Followers

Wednesday, May 11, 2011

::Astro First::

Awal kemunculan, saya adalah antara yang bersikap pesemistik terhadap idea Astro First.  Antara difikirkan berkaitan periuk nasi pengusaha filem kerana bagi saya ia pasti membunuh jualan tiket wayang.  Ditambah pula bila melihat komen negetif dilontarkan ke atas usaha pihak Astro ini.

Sekarang sudah terbalik.  Saya pula makin seronok dengan adanya Astro First (AF).  Khabarnya pengusaha filem mendapat profit sharing hasil tayangan ini.  Patutlah mereka seolah tidak kisah untuk turut serta.  Buat keluarga besar, AF pastinya memberi keuntungan.  Yelah RM15 selama dua hari, semua ahli keluarga boleh menonton.  Jika hendak dipunggah semua ke panggung wayang, berapa pula belanja hendak dikeluarkan, dengan harga tiketnya, membeli kudapannya, bayaran tempat letak kereta lagi, duit minyak lagi dan macam-macamlah yang berkaitan.

Lagi pula rasa kesal sekiranya filem tersebut tidak menepati citarasa dapat dikurangkan.  Hanya suasana sebenar panggung sahaja yang tiada jika menonton AF.   Dalam kepala sudah merancang beberapa filem untuk dilanggan tetapi masih teragak-agak kerana kesuntukkan masa.  Rugi pula jika melanggan tetapi tidak berada di depan kaca televisyen.  

Moga melalui AF ini, pengusaha filem dapatlah cover kerugian sekiranya filem mereka gagal di pawagam.  Saya nak promosi lebih-lebih filem di dalam AF ni pun, bukan semua saya dah tengok.  Setakat Hikayat Merong Mahawangsa dengan Cun sahaja.  Itu pun saya jamin ramai bagi komen baik untuk kedua-dua filem ini.  Selamat melanggan Astro First kawan-kawan!!



nota:  Banyak filem menarik di pawagam sehingga penghujung bulan enam.  Larat dengan tak larat sahaja untuk menjengah 

No comments :

Post a Comment