Followers

Monday, June 13, 2011

::Benci Selamanya::

Apa yang akan anda lakukan sekiranya benci terhadap seseorang?  Perasaan benci ni kadangkala kita boleh pendamkan sahaja dan berpura-pura seolah tiada apa berlaku.  Tetapi benci terlalu mendalam ternyata tidak mampu untuk menyorokkannya lagi.  Setiap kali melihat atau berselisih kelibat, hati pasti berdenyut sakit.  Waktu itu, dari perasaan benci bertukar menjadi dendam kesumat.

Saya bercerita melalui pengalaman sendiri.  Benar, kita tidak patut membenci seseorang itu ke tahap maksima kerana dia juga seorang hamba.  Siapalah kita untuk membenci pada orang lain sedangkan kita bukan sempurna mana pun.  Silap-silap ada juga orang membenci kita.  Tapi, sekali lagi saya hanya manusia biasa dan dilahirkan tidak sempurna.  Harus sahaja ada masa saya gagal untuk bertoleransi dengan keadaan sekeliling.

Ada mengatakan biar sahajalah lagipun SI POLAN itu tidak mengacau atau melakukan kezaliman terhadap diri kita.  Tetapi mengundang kebencian itu juga seolah melakukan kezaliman terhadap orang lainkan, zalim terhadap hati dan perasaan manusia (pandai-pandai sahaja menggunakan istilah).  

Hingga hari ini ada beberapa individu bergelar manusia yang saya simpan jauh di sudut hati sebagai orang yang dibenci.  Ini bukan dari benci bertukar sayang.  Sama sekali tidak akan terjadi.  Setiap kali pintu hati yang ditutup kemas itu diketuk, tiap kali itu juga saya tidak dapat memaafkan mereka yang menghuni di situ.  Keras benar hati saya!  

Jika Nabi ampunkan umat, kenapa saya tidak boleh ampunkan sahaja demi memadam api kebencian?  Saya tidak pasti, cuma setakat hari ini tiada ruang kemaafan mampu saya hulur.  Biar sahaja saya menanggung dosa di atas apa saya dendamkan tetapi harus diingat, kebencian yang mereka toreh sendiri luka teramat dalam.  Walau berjaya diubati, tetap meninggalkan bekas parut yang begitu besar.  

Kerana itu saya tidak suka mengundang perkara-perkara membawa ke arah kebencian.  Saya memang lemah, saya mudah ditolak ke sana sini, saya tidak mencampuri urusan orang lain, saya juga seorang penyayang dan saya juga mudah melupakan kesakitan dilakukan terhadap saya tetapi sekali KEBENCIAN menguasai, tiada lagi perkataan maaf dari bibir.



nota:  jom sambung kerja!!!    

No comments :

Post a Comment