Followers

Saturday, July 2, 2011

::Sembang Petang Sabtu::

Kejap sahaja dah hujung minggu.  Toleh kiri toleh kanan rupanya dah masuk bulan tujuh.  Terlalu cepat masa berlalu seolah hari beredar dalam senafas.  Dua tiga hari ini memang agak sibuk, langsung tak sempat jengah di sini.  Nak membaca coretan rakan-rakan pun tak ada masa.  Kalau ada masa terluang hanya saat hendak melabuhkan tirai mata.  Mujur menggunakan telefon pintar, boleh juga curi masa :)

Seperti yang saya katakan pada entri lepas, kini I Luv Clothez telah kembali beroperasi.  Hampir setahun juga tidak menemui pelanggan setia, Alhamdulillah bila beroperasi sahaja mendapat sambutan menggalakkan.  Terus rasa bersemangat.  Bagi sesiapa yang belum lagi jengah ke sana, sila-silalah menjamu mata.
Mana tahu ada yang berkenan di hati.  Akan ada banyak lagi dari minggu ke minggu.  Klik pada gambar untuk lihat koleksi lain :)

Kalau ikutkan telah ada perancangan untuk hari ini, tetapi secara tiba-tiba Abang kena bekerja.  Nak buat macamana, maka terperuk saya di rumah.  Kereta pula ada pada Abang, bertambah beratlah jadinya.  Tapi elok juga, boleh saya luangkan masa di sini.  Lama tak berbicara sendirian serasa rindu di hati!!

Demam Transformers sedang melanda Malaysiakan??  Susah benar hendak mendapatkan tiket wayang.  Sehingga tengah minggu hadapan semua pawagam penuh.  Jawabnya minggu lagi satu baru jengah panggung.  Buah Hati dengan Abang dah tak sabar hendak menonton.  Hari-hari meratap, tapi yang kecil tu fahamlah.  Ini yang tua renta, aduhai...Dulu saya tidak minat menonton filem ini, tapi disebabkan dah dua kali tengok, bolehlah.  Menemankan orang tersayang.

Sepanjang minggu yang baru dilalui, ada kepahitan disebalik senyum tawa.  Hati telah sebal mungkin, lantas setiap apa berlaku dibiarkan berlalu.  Menanti fajar esok moga ada sinar harapan.  Walau setiap kali pagi menyinsing, suasana mendung begitu menyelimuti, namun tetap bertahan hingga ke petang sebelum melangkah kaki malam.  Sampai bila sukar diramal tetapi Allah Maha Adil.  Setiap keperitan dilalui ikatan kasih sayang semakin mencengkam.  Mungkin itulah hikmah atas apa terjadi.

Ada perilaku telah menyinggung perasaan hingga terfikir tidak sedarkah betapa selama ini kita begitu baik menjaga hati.  Jika perlu tidak mahu langsung membuat perkara mengguris rasa tetapi tetap.......Benar rambut sama hitam, hati lain-lain tetapi jangan sehingga tidak mempedulikan perihal individu lain.  Andai satu hari ianya meletus, bukan kerana saya perengus orangnya tetapi tidak dapat bertahan lagi.  

Jarum jam mencecah angka tiga, tetapi belum ada makanan masuk ke dalam perut.  Dietlah hari ini.  Sepanjang minggu makan beria-ia dan dapat rasakan berat badan makin bertambah.  Risau ni, kerana saya perlu ada had dalam isu penambahan berat badan.  Jika tidak sendiri tanggung kesan.  Bahaya..bahaya...

Seperti biasa kalau rajin akan ada entri menyusul selepas ini.  Jika tidak,  tunggu bila jari mula hendak menari.  Selamat berlibur dan berhujung minggu!!!



nota:  He shut one door and open another windows... 

 

No comments :

Post a Comment