Followers

Monday, June 20, 2011

::Silap Mata::

Aduh, kebosanan sedang melanda!!  Kepala tepu, minda beku.  Macamana hendak melangsaikan segala kerja yang ada.  Okay, jom kita bersantai di sini dengan cerita yang tidak seberapa. 

Dalam dua minggu lepas, Nova ada sebut-sebut perihal Magic Show di Subang Parade.  Ingatkan persembahan berbayar.  Risik-risik dengan Abang sepanjang minggu tanya dia nak pergi ke tak?  Sekali dia kata kalau Ejump sekeluarga pergi kita pergilah.  Tak terfikir peserta persembahan merupakan artis yang syarikat Ejump bawa masuk, kiranya persembahan internasional. 

Kitaorang kalau show oversea, memang selalu ihsan Ejump..he..he..he..dia yang bawa masuk artis-artis tu, dapatlah dia tiket untuk persembahan.  Alhamdulillah, dah banyak peluang menonton persembahan artis luar.  Terima kasih sangat-sangat pada diaorang suami isteri.

Berbalik al-kisah Magic Show, dalam hari Jumaat macam tu, dah sibuk tweet dengan Nova samada nak pergi ke tak.  Dia kata tak tentu lagi, makanya kitaorang pun letak dalam agenda KIV untuk ke sana.  Rupanya Nova beritahu, boleh sahaja pergi tengok persembahan sebab free seating.  Bila hari Sabtu, tanya Abang dia tetap kata kalau kawan dia pergi dia akan pergi.  Saya ikutkan sahaja.

Sepanjang hari Sabtu tersebut, amatlah sibuk ke sana ke mari.  Sebenarnya dah memang sibuk dari hari Jumaat lagi.  Nak dekat petang Nova confirm kata pergi.  Berjanjilah kitaorang, sekali kerja siap sebelum pukul 5 macam tu.  Awallah pula nak menghala ke Subang Parade sedangkan show bermula jam 8 malam.  Telefon Mimie, maka menghala kami ke Kelana Jaya bertandang rumah Suraya.

Dah terlanjur persembahan terbuka, pelawa Mimie dan Suraya sekali untuk turut serta.  Jumpa di sana terus menuju ke pentas.  Biasa-biasalah persembahan ahli silap mata ini.  Malam yang kami pergi tu persembahan dari ahli silap mata Asia.  Malam esoknya tu, akan ada persembahan dari negara Eropah seperti France, Hungry, Amsterdam dan lain-lain.

Menurut Ejump persembahan silap mata ini seperti karnival di mata setiap ahli yang turut serta akan mengelilingi dunia.  Macam changing programme la konsepnya.  Hari ini berada di Malaysia, esok ke negara lain pula.  Tiada bayaran dikenakan cuma penginapan dan makan serta kos pengangkutan mereka ditanggung oleh pihak penganjur.

Sewaktu juruacara, David Lau memberi keterangan mengenai Festival Magic Show tersebut,barulah saya tahu rupanya sekarang ini kalau hendak menjadi ahli silap mata secara profesional tiada masalah.  Ada akademi yang mendidik bakal magician.  Di Malaysia pun ada akademi silap mata.  

Sepanjang karnival tersebut, ada pertandingan di antara akademi-akademi seluruh Asia.  Ada budak-budak yang lahir dari akademi di negara masing-masing bertanding dan memenangi pertandingan tersebut.  Teruja sebenarnya bila mengetahui silap mata sekarang dah melangkah jauh, kita sahaja yang tidak mengetahuinya.

Tapi kami tidak tunggu hingga tamat.  Dalam pukul 9 malam macam tu dah angkat punggung dari kerusi.  Sempat jugalah Ejump membeli alatan silap mata, katanya nak buat magic depan anak dia..he..he..he..layannnn!!!

Keluar sahaja, terus menggelupur mencari tempat makan.  Fikir punya fikir ke Nasi Kandar Pelita di Subang.  Biasa-biasa sahaja, tapi kalau dapat Nasi Kandar di Ipoh lagi sedap, kan Nova!!!  Borak-borak sambil menonton perlawanan bola Kelantan vs Terengganu, nak dekat jam 12 malam apa lagi...PULANG!!!  Ha, diaoranglah geng PD yang menyanyikan lagu Hari Jadi buat Abang pada malam tu.

Seronok sebenarnya keluar beramai-ramai.  Banyak al-kisah boleh dibualkan tapi bukan senang nak dapat masa senggang sedemikian.  "Pssttt Nova, nak tengok Sound of Music"..hik..hik..hik...Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakam.   

Bertempat di Subang Parade pada 11 June 2011


Saya yang comot dan keletihan kerana bekerja sepanjang hari.  Jujur dapat merasakan badan bau surat khabar.  Muka yang hodoh bertambah buruk


Pemandangan dari atas.  Khusyuk kami menonton persembahan.  Abang sedang mencuba tekniknya dalam mengambil gambar


  Diaorang ni kalau bergambar mana pernah mahu kalah.  Sentiasa mensediakan diri sekiranya kamera dipetik


Antara persembahan menarik perhatian.  Ahli silap mata ini dari Korea dan merupakan Profesor di Akademi Silap Mata.  Persembahan bersahaja dan mencuit hati. 


Antara persembahan mendebarkan iaitu pancung kepala.  Cuak juga muka penonton tersebut, berpeluh dia di atas pentas.  Ahli silap mata ini dari Singapura.


 Persembahan dari wakil Malaysia.  Tinggal kepala sahaja, badan semua dah hilang.  Kata silap matakan..


 Kami bertiga beraksi semetelah seharian kamera bergantung di leher jejaka berbaju hijau itu.  


 Bersama Nova, ibu muda yang bergaya.  Lepas bersalin semakin meletup-letup.  Amira seperti biasa, mana mahu sangat pandang kamera.  Mentang-mentang comel!!


 Ejump mendengar penerangan peralatan silap mata.  Nak beli kenalah tahu bagaimana cara menggunakannya.  Nanti anak gelak balik kat dia!!


 Sambil tunggu Ejump, kami beraksi lagi.  Ha, kali ini dapat pun muka Amira dengan Baby Aqilah.



nota:  lama pula nak menunggu....









No comments :

Post a Comment