Followers

Thursday, July 7, 2011

::Akibat Degil::

Janganlah kata anda bukan seorang yang degil atau dalam erti kata lain, tak mahu mendengar nasihat orang lain.  Mesti pernah berada di situasi kita akan bersikap tidak peduli apabila ada orang lain memberi pendapat yang baik.  Bila perkara buruk terjadi baru nak menyesal.  Waktu tu barulah nak cakap.. "kalaulah tak degil hari tu....."


Allah, bukan nak cerita isu serius cumanya saya hari ini sedang menanggung sebal di hati atas kedegilan saya.  Nak menyesal pun tak guna, benda dah buatkan.  Malam tadi dengan nekad saya melanggan Astro First untuk cerita Karak (ha..ha..ha..dah bagitaukan bukan kisah serius pun).  Bertekad sebab saya makan malam agak lewat, jam 10.30pm macam tu.  Haruslah untuk tidak melelapkan mata sebegitu awalkan.  Dek kerana itu, saya memerlukan rancangan best untuk menjamu mata.


Entah apa kena, malam tadi langsung tak ada cerita menarik untuk ditonton.  Penat tukar dari satu siaran ke satu siaran lain.  Lantas, timbul idea untuk melanggan Astro First.  Masih berfikir-fikir antara Karak, 321 Cinta dan KL Gangster.  Ayu Bam Bam kata dia suka filem hantu.  Saya berat kepada 321 Cinta kerana ianya filem santai.  Nak tengok berulang kali pun mungkin boleh layanlah.  Filem hantu ni bila sekali dah hilang suspen, tonton untuk kali seterusnya pasti membosankan.


Kenapa KL Gangster tiada dalam pilihan ye?  Sebab memikirkan ianya filem aksi, tak mahulah.  Lain kali mesti keluar dalam Astro (macam cerita lain tak keluar dalam Astro juga nanti).  Seminggu sebelum, ada juga tanya pendapat mengenai filem Karak.  Majoriti, memberi respon negatif.  Ada siap pesan jangan langgan nanti menyesal.  Itulah saya degil, malam tadi tetap juga nak melanggan.  Ha, rasakan!!!


Memang terasa rugi.  Nak tak nak terpaksa juga saya menghadap filem ini dalam tempoh 48jam.  Sudahlah bayar mahal disertakan sekali dengan cukai pula.  GM siap kata, "tulah degil.  Mama dah kata tak payah nak juga"  Tak apalah nak buat macam mana.  

Cerita dia memang tak menarik langsung!!  Macam tak percaya pula bila produksi KRU mampu membuat sebuah filem gah seperti Hikayat Merong Mahawangsa tetapi tidak meneruskan legasi gah mereka terhadap filem Karak.  Jika bukan kerana teknik CGI sebegitu canggih, Karak akan menjadi sama taraf dengan filem-filem hantu yang biasa diterbitkan produsi tempatan.

Nasihat saya, tidak perlu rasanya melanggan Karak di Astro First.  Sekarang sedang berfikir akan filem 321 Cinta.  Asyik terbayang-bayang tajuk filem di kepala.  Tapi sebelum itu, kita kasi habis dulu tempoh filem Karak.  Saya menyesal tetapi tak guna...he..he..he..



nota:  "Cik boleh tumpang cik..." (dialog feveret)

No comments :

Post a Comment