Followers

Saturday, June 25, 2011

::Tahniah Sepah::

Umum dah tahu siapa Maharaja Lawak, siapa lagi kalau bukan Kumpulan Sepah.  Tahniah buah trio Sepah dan mereka sememangnya layak menjulang takhta Maharaja Lawak berdasarkan konsistensi ditunjukkan sepanjang pertandingan.  Malah mereka nampak begitu outstanding pada malam akhir tadi.

Rezeki bakal anak Sarah Raisudin membawa tuah kepada Sepah malam ini.  Sejak dari pusingan pertama lagi sudah menjangka Sepah bakal mengukir sejarah apabila melihat pesaing mereka tidak begitu menonjol pada pusingan tersebut.  Lawak pecah panggung dari Sepah memang menjadi malam ini.

Jozan berjaya muncul naib johan juga tidak kurang hebat cuma pada pusingan pertama persembahan mereka nampak perlahan.  Hanya pada pusingan kedua Jozan all-out tetapi agak terlambat barangkali kerana hati penonton telah tertambat pada Sepah.  Ramai menjangkakan mereka bakal juara, tetapi tersasar sedikit :)

Saya suka Nabil dan sedikit bias tetapi bukan senang ye untuk berada di pentas berseorangan.  Nabil ternyata berjaya membuktikan gelaran raja lawak pernah disandang bukan gelaran kosong.  Lawak menjadi dan saya suka cuma bukan rezeki dia untuk menjadi Maharaja.  Apa pun Nabil bawa balik hadiah RM150,000 untuk diri sendiri.  Tak perlu kongsi-kongsi.  Tapi jika dikira-kira setiap individu membawa pulang RM100,00++ kecuali kumpulan Jambu.

Tahniahlah buat mereka semua.  Selepas ini mesti kita rindu untuk kelam kabut duduk di depan televisyen setiap Jumaat malam.  Kalau saya dapat gambar dari jurugambar Media Rakyat nanti saya kongsikan di sini.  Tapi tak janji!! :)
nota:  Tekaan amat tepat...

  

No comments :

Post a Comment