Followers

Wednesday, July 20, 2011

::Pakej Baru::

Ingat tak hari tu saya kongsikan di sini perihal Boikot Astro?  Tak pasti samada berjaya atau tidak perancangan tersebut, yang pasti Astro tetap berdegil dan surat pengesahan kenaikkan telah pun dihantar ke pengguna tegar Astro.  Dengar juga khabar dari Parlimen yang Astro bakal di denda kerana melanggar perintah.  Sejauh mana perkara ini berlangsung, WALLUHALLAM... 

Dek kerana kenaikkan tinggi melangit, Astro memperkenalkan pula pakej baru iaitu SUPER PACK, dengan harga RM125 sebelum cukai pelanggan dapat menikmati hampir kesemua siaran.  Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan pakej ini, boleh telefon Astro Call Center untuk kepastian.  Kiranya ini merupakan pakej penjimatan terutama bagi pengguna yang banyak melanggan siaran-siaran di Astro

Saya punya dua akaun Astro dan satu darinya memang berbaloi jika tukar kepada Pakej Super Pack secara tak langsung tukar kepada Astro Beyond termasuk pakej HD.  HD ini hanya berkesan kepada sesiapa yang menggunakan peti televisyen LCD Full HD, kalau TV kotak seperti di bilik saya tak payahlah.  Buat sementara ini, bertukar ke Beyond tiada sebarang bayaran dikenakan.  Oklah, percuma.  Kalau kena bayar memang saya tolak!!!

Tapi bila fikir semula, mahal sebenarnya pakej ini terutama apabila tidak dapat siaran sewaktu cuaca buruk.  Kiranya kita bayar buta tapi tidak dapat menonton.  Sudahlah tu, siaran berulang berpuluh kali.  Buatnya tak sampai setahun pihak Astro menaikkan harga pakej lagi, alamatnya....Bila bertanya kepada pegawai bertugas, katanya harga tersebut kekal paling minimum setahun.  Kalau pakej lain naik, pakej Super Pack takkan terkesan.

Susah nak percaya janji manis terutamanya apabila mereka memonopoli pasaran.  Sama ada suka atau tidak, kita terpaksa menurut.  Kalau tidak takkan Astro tidak mengendahkan amaran keras Kerajaan.  Dari situ kita dah boleh agak bagaimana sikap Astro sebenarnya.  Kalau semua pakat boikot oklah juga tapi rasanya mendapat sambutan dingin.  Entahlah, sekarang ini kerap terfikir kenapa sebagai rakyat jati Malaysia kehidupan ibarat melukut di tepi gantang.


nota:  malas dah nak fikir perihal Astro ni, tapi kalau tak ada hmm...   

 


2 comments :

  1. ala kak maria naik tinggi camne pun ramai org suka gak tgk..klu ikut hati org nak jer terminate astro ni..tapi tu lah bak kata akak..lie..astro dah monopoli..dia dh conquer seme..nak tak nak kuasa pengguna dah tak de makne..

    ReplyDelete
  2. bila fikir mmg sakit ati..lbh baik waktu dulu kena bayar lesen TV xde la semahal nie..

    ReplyDelete