Followers

Monday, July 18, 2011

::Sedang Membina Kekuatan::

Hati adalah merunsing, kepala pun pusing.  Terlalu banyak yang membengkak di hati hingga tak tahu hendak huraikan mana satu.  Bulan Julai hampir ke penghujung, kemudian Ogos pula.  Umat Islam akan memulakan Rukun Islam ke-3.  Makin fikir makin sakit kepala.  Agaknya sebab itulah tak berhenti diserang migrain melampau.

Nampak gaya 2011 tidak membawa sebarang tuah, malah keadaan bertukar sebaliknya.  Nak cakap apa pun dah tak tahu sebenarnya.  Berhadapan sahaja dengan situasi semasa dan mengharapkan sedikit bantuan dari Allah SWT, moga-moga segalanya bertukar sempurna.


Dan kerana ini juga mood untuk berlama-lamaan di alam maya semakin berkurangan.  Bukan itu sahaja, saya juga sedang membina kekuatan di dalam diri supaya tenang berhadapan dengan segala kemungkinan mendatang.


nota:  huwarggghhh...mengantuklah pula...  

No comments :

Post a Comment