Followers

Monday, July 11, 2011

::NANDO'S pilihan Keluarga::

Tak tahu nak kata sedap atau tidak, tetapi ahli keluarga saya dalam sebulan mesti pekena di sini.  Di mana lagi kalau bukan NANDO'S.  Kalau ikut selera saya biasa sahaja, tiada yang istimewa.  Tetapi yelah, mereka semua agak lama juga bermastautin di UK dahulu terutamanya Puan Ninie, mungkin inilah penangannya.

Rupanya sewaktu mereka berada di sana, NANDO'S ni popular macam nasi lemak di Malaysia.  Ketika mereka semua ke sana dahulu saya tiada rezeki untuk turut serta maka bila masing-masing jejak kaki ke Malaysia terus mengidam nak makan Nando's di sini.  Saya ala-ala terkejut jugalah tetapi layankan sahaja.  Dah dari GM hinggalah ke cucunya sekarang ini, amat berselera tatkala menikmati ayam di NANDO'S.  Kami siap gelar Buah Hati tu anak Nando's kerana Siti Cutie mengandungkan Buah Hati pada ketika itu.  Nyaris tak bersalin di sana sahaja.  

Abang kalau dengar kitaorang nak makan Nando's dia mesti tarik diri awal-awal.  Tak kena dengan selera dia katanya.  Saya pun biasa-biasa sahaja dan setiap kali kalau makan balik-balik ambil menu sama.  Bukan saya seorang, yang lain-lain pun begitu ibaratnya kalau tak hulur menu pun dah boleh hafal nak makan apa.  Pekerja NANDO'S di One Utama dah cukup kenal kami sekeluarga.  Balik-balik muka yang sama.

Siapa belum pernah cuba, boleh sahaja mencuba.  Menu ala-ala Kenny Rogers cuma Nando's ada resipi tersendiri.  Saya paling suka Coleslaw dia.  Terasa segar.  Kalau ayam pula saya akan ambil paling pedas.  Makan kalau tak pedas macam tak cukup sifat saya rasa.  Eh, kenapa entri ini berkisarkan Nando's?  Takpelah, saya hendak tunjukkan gambar sebenarnya dengan rakan-rakan.  Sambil-sambil itu saya kongsi pengalaman.   

Saya tahu, ramai juga penggemar Nando's ni kerana saya pernah baca banyak entri rakan-rakan mengenainya.  Selera masing-masingkan.  Apa lagi saya suka ya di sana?  Oh ye, air yang boleh ditambah beberapa kali sehingga kita selesai makan.  Cuma ternyata saya bukan penggemar tegar Nando's...

 
Sambil tunggu makanan, brush up skill ambil gambar sendiri  


 Buah Hati yang cukup biasa dengan persekitaran Nando's One Utama.  Dari kecil hingga besar asyik ke sini sahaja


Nenda dengan cucu tersayang.  Sampai sekarang malam masih tidur dengan Wan dia.  Lain-lain turut serta tapi terlupa ambil gambar mereka...he..he..he..bukan blogger tegarkan!!!


Menu pilihan.  Secara jujur, saya tak pernah berjaya habiskan ayam tersebut samada di hantar dalam saiz kecil mahupun besar kerana saya cepat muak






nota:  bersyukur walau dalam keadaan sebegini, masih mampu menikmati makanan dengan seadanya...Alhamdulillah



No comments :

Post a Comment