Followers

Thursday, June 30, 2011

::I Luv Clothez::

Maaf tiada sebarang cerita baru selepas entri lepas.  Agak sibuk sedikit dengan tugasan.  Di kesempatan ini saya ingin mengajak rakan-rakan menjenguk ke Virtual Shoppe saya di I Luv Clothez.  Mana tahu ada terberkenan ke..  Bagi yang tertanya-tanya, saya dan adik-adik punya kedai online tetapi atas sebab musabab, kami berhenti seketika.  Alhamdulillah sebelum ini mendapat sambutan menggalakan.  Harap dengan pembukaan semula Virtual Shoppe ini, akan bertambah ramai pembeli-pembeli kami.  Jangan lupa ye singgah di 

Wednesday, June 29, 2011

Salam Pagi Rabu

Salam dan Nota Ringkas Pagi ini:sedang bergelut dengan Buah Hati pengarang jantung.Tak nak pergi sekolah hari ni.Aduyai!!! "Kenapa sayang??" Nanti ada juga pergaduhan meletus nih!! Bila budak tak bijak kita risau tapi bila dah terlebih bijak,sepatah kata kita berpuluh patah dia dah siapkan ayat-ayat pun payah juga..he..he..Masih berusaha memujuk manalah tahu tergerak hati untuk ke sekolahkan..Sudahlah memang rutin saya menyiapkan dia sekaligus menghantar ke sekolah. Nanti saya beritahu ye sama ada berjaya melembutkan hati Buah Hati ni!!

Tuesday, June 28, 2011

::Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!::

Kumpulan NGO telah menyeru ahlinya untuk tidak membayar bil Astro selama 3 bulan. Dalam erti kata lain, kita digiat untuk memboikot Astro. Yelah, baru-baru ini isu kenaikkan yuran langganan menjadi perhatian sehingga hangat dibincangkan di Parlimen. Sehingga hari ini, Kerajaan tidak meluluskan kenaikkan harga langganan tetapi Astro seolah tidak mengendahkan perintah tersebut. Saya sendiri telah mendapat surat dari Astro berkenaan kenaikkan harga mulai bulan depan.

Wajar ke untuk kita boikot Astro? Bila difikir-fikirkan ada baiknya juga. Bukan apa ini sebagai peringatan kepada stesen TV berbayar tersebut untuk tidak terlalu bersikap mementingkan keuntungan. Inilah akibatnya apabila Astro telah memonopoli pasaran. Malahan Astro menggunakan pelbagai taktik supaya siaran TV tidak berbayar tidak mampu bersaing dengan mereka.

Cuba tanya diri sendiri, boleh ke kita hidup tanpa adanya Astro? Entah, saya sendiri tidak dapat memberikan jawapan kerana saya dan TV tidak dapat dipisahkan. Separuh hari saya berada di hadapan peti ajaib tersebut. Bagaimana agaknya jika tiada Astro? Tetapi, untuk kebaikan bersama dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej kepada pihak Astro untuk tidak mementingkan diri, apa salahnya. Sebagai pengguna kita harus mempertahankan hak apatah lagi Kerajaan tidak meluluskan kenaikkan harga tersebut.

Kita nantikan sahaja perkembangan mengenai protes ini. Rakan-rakan boleh baca mengenai isu boikot Astro ini di laman web mynews hub atau klik sahaja di link ini --->Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan! dan buatlah keputusan bijak. Nyatakan pendirian anda mengenai isu ini!!!

Cuma saya terfikir, sekiranya Astro telah dipotong, bila mohon sambungan semula tambahan RM20 akan dikenakan..he..he..he...nampaknya selepas ini mungkin kita boleh mempertimbangkan langganan Unifi atau pun kembali seperti dahulu, menggunakan aeriel. Penjual DVD pun boleh kembali tersenyum...
nota:  Berbaloi ke melanggan Unifi TV??



Selamat Pagi

Salam..pagi-pagi perut dah buat hal.Rasa macam memintal-mintal,entah mana silapnya.Nak kata silap makan, rasanya tidak!!Ada-ada sahaja...Kejap-kejap masuk tandas,fuhh!!!Boleh tahan isi perut yang keluar... Nanti ada masa sambung lagi.... via I-Phone

::Entri saja-saja::

Sekejap menaip, sekejap padam.  Itulah aktiviti sejak dari satu jam lalu.  Jiwa kacau sebenarnya, terlalu banyak harus difikirkan.  Cuba juga untuk lelapkan mata, tetapi makin dipaksa makin buntang biji mata.  Baru sebentar tadi melayan ulangan Maharaja Lawak peringkat akhir.  Tak jemu walau telah menonton berulang kali.  

Program ini yang sebenarnya melalui satu fenomena.  Bayangkan, peratusan penonton naik mencanak sehinggakan tiga kali bersiaran di luar, setiap kali itu juga tempat duduk penuh.  Penanda aras dunia komedi tanahair tidak akan lenyap.  Hebatnya Maharaja Lawak, budak seusia 2 tahun telah menjadi pengikut setia program ini.  

Semalam, saya berada di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).  Apa saya buat di sana nanti saya kongsikan.  Cumanya waktu dalam perjalanan menuju ke KLCC, ada sekumpulan wanita dan lelaki dewasa asyik membincangkan mengenai peringkat akhir Maharaja Lawak.  Saya mendengar sambil lalu disebelah mereka.  Kiranya macam curi dengar jugalah!!


Bukan setakat itu sahaja, sebelum masuk ke dalam perut KLCC saya terdesak untuk membuang air kecil.  Kelam kabut mencari tandas dan bila saya lalu untuk ke pintu tandas, sekumpulan anak gadis hebat berbicara mengenai perkara sama.  Saya tersenyum sendiri dan terus memasuki tandas.  Agak lama juga saya berada di dalam, kemudian bila saya keluar dari tandas. adik-adik tersebut semakin rancak berbual mengenai Maharaja Lawak.


Inilah bukti fenomena.  Lewat kebelakangan ini, di mana sahaja berada kisah Maharaja Lawak akan memukul gegendang telinga.  Sesiapa tak suka boleh sahaja tutup telinga.  Eh, kenapa berbicara mengenai perkara yang telah diutarakan.  Ha, inilah tandanya kepala entah ke mana-mana.

Okay, nak bergolek-golek di atas hamparan katil.  Manalah tahu mata boleh terpejam sehingga esok.  Dapatlah lupa seketika kemelut sedang melanda....



nota:  kalau ada rezeki adalah.... 

  

Monday, June 27, 2011

::Di alam kenangan::

Sedang menonton rancangan Malar Segar di RTM.  Lagu-lagu di era 80-an dan 90-an.  Orang kata zaman rock kapak.  Saya menonton kerana ingin menonton adik Abang, Ina menyanyi.  Beri sokonganlah katakan.  Semenjak melanggan siaran TV berbayar, agak jarang-jarang menonton TV1 (eksyenkan!!)  Hanya buka jika Ina ada buat persembahan.

Tapi rancangan ini benar-benar mengimbau kenangan.  Saya membesar dengan lagu-lagu sebegini. Begitu dekat dengan hati dan jiwa.  Ini baru boleh dikatakan "Andai Dapat Ku Undurkan Masa".  Dek kerana mendengarkan lagu sebegini, hati saya dihambat kerinduan amat sangat.  Saya mencari-cari orang itu.  Seorang yang juga menyumbang ke arah kematangan di dalam diri saya.


Tertanya-tanya, tidakkah dia mengingati saya, seorang teman yang pernah berkongsi zaman remaja bersama?  Selepas usia 18 menjengah, sejurus itu juga tiada lagi sebarang jalinan.  Ya, di saat ini saya rindukan segalanya.  Apa pun, saya doakan dia bahagia dengan kehidupan sekarang.  Jika pernah terdetik di hati, yang dipohon janganlah lupakan kenangan bersama :)

Malam ini, tidur berteman segala kenangan yang ingin saya selongkar di peti memori!!



nota:  wajarkah meneruskan pencarian???
 

::Salam Isnin::

Kita punya jalan cerita berbeza.  Masing-masing dengan rentak tersendiri.  Jika pernah bertemu titik persamaan, langkah setapak ke hadapan pasti jalan lain akan dirintis.  Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam dan suratan rezeki sememangnya telah tertulis.  Orang ini rezekinya begini, orang itu rezekinya begitu. 

Saya sememangnya cemburu tatkala melihat kejayaan orang sana, orang sini.  Selalu bertanya bila agaknya hendak menjadi seperti mereka.  Tatkala itu, lelah terasa menusuk dada apabila membandingkan diri dengan individu berjaya.  Ibarat langit dan bumi bezanya.  Namun segera saya tersentak apabila sedar liku jalanan kita berbeza.  Jadi biarlah sahaja mencemburui mereka-mereka itu dengan aura positif, manalah tahu satu hari kelak saya pula bakal merangkul kegemilangan.

Kerana itu saya tidak faham apabila ada sesetengah individu menggunakan akal pendek  sanggup menikam belakang waima saudara sendiri.  Perlu ke?  Kita lihat dia mewah, dia bahagia, tahukah kita pula bagaimana dia mengharungi kepayahan hidup sebelum berada di tempat itu?  Kita tampak dia sempurna, segala apa dilalui indah belaka, tapi tahukah kita tiada siapa sempurna di dunia dan mungkin keindahan hidup dikecapi mungkin satu cabaran dan dugaan Allah turunkan buat dia?

Kesimpulannya, kita tidak tahu luaran dan dalaman seseorang itu.  Oleh itu janganlah kita sesuka hati menyakiti mereka dengan sifat buruk kita yang dikuasai Syaitan.  Kadangkala dengan sepatah perkataan keluar dari mulut, ibarat sembilu tajam menusuk ke jantung.  Meski berjaya dikeluarkan kelak, bisa tetap tinggal.  Tatkala itu, segalanya bakal berubah dan kita adalah antara penyumbang utama.


Payah sebenarnya bergelar manusia tetapi itulah cabaran buat khalifah dunia yang Allah turunkan.  Kalau jadi binatang pun susah juga ya.  Tak ada yang mudah di dunia.  Tetapi jangan kita berakal ini menjatuhkan taraf pemikiran seperti haiwan pula kerana mereka juga tahu erti kasih sayang sesama sendiri, inikan kita manusia.  Fikirkanlah...

Selamat memulakan minggu baru!!!!


nota:  berhentilah menyakiti..... 

  


Saturday, June 25, 2011

::Tahniah Sepah::

Umum dah tahu siapa Maharaja Lawak, siapa lagi kalau bukan Kumpulan Sepah.  Tahniah buah trio Sepah dan mereka sememangnya layak menjulang takhta Maharaja Lawak berdasarkan konsistensi ditunjukkan sepanjang pertandingan.  Malah mereka nampak begitu outstanding pada malam akhir tadi.

Rezeki bakal anak Sarah Raisudin membawa tuah kepada Sepah malam ini.  Sejak dari pusingan pertama lagi sudah menjangka Sepah bakal mengukir sejarah apabila melihat pesaing mereka tidak begitu menonjol pada pusingan tersebut.  Lawak pecah panggung dari Sepah memang menjadi malam ini.

Jozan berjaya muncul naib johan juga tidak kurang hebat cuma pada pusingan pertama persembahan mereka nampak perlahan.  Hanya pada pusingan kedua Jozan all-out tetapi agak terlambat barangkali kerana hati penonton telah tertambat pada Sepah.  Ramai menjangkakan mereka bakal juara, tetapi tersasar sedikit :)

Saya suka Nabil dan sedikit bias tetapi bukan senang ye untuk berada di pentas berseorangan.  Nabil ternyata berjaya membuktikan gelaran raja lawak pernah disandang bukan gelaran kosong.  Lawak menjadi dan saya suka cuma bukan rezeki dia untuk menjadi Maharaja.  Apa pun Nabil bawa balik hadiah RM150,000 untuk diri sendiri.  Tak perlu kongsi-kongsi.  Tapi jika dikira-kira setiap individu membawa pulang RM100,00++ kecuali kumpulan Jambu.

Tahniahlah buat mereka semua.  Selepas ini mesti kita rindu untuk kelam kabut duduk di depan televisyen setiap Jumaat malam.  Kalau saya dapat gambar dari jurugambar Media Rakyat nanti saya kongsikan di sini.  Tapi tak janji!! :)
nota:  Tekaan amat tepat...

  

Friday, June 24, 2011

::Sementara Menanti::

Saat ini pasti ramai dah berkumpul di hadapan peti televisyen.  Kurang dari 30 minit program Maharaja Lawak peringkat akhir akan bersiaran.  Masing-masing dengan telahan siapa bakal menjadi juara.  Saya sendiri tidak pasti tetapi kuat mengatakan antara Jozan dan Sepah walaupun sebenarnya minat sangat dengan Nabil.

Sambil tunggu Maharaja Lawak, cuba-cuba curah nukilan rasa di sini.  Tak tahu sama ada berkualiti atau tidak sebabnya tiada motif.  Kepala pula tiba-tiba pening, akibat tak makan nasi dari siang barangkali :(

Berbalik ke Maharaja Lawak, respek dengan pelawak-pelawak ini kerana gigih memerah idea bagi membuat orang ketawa.  Dah Allah kurniakan kelebihan kepada mereka, itu yang gigih menghiburkan ramai orang.  Bagaimana rupa bentuk persembahan mereka?  Nantikan sahaja dalam sedikit masa lagi.  Selama 12 minggu mereka semua bertarungkan, hari ini kita bakal menyaksikan siapa akan dimahkota sebagai Maharaja.

Sekarang ini sedang menonton Kilauan Emas.  Hmm...entahlah, tertanya-tanya perlu ke program ini?  Okaylah, I reserve my comment on this programme.  Tapi setakat waktu ini, rasanya saya tidak akan menjadi pengikut setia rancangan ini.  Jaguh Kampung lagi best  ditambah pula dengan kehadiran Kak Ogy yang saya amat minati sejak dari dulu hingga hari ini. 

Apa-apalah Astro asal jangan naikkan harga yuran bulanan sudahlah.  Ini pun dah terasa mahal semenjak pelanggan kena tanggung cukai, kalau naik lagi tak tahulah samada hendak terus melanggan atau tidak.  Tapi hari tu tak sempat menonton Karak di panggung, rasa macam nak ambil pun ada.  Tengoklah macamana nanti, takut bila ambil tak ada masa untuk menonton.  Terus rugi!!

Okay, jom tukar ke siaran 132 dan saksikan siapa bakal mencatat sejarah malam ini.


nota:  kenapa mata boleh mengantuk pula ni??!!




::Langkawi 11::

Hari keempat juga hari terakhir kami berada di bumi Langkawi, tidak lagi bangun pagi secara tergesa-gesa.  Hampir tamat agenda di sana, yang tinggal hanyalah Dataran Lang dan membeli belah di Pekan Kuah.  Agak lewat juga kami bangun, lebih kurang jam 9.00 macam tu.  Sarapan pagi pun di bilik sahaja.  

Puas melepak di waktu pagi, semua bersiap untuk menuju ke Dataran Lang.  Monumen wajib jika berkunjung ke Langkawi.  Pada tahun 2004, kami tidak sempat ke sini sebab masa terlalu suntuk.  Kira ini pertama kalilah buat saya dan Abang.  Berjalan sebentar sambil bergambar untuk tanda kenangan.  Puas meneroka, naik semula kereta dan menghala ke Pekan Kuah.  Shopping Time!!!!

Dari jauh dah nampak lambang kemegahan bumi Langkawi 

Ambil gambar sendiri macam nilah gayanya.  Tak sempurna!! Yang lain-lain sibuk bergambar, kitaorang pun tangkap-tangkap sendiri

Bergambar bersama Ejump sekeluarga.  Baju kelabu tu memang sinonim dengan makanan

Bergambar sekeluarga.  Minta tolong orang yang berada di situ.  Sekali hulur sampai 3 biji kamera.  Terima kasih ye bantu kami

Budak comel ni memang susah nak ambil gambar dia.  Selalu jual mahal!!!

Ha, cuba tengok comel tak?  Nak booking, tanya mama dia ye..he..he..he..


Datang Langkawi kali ini melalui udara, jadi tidak tempuh langsung jeti Kuah.  Nampak dah berubah dari lama

Tapi tidak ghairah mana pun kami berbelanja.  Saya beli bekalan coklat untuk rumah, Abang pun beli lebih kurang sahaja coklat.  Kemudian cari baju-t untuk budak-budak dan saya ada membeli kain sarung buat kami perempuan di rumah untuk dipakai pagi raya.  Tidak semeriah waktu berbelanja di tahun 2004.  Yang pasti harga barang semua naik dan begitu terasa.  

Tak banyak mana pun coklat, telah mencecah ke angka ratusan.  Kalau tidak silap dalam 6 tahun lepas, beria saya memborong coklat, harga tak semahal mana.  Terasa betul barang mahal di mana-mana sahaja.  Memandangkan harga barangan boleh tahan, saya membatalkan niat untuk beria-ia membeli.  

 Godek-godek album Langkawi, memang tak ada langsung gambar di Pekan Kuah.  Nampak sangat masing-masing sibuk berbelanja.  Hanya sekeping ini sahaja ada buat 
tatapan dan kenangan

Lebih kurang satu jam lebih masa diperuntukkan, selesai sahaja terus pulang ke penginapan.  Siap-siap berkemas, penerbangan pulang jam 5.30 petang.  Paling lewat kena tiba di lapangan terbang jam 4.00 petang.  Mula-mula bercadang tidak mahu terburu-buru tetapi Husin boleh pula usulkan untuk menikmati Laksa Power sebelum pulang.  Terus badan mengigil nakkan laksa tersebut.  Apa lagi, terus kemas bag dan bersiap.  Check-in beg awal di lapangan terbang lepas tu ke gerai Laksa Power.  

Selesai check-in barang, lebih kurang jam 4.00 petang macam tu.  Ingatkan sempatlah bawa Ejump dengan Nova ke Pantai Pasir Hitam, tapi sayang masa tidak mengizinkan.  Mungkin nak suruh kami datang lagi ke Langkawi.  Maka terus sahaja ke Laksa Power di belakang kawasan lapangan terbang.  Sampai sana hujan, cuaca macam sedih je.  Saya lagi sedih untuk meninggalkan bumi keramat.  Entahlah, hati telah tertambat di Langkawi!!  Rasa macam tiap-tiap tahun hendak ke sana.

 Dalam banyak-banyak gambar, saya paling suka gambar ini.  Saat-saat terakhir sebelum kami memulang kereta.  Menggunakan self-timer dari kamera saya.  
Comelkan kami semua??!!  ha..ha..ha..

Saya dan Abang pulang berasingan dengan mereka semua.  Kami menaiki Firefly, diaorang Air Asia.  Perbezaan penerbangan lebih kurang 15 minit macam tu, tetapi kami lebih awal.  Boleh pula selesai makan, dan nak sampai di airport, Husin kata telefon bimbit dia tertinggal di tempat penginapan.  Dia dah check dengan pihak hotel dan memang ada.  Lantas dia bercadang mahu patah balik ke sana.  Kerja gila namanya sebab penerbangan dia akan bertolak kurang dari setengah jam lagi sedangkan tempat penginapan tersebut mengambil masa 15 minit perjalanan dari lapangan terbang.

Tapi dia berkeras juga mahu patah balik.  Lima minit selepas dia pergi, panggilan masuk untuk saya dan Abang.  Risau gila kami semua, terutama isteri Husin.  Saya sempat berpesan pada Ejump sekiranya diaorag dah panggil masuk dan Husin tak sampai lagi, terus beritahu pihak Air Asia ada kawan dalam perjalanan dan dia dah check-in cuma ada sedikit kesulitan.  Berkali-kali saya berpesan dan berdoa moga Husin sempat tiba semula.

Kami berlepas tanpa tahu keadaan mereka yang tinggal.  Sampai sahaja di Subang saya minta Abang terus menelefon Ejump, manalah tahu sekiranya penerbangan mereka lewat ke.  Alhamdulillah, penerbangan mereka lewat lebih dari satu jam dan Husin sempat.  Sewaktu kami menelefon, kiranya diaorang baru hendak menaiki kapal terbang.  Fuuhhh!!! Lega rasanya.  Yelah, pergi sama-sama, seronok sama-sama, takkan bila hal macam tu kita nak lepas tangan pulakan.

 Masa untuk pulang!!  Langkawi, kami pasti datang kembali!!!

Apa pun, semuanya berjalan lancar.  Sebuah lagi memori indah terukir dan saya bersyukur di beri kesempatan sekali lagi ke sana bersama teman-teman begitu menyenangkan.  Jika ada rezeki lagi, Insyaallah kami akan sampai.  Terhutang budi dengan Ejump, Nova, Husin dan isteri atas pengalaman bersama untuk masing-masing abadikan sebagai kenangan terindah.

Alhamdulillah, akhirnya habis juga siri Langkawi ini saya khatamkan, walaupun sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsikan di sini.  Tak apalah, biarlah kami yang merasai kenang segala apa dilalui sepanjang di sana.  Terima kasih pada yang sudi membaca dan berkongsi segala keseronokkan walau hanya melalui medium dunia tanpa sempadan.  

Cerita penuh episod Langkawi ini boleh juga diikuti di entri-entri lepas:




nota:  lepas ni tak mahulah buat entri berepisod.  Susahkan...lainlah kalau saya konsisten 


Touch ur elbows, does it feel like elephant skin? Get a quick fix, today! At #BeautyCentury. #MilkADeal

Touch ur elbows, does it feel like elephant skin? Get a quick fix, today! At #BeautyCentury. #MilkADeal

If there's any chance for us to have flawless skin and moist without need to spend more $$$$ why don't yea?? My own experience, I spend a lot just to avoid scaly legs but it doesn't work at all. Apply few lotion from various brands still not 100% results. Lame advice, "you need more water"!! The truth is I'm getting older which nothing can fix on this matter. So, maybe this will able to help me. Why don't we give a try. Learn more by clicking the link provided. Great deal on Friday!! Blessing Friday guys!!!

::Hatiku Milikmu - Nera AF9::

Semenjak dua menjak ni, kerap melayan lagu-lagu menyentuh perasaan.  Pantang ada lagu baru yang sedap bermain di halwa telinga, terus serbu You Tube untuk mendengar sepuas-puasnya.  Selepas Stacy hari tu, kali ini lagu Nera AF9 pula sering berlagu di dalam hati, walaupun saya tidak minat Nera langsung.  Maaf ye Nera!!

Ok jom kita dengar lagu ini dan dengan ikhlas saya sertakan lirik lagu seperti biasa :) 

HATIKU MILIKMU
Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan
Diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberi ku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuat ku terpaku

c/o Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hati ku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

 Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu  milikku jua
Sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidup ku ini

ulang c/o

Berkorban telah
Dilanda badai 
Gelora cinta
Mengucap jiwaku
Untuk mencari
Daratan yang damai
Oh Cintaku

ulang c/o


Pada sesiapa yang meminati lagu ini, ternyata kita sehaluan rasa..he..he..he..selamat mendengar dan menghayati lagu ini!!!


nota: melalui laman Twitter Kak Mya kata lagu ni macam lagu Ziana Zain, Dingin.  Adalah sikit-skit bila dah dengar berulang kali

::Bersedekah atau Tidak??::

Sedekah amalan mulia di samping dapat mencuci dosa.  Siapa tak tahu tu agak pelik gayanya.  Tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima, tetapi biarlah dengan rasa ikhlas dari hati nurani.  Betul tak?

Rasanya rakan-rakan mesti biasakan bila sedang makan, ada yang menadah tangan mohon derma.  Hilang akal namanya kalau tidak terdetik rasa simpati, dia pun kalau mampu takkan buat kerja-kerja meminta sebegitu.  Cuma apa yang menjengkel bila orang datang minta derma dipimpin oleh individu begitu sihat walafiat.  Tak ada sebarang kecacatan boleh dikesan, melainkan bisu dan pekak.

Dari rasa ikhlas nak menghulur terus hati berkata-kata, jujurkah mereka ini?  Yelah, orang yang memimpin mesti mendapat habuan bukan.  Satu meja katalah RM1.  50 meja satu malam bersamaan RM50, darab pula dengan katalah 20 hari tidakkah bersamaan dengan RM1,000.  Dengan nilai sebesar itu, takkan yang memimpin hanya bekerja kosong sahaja.  

Malah, sudah menjadi satu trend pula, sihat memimpin yang kurang sempurna.  Bila kita menolak untuk menghulur bantuan, bukan main beria lagi yang sihat bugar itu menjeling.  Seolah kita melakukan kesalahan besar.  Itu baru seorang datang, kemudian makin lama makin ramai akan hadir dan menagih derma.  Kesemua mereka menggunakan trend yang sama.  

Saya tidak kisah, malah GP selalu kata duit yang ada pada kita bukan hak milik mutlak, ada sebahagian di dalam genggaman kita merupakan milik orang lain kerana itu jangan rasa beban apabila menghulur bantuan.  Tapi mana boleh tahan, jika sepanjang 1 jam duduk di situ, setiap 15-20 minit pasti ada sahaja orang baru datang dan mohon derma.

Kerana itu saya hanya akan menghulur duit sekiranya yang datang meminta memang benar-benar hilang upaya.  Jika mereka hulur tisu, saya ambil seolah saya membeli tisu tersebut.  Jadinya mereka bukanlan peminta sedekah tetapi penjual tisu walaupun tisu tersebut memang mahallah jika nak dibandingkan dari harga biasa.

Cuma saya tidak akan menghulurkan walau sesen pun kepada budak-budak bangsa asing yang bertudung, pimpin tangan adik kecil kemudian meminta sedekah.  Jika tidak diberi budak tersebut naik angin.  Bukan saya zalim mahupun tidak berperikemanusiaan, tetapi saya tahu mereka didalangi sindiket pengemis.   Mereka penat meminta sedekah, orang lain mengaut keuntungan.

Pernah terjadi sewaktu makan di Ampang kami didatangi seorang budak perempuan memakai tudung.  Dia tunjukkan sekeping surat mengatakan dia lari dari negaranya yang kucar kacir dan kerajaan Malaysia meluluskan untuk mengutip derma.  Bila ditanya budak tersebut tidak mahu bercakap sepatah perkataan pun.  Mohon untuk pegang surat yang ditunjuk juga tidak dibenarkan.

Saya mula syak mereka ini orang suruhan sementelah restoran di Ampang itu sering dikunjungi golongan berada.  Bila saya menolak untuk menderma, dia memaksa secara berterusan.  Sudahlah dengan muka masam, memaksa-maksa pula tu.  Namun hati tidak terbuka untuk menghulurkan derma.

Abang pada mulanya hanya melihat gelagat saya dan budak minta sedekah tersebut mula masuk campur.  Abang terus berkata, kalau kacau lagi dia akan pegang budak tersebut dan teus bawa ke pihak berkuasa.  Rasa tergugat dek ugutan, dengan muka tidak puas hati dia bercadang untuk beredar.  Boleh pula sebelum dia gerak, dia lepaskan sebiji penumbuk pada tangan Abang dan terus cabut.

Kejadian berlaku pantas, tak sempat langsung hendak berbuat apa-apa.  Saya sendiri terkejut dengan tindakan budak tersebut.  Lepas pada itu, dia terus cabut lari.  Sabar jelah.  Kalau ikut panas hati Abang mahu dia turut budak tetapi saya kata biarkan sahaja, pasti budak itu tertekan kerana gagal mendapat hasil.  

Secara jujurnya kehadiran peminta sedekah sewaktu kita sedang menikmati makanan amatlah ANNOYING!!  Seperti saya katakan, bukan tidak kasihan tetapi jika benar mereka memerlukan bantuan pergi sahaja ke agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat ke, Baitumal ke atau apa sahajalah.  Jangan gunakan kekurangan sedia ada untuk meraih simpati dan orang lain pula menghisap kemanisan kerja keras mereka.


nota:  selalu memberi sesekali menerima seronok juga rasanya!!!

  


 

Thursday, June 23, 2011

::Langkawi 10::

Dah terlanjur ada masa jom sambung..

Keluar sahaja dari kawasan jeti Sungai Kilim, terus menuju ke Pekan Kuah.  Semua dah laparkan.  Pusing-pusing di Pekan Kuah sebab ada yang nak ke bank.  Sayalah tu orangnya.  Tak biasa sebenarnya bawa duit banyak-banyak dalam dompet selepas peristiwa kena ragut 6 tahun lalu.  Biarlah kerap ke mesin ATM dari lesap begitu sahaja.

Sambil-sambil tu, tinjau juga jika ada jika ada tempat menarik untuk mengisi perut yang berlaku 'rock metal'.  Tiba-tiba ada seorang penunggang motor menghampiri kenderaan kami sambil menunjukkan ke arah tayar.  Rupanya tayar bocor!!  Aduhai, tapi biasalah.  Kalau bercuti tiada insiden mencuit hati sebegini, kurang kemanisan.
 
Apa lagi, berhentilah kami seketika bagi menggantikan tayar bocor.  Betul-betul parking depan Kedai Haji Ismail.  Siapa tak tahu kedai ni, memang payahlah.  Tempat paling popular jika ke sana.  Sementara menantikan jejaka-jejaka gagah perkasa melakukan kerja, kami yang perempuan ni berjalan mencuci mata.  Belum beli apa pun sebab perancangan gegar Pekan Kuah keesokkannya. 

Lama juga menantikan diaorang menukar tayar, rupanya ada masalah.  Tayar ganti tidak boleh dikeluarkan.  Yelah, masing-masing pakai kereta biasa sahaja.  Tak ada seorang pun pakai kereta MPV, jadi cara simpan tayar ganti tersebut agak berlainan.  Nasib juga Abang Pejai yang sedang merayau-rayau bersama keluarga dia ada.  Kebetulan terserempak, dialah yang tolong.

 Walau sibuk menggantikan tayar kereta, gaya masing-masing kena ada.  Abang Pejai muncul secara tiba-tiba.  Dia baru selesai membeli-belah di Pekan Kuah

 Abang sibuk jack kereta untuk menukar tayar


Selesai ganti tayar, hari hujan.  Kelam kabut masuk ke satu bangunan di Pekan Kuah.  Tak ingat apa nama bangunan tersebut, yang pasti di bahagian atas ada kedai makan.  Itu sebenarnya motif kami semua.  Kat sini jugalah Nova buat kami terkejut, hidung dia berdarah.  Huh..huh..saya panik lebih, mengenangkan dia berbadan dua.  Alhamdulillah tak ada apa-apa serius berlaku.

Serbu sahaja kedai makan, masing-masing menggelupur macam tak makan berhari-hari.  Boleh tahan juga makanan di situ dan harga juga berpatutan.  Makan pun dalam kadar segera kerana masih ada lagi tempat harus dituju bagi melengkapkan jadual perjalanan kami.  Bukan ke mana pun, ke pasar basah.  

Sejak dari awal lagi dah rancang nak buat BBQ.  Mula-mula rancang pada malam pertama, tetapi tidak mendapat respon.  Rancang pula untuk malam kedua, tetapi kami tunda kerana siang tu dah penat berjalan, barang-barang basah belum beli lagi maka tunda lagi ke malam ketiga, iaitu malam akhir.

Keluar dari bangunan tersebut, terpandang pasar malam berhampiran.  Terus sahaja ke sana dan membeli segala peralatan.  Gedebuk-gedebak, bagi melengkapkan peralatan dan bahan utk BBQ, jam lapan malam jugalah baru kami tiba di bilik penginapan.  Sampai sahaja, terus bersiap-siap,  Kalau lambat hidupkan api nanti pukul berapa pula hendak makankan.

 Kami sibuk memilih bahan basah.  Saya tak makan ikan, tak tahu ikan apa yang sesuai.  Kepakaran Abang diperlukan dalam hal ini

 Sambil memilih sambil bergambar.  Husin cepat je menyelit.  Muka penat, rambut kusut masai, seronok punya pasal semua itu letak tepi 

Tuan Besar sibuk jaga anak.  Amira ni bagus kalau bab berjalan.  Memang boleh bawa dia berjalan jauh sebab kerjasama diberikan amatlah tinggi

Alhamdulillah semua bekerjasama.  Abang kerja-kerja membakar memang minat dia dan dialah yang ke hadapan.  Perempuan bantu dari segi penyediaan untuk dimasak serta aktiviti mengemas.  Malam tu air asam Nova meletup walaupun dia muntah-muntah.  Saya bantu potong-potong je, lain-lain semua dia yang buat.
 
Sesi bakar-bakar bermula, keluarga Abang Pejai pun tiba.  Makin meriah jadinya.  Seronok sebab kami buat BBQ tepi kolam renang.  Lepas sahaja diaorang membakar, terus terjun ke dalam kolam.  Angin laut pula sepoi-sepoi bahasa.  Nyaman betul malam tu.  Hilang keletihan siang. 

Sampai-sampai Abang Pejai terus ambil kerja membakar.  Seperti biasa mulut 
dia memang bising!!

Hidangan malam itu amatlah lazat.  Samada badan letih dan perut lapar atau 
pun memang tangan jejaka-jejaka ini menjadi, tak tahulah

Sesi bergambar mestilah ada.  Malam tu mak Abang Pejai turut serta.

Keadaan huru-hara dan masing-masing tersandar kekenyangan dan keletihan.  Apa pun, sesi BBQ berbaloi-baloi.  (Alamak, terus terasa nak buat BBQ)

Habis makan dan berkemas kami pulang tempat penginapan.  Apa lagi TIDUR!!!  Tidur apanya, masuk rumah sambung berborak.  Nak dekat jam 2 pagi juga kami lelapkan mata.  Satu lagi hari menanti kami keesokkannya.

Ha...kena sambung lagi nampaknya..tunggu!!!
nota:  Kalau rajin malam ni sambung lagi..

::Suram lagi Kelam::

Minggu ini segalanya suram.  Biasalah, bila dirundung masalah, tiada keceriaan di hati.  Apa pun kehidupan perlu diteruskan.  Datanglah beribu dugaan, harus ditempuhi dengan kecekalan.  Yang penting terus berusaha, moga Allah merestui jalan ditempuhi.  Cuaca pun macam faham-faham dengan suasana kelam.  Alhamdulillah, turun juga hujan membasahi bumi dan bahang panas sedikit surut.
 
Hari ini sudah pasti akan berlalu, hari esok pasti akan ditempuh.  Hanya ketetapan itu belum pasti lagi tanpa melalui hari-hari mendatang.  Sinar harapan akan menjelma jua walau keletihan bakal menyelimuti jasad dan sanubari.  Terima kasih padaNya kerana masih memberi hari ini, esok dan seterusnya.  Tiada masalah tidak boleh diselesaikan, tidak ada penyelesaian jika masalah tidak dirungkai.  
 
 
 
nota:  Selamat mengharungi lautan kereta rakan-rakan!!
 
 

::Langkawi 9::

Ya Allah!! Inilah namanya entri zaman Tok Kaduk.  Kalau ikutkan dah malas nak sambung entri ni, lagi pun bukannya ada sesiapa mengikutinya.  Setakat biasa-biasa sahaja membaca.  Sekali hari tu berborak dalam Twitter dengan Fieda terus rasa rindu pula pada Langkawi.  Kalau Fieda nak jadikan panduan untuk ke Langkawi tak lama bolehlah.  Bagi melepaskan rindu, saya sambung sahajalah entri ini.  "Psst Nova, berkurun punya cerita, baby awak pun dah keluar lamakan."

Sesiapa yang nak tahu hujung pangkal cerita boleh klik di sini ye.  Kalau tak nak klik pun tak apa, nikmatilah entri ini seadanya dan mengisi kekosongan masa :)  Jom sambung...bila menuju ke Laut Andaman, sudah pasti tujuan utamanya adalah untuk memanjakan diri dengan air laut.  Nak kata manja sangat tu tak adalah, tetapi teruja sebab buat julung-julung kali melakukan aktiviti snorkeling.  Nampak sangat perak!!  Sambil bercerita saya selang selikan dengan gambar ye...

Dah lama hendak melakukan aktiviti tersebut.  Jangan tak tahu, saya memang gila aktiviti selam-menyelam ni.  Hajat hati hendak melakukan scuba diving, tetapi nampaknya cita-cita tersebut tidak akan tercapai dek kerana sakit yang sedang saya alami.  Tak apalah, tiada rezeki sayakan nak buat macamana.

Memang kami sengaja mengambil pakej termasuk dengan aktiviti snorkeling.  Kesian pada isteri Ejump aka Nova sebab tak dapat melakukan bersama.  Mengandunglah katakan.  Isteri Husin pun tak dapat turut serta, anak-anak kecil lagi.  Jadinya hanya saya, Abang, Ejump dan Husin sahaja akan turun ke bawah.  Sampai sahaja tempat tersebut saya lihat ke bawah boleh tahan dalam.  Tapi nak takut apa, ada jaket keselamatankan?

 Amira macam tau-tau je, Mama dia tak turun.  Apa lagi dia bantai tidur.  
Lena sungguh dia tidur


 Cuba teka tangan siapa?  Tak dapat turun ke laut dapat bagi ikan makan pun jadilah!!!


 Ha, inilah tuan tangan.  Kesian dia, takpe Nova nanti ada rezeki kita pergi lagi lepas tu balas dendam ye.  Apa pun respek dengan dia, perut berisi pun masih gagah ke sana sini. 
Sebelum turun terfikir juga bila nak naik nanti macamana.  Yelah, bot tersebut bukannya bot mewah yang ada tangga di belakang.  Nak naik semula ke atas bot mesti terkial-kial sementelah badan berat dek air.  Tapi tarikan air laut semakin kuat memanggil-manggil, saya lupakan sahaja kerisauan tersebut.

Rupanya bukan senang hendak melakukan aktiviti snorkeling ini.  Tak tahulah samada peralatan saya ada kelemahan, atau saya sendiri yang kurang pandai.  Beberapa kali percubaan gagal dan saya mula bengang.  Tengok Abang macam ok sahaja, hati mula dipanjat geram.  Manakan tidak, boleh dia lupakan saya waktu seronok begini.  Ke sana sini dia berenang sambil menikmati pemandangan dasar.

 Dugong-dugong sudah berada di dalam perut laut.  Di sebabkan pandai berenang, badan asyik terapung sahaja.  Tak mahunya dia ke bawah..

Saya mula-mula menyelam, habis tenggelam semua.  Corong udara pun saya bawa turun ke dalam air.  Tersedak-sedak jadinya...ha..ha..ha..gelojohkan, sampai terlupa ini snorkeling bukannya selam skuba.  Kemudian masalah hendak bernafas pula, ish tak pandai betul hendak bernafas melalui mulut.  Tercungap-cungap dada.  Lepas tu masalah air masuk ke dalam goggle pula.  Aduh, ada-ada sahaja kerenah.  Saya antara paling banyak menukar peralatan sampai budak tu kata mungkin saiz kecil dan tak sesuai dengan saya.

 Orang sibuk-sibuk nak terjun, Ejump masih lagi sibuk melayani panggilan telefon.  Lepas ni kalau pergi bercuti, memang nak sorok telefon bimbit dia..he..he..he..

Bila dah turun dia paling bergaya..hik..hik..hik..

Jaki dengan Abang, saya redahkan juga.  Apa susah waktu menyelam saya tahan nafas lama-lama, tak payah bernafas melalui mulut.  Kira berjaya jugalah saya cuma sekejap-sekejap tarik nafas.  Terbantut sedikitlah.  Ejump pula turun sekejap sahaja.  Dia kata ada yang tak kena pada jaket keselamatan dia.  Dah naik bot, malas nak turun semula.

Akhirnya tinggal saya, Abang, Husin dan adik yang bawa bot di bawah.  Dekat satu jam juga kami menghabiskan masa di sana.  Bila nak naik bot semula, bencana berlaku!! Sayakan gedempol, panjat-panjat tak mahu juga.  Alamak, panik gila.  Dua tiga orang tarik dari atas, yang bawah jenuh menolak tetap tak naik-naik juga saya.  Nasib baik ada bantuan sebuah lagi bot pelancong..ha..ha..ha..terkangkang-kangkang di buatnya.  Rasakan, itulah akibatnya tidak sedar diri dan ruang.  Abang pun lebih kurang sama cuma dia tenaga lelaki, lainlah sedikit..memang kelakar bila ingat balik insiden tersebut.

Serius memang tak dapat ingat dah kawasan tempat kitaorang buat snorkeling.  Adik bot tu pandai, dari air laut dia bawa ke satu kawasan yang ada mata air.  Dia suruh mandi di situ bagi menghilangkan lekit air masin.  Mata air tu dekat dengan sebuah pantai yang mana juga terlupa nama.  Rasanya dalam pukul 1.00 petang macam tu dan tiada orang di kawasan tersebut.

 Bermandi-manda sambil memasing menunjukkan skil mencedok air 
menggunakan gayung bertali


Apalagi, kami buat tempat tu macam hak milik peribadi.  Best tau mandi ramai-ramai kat kawasan mata air.  Waktu ni, budak-budak paling happening.  Mak ayah budak lagilah.  Usai bersihkan badan, kami bersiap-siap untuk ke satu lagi tempat yang termasuk dalam pakej.  Pun lupa juga apa nama kawasan tersebut.  Mungkin Nova boleh tolong ingatkan...hik..hik..dah kena makan kismis banyak-banyak saya ni, semua dah lupa.  Tapi kenangan di Langkawi saya tak pernah lupa ok!!  Sweet memory...

Selesai mandi kami bergambar kenangan sebelum menaiki bot. 

Destinasi terakhir sudah semestinya melihat helang menyambar makanan dari dekat.  Rezeki kami kerana memang musim helang banyak waktu itu.  Tapi ini helang yang berdada putih, badan berwarna coklat.  Budak-budak teruja dengan aktiviti eagle feeding.  Saya dan abang biasa-biasa sahaja sebab pernah melalui pengalaman tersebut sewaktu kami di sana pada tahun 2004.  Bezanya kali ini di Sungai Kilim, dulu di Pulau Singa.  Eh, boleh ingat pula nama!!!

 Sesiapa pun lalu mesti nak ambil gambar di sini.  Jangan lupa masukkan pakej ini di dalam jadual perjalanan anda ke Langkawi


Dalam perjalanan ke kawasan Eagle Feeding.  Sebenarnya semua dah kepenatan, 
muka nak bergambar dah tak bernafsu


Sambaran Sang Helang.  Campak isi perut ayam, berduyun turun ke bawah

Kawasan tumpuan pelancong dan semua teruja dapat melihat helang dari dekat

Okey, nak sampai ke jeti semula.  Terima kasih Boy sebab sudi melayan kepala kami yang senget-benget.  Apa pun, adik ni memang pakar menjadi pemandu pelancong.  Bijak juga mengatur masa dan tempat supaya kumpulan kami tidak bertembung dengan kumpulan-kumpulan pelancong lain.  Ada rezeki kita guna perkhidmatan adik lagi.

Jujur sewaktu habis sahaja snorkeling, perut masing-masing dah lapar gila.  Manakan tidak, jam terakhir isi perut pukul 9.00 pagi.  Waktu tu dah pukul 2.00 petang, mana tak menggelupur semua.  Maka, kami tidak berlama-lama di situ.  Tengok ala kadar, dan minta hantar ke pangkal jalan.  Sampai di jeti, diaorang siap-siap solat, terus kami ke destinasi seterusnya.

Nak tahu, kenalah tunggu episod yang entah bila akan muncul.  Kalau rajin adalah dalam minggu ini, kalau tidak...haaaa...lagi 4-5 bulan, silap-silap tahun hadapan.