Followers

Saturday, May 21, 2011

::Membeli tanpa membelah::

Sebelum pergi lebih jauh, rakan-rakan perasan tak ada beberapa promosi beserta link yang ada pada entri-entri di bawah.  Promosi tersebut saya dapat dari Churp Churp.  Oleh kerana saya rasa ianya menarik buat anda semua mencuba, lalu saya muat naik di sini.  Harap maklum, saya tidak akan masukkan promosi-promosi tersebut sekiranya ia tidak begitu menarik dan kebanyakkan promosi tersebut saya tidak lepas peluang turut membeli sama.  Jadi jika rakan-rakan berminat, klik sahaja pada link yang ada disertakan.  Buatlah keputusan bijak dengan peluang penjimatan yang berganda-ganda itu.
##################################################################
 Baru pulang dari gedung kain antara terkemuka tanah air.  Bukanlah membeli belah cuma cari kain buat hari raya kelak.  Masuk sahaja berpinar-pinar mata.  Semua yang ada nampak cantik dan mulalah nafsu menguasai diri.  Kalau boleh semua mahu dimiliki.  Tetapi apa pun, haruslah kawal diri.  Beli banyak-banyak pun bukannya pakai.  Saya bukannya bekerja di pejabat seperti dahulu.

Semakin usia meningkat semakin matang membuat penilaian.  Tidak lagi seperti dahulu, asal nampak di mata terus tersangkut.  Haruslah diingat, saya mempunyai satu almari penuh baju kurung.  Setiap pasang boleh dikatakan kurang dari sepuluh kali tersarung di badan.  Ada yang berjaya menjadi tempat pengumpulan habuk.  Hendak diberikan pada orang sayang, tetapi jika bersangkut sahaja entah bila akan dipakai.  Ini semua gara-gara nafsu!!

Lebih kurang dua bulan lagi Ramadhan akan tiba.  Tatkala mengenang bulan penuh keberkatan itu, hati pasti berasa sayu.  Tak sabar pula menanti kedatangannya.  Setiap kali tiba setiap kali itu juga tidak pernah lupa memanjat kesyukuran kerana diberi peluang merasai kenikmatan Ramadhan.  Seronokkan!!

Alamak, termeleret ke mana pula.  Hmm...dah macam satu tren sekarang inikan bila setiap kali menjelang raya pasti ada tema.  Tahun ini kami sekeluarga ada juga tema tapi nanti-nantilah bercerita mengenainya.  Raya lambat lagi, rasanya tidak perlu untuk bercerita lanjut.  Kain dah ada, isunya sekarang tukang jahit.  Setiap tahun isu inilah menjadi satu masalah.  Setakat hari ini saya masih belum dapat tukang jahit yang berkenan di hati.  Ada yang bagus, jauhlah, mahallah.  Yang dekat-dekat kadang tak berapa menepati citarasa.  Silap-silap ada yang tak berhantar kain untuk dijahit.  Entahlah...



nota:  jiwa kacau...



 

No comments :

Post a Comment