yang seronoknya, walaupun hotel bajet tetapi ada kemudahan WIFI dalam bilik.  Itu yang perhatian entah ke mana-mana.

Sedang sibuk-sibuk memainkan jari di muka telefon pintar, saya dikejutkan dengan email mengatakan ada tanah runtuh di Hulu Langat dan mangsa terlibat adalah anak-anak yatim.  Ya Allah, selamatkanlah adik-adik di rumah At-Taqwa itu!!  Permudahkan urusan mencari mangsa-mangsa tanah runtuh.  Sepantas kilat telefon Macho Man dan minta dia ke sana bersama jurugambar kami bagi mendapatkan berita.  Insyaallah, jika kami dapat cerita segalanya akan dikongsikan di dalam Media Rakyat keluaran akan datang.

Lupa pula, buat pertama kali saya menginap di hotel yang ada saluran Astro Ria.  Apa lagi, boleh saya menonton Akademi Fantasia malam ini, sambil-sambil menyambung mana yang patut.  Cuma saya rasa semakin tidak sihat pula.  Kenapa ye?  Tekak ni macam mencucuk peritnya.  Selsema pun semakin teruk.  Dah berkali-kali bersin.  Tolonglah, saya tidak mahu demam lagi :(

Sebentar tadi, melalui laman Twitter Pak Nil ada menyatakan hasil pungutan dari sms malam ini akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Hulu Langat.  Apa lagi, jom malam ini kita beramai-ramai AFUNDI Hazama (he....he...he...) banyak-banyak.  Tak sabar pula tunggu gambar-gambar bakal ditembak Fitrie di tempat kejadian.  

Ini sedang menonton Diari AF, aduhai...kenapalah Nera ni.  Macam tak layak sahaja menjadi peserta.  Bagaimana agaknya persembahan Nera malam ini.  Hmmm...saya tidak minat dia sebab dah jatuh hati pada Hazama.  Oklah, pusing-pusing cerita yang sama.  Bosan nanti yang membaca kelak.  Apa pun sebenarnya teruja dapat bersiaran di luar menggunakan khidmat WIFI yang disediakan pihak hotel..huh..huh..



nota:  sakitnya pinggang ni.  Bila nak baik pun tak tahu....  



::Membeli tanpa membelah::

Sebelum pergi lebih jauh, rakan-rakan perasan tak ada beberapa promosi beserta link yang ada pada entri-entri di bawah.  Promosi tersebut saya dapat dari Churp Churp.  Oleh kerana saya rasa ianya menarik buat anda semua mencuba, lalu saya muat naik di sini.  Harap maklum, saya tidak akan masukkan promosi-promosi tersebut sekiranya ia tidak begitu menarik dan kebanyakkan promosi tersebut saya tidak lepas peluang turut membeli sama.  Jadi jika rakan-rakan berminat, klik sahaja pada link yang ada disertakan.  Buatlah keputusan bijak dengan peluang penjimatan yang berganda-ganda itu.
##################################################################
 Baru pulang dari gedung kain antara terkemuka tanah air.  Bukanlah membeli belah cuma cari kain buat hari raya kelak.  Masuk sahaja berpinar-pinar mata.  Semua yang ada nampak cantik dan mulalah nafsu menguasai diri.  Kalau boleh semua mahu dimiliki.  Tetapi apa pun, haruslah kawal diri.  Beli banyak-banyak pun bukannya pakai.  Saya bukannya bekerja di pejabat seperti dahulu.

Semakin usia meningkat semakin matang membuat penilaian.  Tidak lagi seperti dahulu, asal nampak di mata terus tersangkut.  Haruslah diingat, saya mempunyai satu almari penuh baju kurung.  Setiap pasang boleh dikatakan kurang dari sepuluh kali tersarung di badan.  Ada yang berjaya menjadi tempat pengumpulan habuk.  Hendak diberikan pada orang sayang, tetapi jika bersangkut sahaja entah bila akan dipakai.  Ini semua gara-gara nafsu!!

Lebih kurang dua bulan lagi Ramadhan akan tiba.  Tatkala mengenang bulan penuh keberkatan itu, hati pasti berasa sayu.  Tak sabar pula menanti kedatangannya.  Setiap kali tiba setiap kali itu juga tidak pernah lupa memanjat kesyukuran kerana diberi peluang merasai kenikmatan Ramadhan.  Seronokkan!!

Alamak, termeleret ke mana pula.  Hmm...dah macam satu tren sekarang inikan bila setiap kali menjelang raya pasti ada tema.  Tahun ini kami sekeluarga ada juga tema tapi nanti-nantilah bercerita mengenainya.  Raya lambat lagi, rasanya tidak perlu untuk bercerita lanjut.  Kain dah ada, isunya sekarang tukang jahit.  Setiap tahun isu inilah menjadi satu masalah.  Setakat hari ini saya masih belum dapat tukang jahit yang berkenan di hati.  Ada yang bagus, jauhlah, mahallah.  Yang dekat-dekat kadang tak berapa menepati citarasa.  Silap-silap ada yang tak berhantar kain untuk dijahit.  Entahlah...



nota:  jiwa kacau...



 

Take a U-Turn and heal your body. Check #HeavenlyTouch deal out on #MilkADeal !

Take a U-Turn and heal your body. Check #HeavenlyTouch deal out on #MilkADeal !

Ok kawan-kawan. Ini satu lagi promosi menarik yang boleh anda semua rebut. Hanya RM48 untuk dapatkan servis macam-macam buat diri sendiri. Inilah masanya manjakan diri anda. Nak tahu lebih lanjut, klik pada link di atas!!

Friday, May 20, 2011

::Arrggghhh.... ::

I'm stuck.  Totally stuck!!!  and it sucked.  My brain does not compromise at all.  I have dead line to meet up, having some cliche problem here and there, my health is not that good... what else??  hmmm.....

Do feel bored sometimes.  How I wish to do more than I could.  Diary will be entering middle of the year and me keep on asking what are the achievement that I have made.  The answer is, NNNNOOOOO!!!! bbbboooo to myself.  Maybe I haven't share with other people but seriously I feel that I'm having some life crisis.  I guess so..My emotional up and down since last few months, lack of stability in what ever that I work on, facing few issues with some of my good friends, bla..bla..bla..bla...or am I creating some reasons to divert all the problems that I encounter.

Ok, its already Friday but I did not enjoy the coming of weekend.  The sparks of weekend have been subside.  Nobody cause it, I just feel that way.  Wish to turn my numbering from 31 to 13.  Than I will grab all the opportunity that being offered to me..ha..ha..ha..Yes I am in dreamland...zzzz!!!!



note:  Do not bother to read this entry, this is so 'merepek'!!!

Thursday, May 19, 2011

In need for a self loving session? Get a mani + pedi at #BeeBeeNail for RM35. #MilkADeal

In need for a self loving session? Get a mani + pedi at #BeeBeeNail for RM35. #MilkADeal

Our nails also need more care especially while we getting older. I buy this for myself also, so why don't you purchase it for yourself. Good price and really save your money...

Soft supple skin, is a sign of youth and health. Pamper at #JLdeBeauty today for RM29.90. #MilkADeal

Soft supple skin, is a sign of youth and health. Pamper at #JLdeBeauty today for RM29.90. #MilkADeal

Hey Ladies!!! Another great deal for us. Do not forget to grab the offer...

Wednesday, May 18, 2011

Can't go to Bali? Well, get a Balinese massage ANYWAY! #EmperorSpa is offering at RM68 from #MilkADeal

Can't go to Bali? Well, get a Balinese massage ANYWAY! #EmperorSpa is offering at RM68 from #MilkADeal

Jom klik pada link di atas. Peluang keemasan, harga ditawarkan berpatutan!! Bagi anda yang gemar ke spa rebut ia sebelum terlewat. Mengapa bayar lebih jika anda boleh berjimat?? Saya sendiri beli tau!!!

What's better than ending my night with a nice comfy bed? Tell #IKEABedroom your bedroom habits today!

What's better than ending my night with a nice comfy bed? Tell #IKEABedroom your bedroom habits today!

Wednesday, May 11, 2011

::Barang mahal wei!!::

Rungutan di sana sini.  Minyak naik lagi, gula naik, harga barang melambung tinggi tetapi kehidupan rakyat di takuk lama.  Entahlah, hendak salahkan siapa sebenarnya pun kita tidak tahu.  Tunding jari sana, balik ke diri sendiri.  Makanya pandai-pandailah untuk hidup di negara sendiri.

Takut sebenarnya megenangkan untung nasib diri serta keluarga kelak.  Hari ini sesiapa mendapat gaji RM3000 tidak beerti mewah.  Mahu atau tidak, kenalah suami isteri bekerja menampung kos hidup.  Tekanan hidup di bandar semakin ketara.  Sana sini memerlukan wang ringgit.  Saya masih ingat 20 tahun yang lalu, Arwah Mak hanya membawa RM10 untuk ke pasar malam bagi membeli keperluan dapur untuk seminggu.  

Berbekalkan RM10, macam-macam boleh dibeli sehinggakan cukuplah untuk membeli kudapan buat saya dan adik-adik.  Hari ini, dengan RM10 apa yang dapat dibeli di pasar malam?  Setakat untuk perut sendiri bolehlah.  GM sendiri memperuntukkan RM100 untuk barangan dapur rumah.  Dengan nilai tersebut, barangan yang dibeli di supermarket penuh satu troli.  Masih berbaki untuk menikmati KFC buat kami sekeluarga.

Saat ini jika nilai RM100 dibawa ke Giant contohnya, tidak sampai separuh barang di dalam troli yang boleh kita dapat.  Berbeza sangat-sangat.  Jika dengan gaji hari ini tetapi hidup pada 20 tahun kebelakangan, saya yakin rakyat Malaysia semuanya mewah belaka.  Kadar kemiskinan juga boleh mencapai angka sifar.  Tetapi itulah hakikat dan kita harus memandang ke hadapan.  Oleh itu wang di tangan juga melonjak ke hadapan dan semakin mengecil nilainya. 

Sebelum dihinggap demam panas hari tu, sempat jugalah saya menemankan GM membeli barangan rumah.  Biasalah dengan kapasiti tinggi penghuni rumah, satu troli tidak lagi mencukupi.  Sekurang-kurangnya dua troli untuk satu bulan.  Itu pun puas juga GM catu supaya tidak melebihi bajet ditangan.  Jangan tak tahu, walaupun penuh dua troli, tiap-tiap GM tetap juga mengunjungi Giant untuk menampung mana-mana yang kurang.  Dahsyatkan!!!

Kebiasaannya, jika membeli barangan rumah, peruntukan masa setengah hari diperlukan.  Yelah, mana hendak membelek barang, tilik harga lagi, semak kualiti barang makanan, beratur di kaunter pembayaran.  Tolak campur, lebih dari 4 jam jugalah.  Itu belum kira kalau bawa sekali buah hati pengarang jantung.  Seusia 4 tahun, dia sendiri pandai memilih barangan milik peribadi beserta barang makan untuk dirinya.  Kalau dia ambil kemudian kita keluarkan, sampai di rumah siapkan jawapan konkrit buat soalan yang bakal diusulkan.  Semuanya gara-gara barang yang telah diambil tetapi tidak dibawa pulang.

Hari yang sesuai pula pasti hujung minggu dan kebiasaannya adalah hari Sabtu.  Hari Sabtu pula adalah hari tanpa beg plastik.  Oleh kerana itu, tidak ramai memilih untuk berbelanja pada hari Sabtu dan pada hari Ahad pula, kaunter bayaran sudah semestinya sesak.  Jangan pula mengata yang kami tidak menyokong movement tersebut.  Tetapi jika dah penuh dua troli, agak 'kureng' jugalah andai tidak menggunakan bantuan beg plastik.

Entah macamana, timbul idea bernas (tidak pasti bernas atau tidak), GM menggunakan plastik sampah.  Beli segulung plastik sampah kemudian isi barang-barang dibeli ke dalamnya.  Jimat juga jika dibandingkan dengan 20sen bagi satu beg plastik.  Ada yang tersenyum-senyum melihat gelagat kami, tak kurang juga mengelengkan kepala.  Abaikan sahaja, lagi pula bukan mereka yang membayar barangan tersebut. he..he..he..  

Tahu tak berapa GM berbelanja?  Hampir RM700++.  Pengsan!!!  Paling tidak seingat saya, dalam tahun 2000 jika dengan nilai tersebut, barangan berkualiti boleh dimiliki.  Jenama makanan yang diimport dari luar negara, berbelanja di Cold Storage dan bukanlah di pasar besar Giant dengan mutu barangan berkadar biasa.  Aduhai, begitu jauh bezanya.  Dengan segala kenaikan saya jamin harga yang GM bayar bakal mencecah ribuan ringgit tidak lama lagi.

Kerana itulah saya katakan tadi.  Cakap pun susah, tak cakap pun susah.  Harapan sentiasa diletakkan supaya pihak berwajib melihat ke bawah isu sebegini.  Bukan sibuk untuk menjatuhkan antara satu sama lain.  Saya bukan ahli politik dan saya juga tidak menyokong mana-mana partai tetapi tolonglah memandang serius perkara ini kerana hakikat di mana-mana, rakyat semakin terhimpit dan tersepit.  

Antara hasil bagi dua troli.  Ini pun belum penuh lagi.  Hampir 15 minit juga di kaunter untuk selesaikan dua troli
 
 Antara yang telah dibungkus di dalam plastik sampah.. he..he..he..


nota:  Ini dah hampir susut barangan di rumah.  GM..ehem..ehem..
 

::Astro First::

Awal kemunculan, saya adalah antara yang bersikap pesemistik terhadap idea Astro First.  Antara difikirkan berkaitan periuk nasi pengusaha filem kerana bagi saya ia pasti membunuh jualan tiket wayang.  Ditambah pula bila melihat komen negetif dilontarkan ke atas usaha pihak Astro ini.

Sekarang sudah terbalik.  Saya pula makin seronok dengan adanya Astro First (AF).  Khabarnya pengusaha filem mendapat profit sharing hasil tayangan ini.  Patutlah mereka seolah tidak kisah untuk turut serta.  Buat keluarga besar, AF pastinya memberi keuntungan.  Yelah RM15 selama dua hari, semua ahli keluarga boleh menonton.  Jika hendak dipunggah semua ke panggung wayang, berapa pula belanja hendak dikeluarkan, dengan harga tiketnya, membeli kudapannya, bayaran tempat letak kereta lagi, duit minyak lagi dan macam-macamlah yang berkaitan.

Lagi pula rasa kesal sekiranya filem tersebut tidak menepati citarasa dapat dikurangkan.  Hanya suasana sebenar panggung sahaja yang tiada jika menonton AF.   Dalam kepala sudah merancang beberapa filem untuk dilanggan tetapi masih teragak-agak kerana kesuntukkan masa.  Rugi pula jika melanggan tetapi tidak berada di depan kaca televisyen.  

Moga melalui AF ini, pengusaha filem dapatlah cover kerugian sekiranya filem mereka gagal di pawagam.  Saya nak promosi lebih-lebih filem di dalam AF ni pun, bukan semua saya dah tengok.  Setakat Hikayat Merong Mahawangsa dengan Cun sahaja.  Itu pun saya jamin ramai bagi komen baik untuk kedua-dua filem ini.  Selamat melanggan Astro First kawan-kawan!!



nota:  Banyak filem menarik di pawagam sehingga penghujung bulan enam.  Larat dengan tak larat sahaja untuk menjengah 

Monday, May 9, 2011

Pertama di bulan 5

Lama tidak berbicara di sini.  Menziarah rakan-rakan pun melalui telefon pintar.  Sebulan juga rasanya diri ini terlantar sakit.  Sedaya mungkin melawan kesakitan, namun ada ketikanya tewas.  Alhamdulillah, segalanya semakin pulih cuma sakit 'itu' kekal sakit dan mungkin tiada ubatnya.  Mungkin Allah sedang menguji saya dengan dugaan berat ini.  Apa jua situasi, saya redha dengan ketentuan Illahi.

Ok, tak mahulah cerita-cerita sedih.  Yang sakitnya saya, maka bairlah saya menanggungnya sendiri.  Sedar tak sedar kita dah masuk minggu kedua bulan Mei.  Ya Allah, cepatnya masa berlalu.  Jam berputar ibarat sekilas pandangan, tup-tup esok menjelma.  Banyak sebenarnya ingin dikongsikan, tetapi seperti biasa...janji tinggal janji.  Saya bukan ditakdirkan untuk menjadi blogger tegar.  Segalanya saya lakukan sekadar suka-suka.  Kalau kata nak cari makan, minta maaf la ye.  Saya tidak sesuai!!!

Kini saya sudah ada akaun Twitter.  Sebenarnya sudah lama mendaftar cuma sejak terlantar di atas katil hari tu, barulah saya aktif guna pakai aplikasi tersebut.  Seronok juga terutamanya dapat beramah mesra dengan blogger yang taraf dewa-dewa.  Jika ada berminat untuk 'follow' saya boleh sahaja.  Bukan ada cerita menarik pun yang saya hidangkan di sana, cuma adalah sesekali membebel.  Cari beautyfullmaria tau!!!Manalah tahu, kita boleh memanjangkan tali silaturrahim di sana pula. 

Keadaan saya tidak mengizinkan diri ini untuk berlama di hadapan komputer riba comel ini.  Insyaallah jika ada kelapangan nanti, pasti saya kembali bersiaran dan berbicara.  Moga Allah memanjangkan usia kita semua supaya dapat bersua lagi kelak!!!
nota:  membebel tanpa hujung pangkal....