Followers

Sunday, July 3, 2011

::Teringin vs Mengidam::

Antara teringin dan mengidam, keduanya membawa maksud agak berbeza tetapi ke arah yang sama iaitu menghajati sesuatu.  Selalunya mengidam dikaitkan dengan mereka berbadan dua dan jika tidak dilaksanakan kelak membawa sedikit musibah.  Jangan silap, orang yang tidak mengandung juga bisa mengidam.  

Kebiasaannya mengidam lebih dikaitkan dengan makanan, tetapi teringin selalu dirujuk kepada keinginan tahap sederhana.  Kiranya kalau tak dapat, episod meroyan tak akan berlaku.  Ini definisi sendirian berhad, tidak ada bahan rujukan mana-mana jika ada tidak bersetuju tak apa kerana bukan boleh dijadikan fakta kelak.

Berbalik ke tajuk asal, bole tak malam-malam begini teringinkan mangga muda masam cicah kuah rojak.  Terus kecur air liur!!  Agak lama mengidam cuma hendak mendapatkan mangga muda yang susah (sebenarnya tak tahu nak cari mana melainkan segar dari pokok).  Dalam dua minggu lepas berjaya juga akhirnya melampiaskan hajat.  Itu pun kebetulan Abang dengan rela hati bawa ke pasar Chow Kit (jangan sekarang je, rela.  Esok bila dah bersama hareeemmm...)  

Kemudian beli sekali dengan buah jambu batu.  Tak beli banyak pun, dalam 4 biji sahaja.  Kononnya biar sekali hadap.  Rupanya tak betul-betul puas.  Apatah lagi, dapat sambutan pula dari kalangan ahli keluarga.  Waktu tu rasa macam nak jadi pentamak sahaja.  Tak rela nak berkongsi dengan yang lain, tapi okaylah.  Sifat buruk tersebut tidak terus menguasai.

Disebabkan tak puas, itu yang dari beli hari tu teringin berterusan.  Nampak gaya kena dapatkan balik buah mangga tersebut.  Di tambah pula dengan pertanyaan dari penghuni rumah, "bila nak belinya?"  Sabar tekak ye, Insyaallah esok kita dapatkan.  Kali ni nak beli banyak sikit biar sampai jemu nak menikmatinya.. ha..ha..ha..(uish, sifat buruk kembali meraja nih!!!)  Tak sabar ni, esok wajib serbu tempat jual buah ini.

 Sebelum makan hari tu, sempat ambil gambar.  Urgghhh, tak tahannya!!!



nota:  teringin dan mengidam banyak benda tetapi biasalah, kekangan kewangan membantutkan segalanya.  Tak mengapa, suatu hari kelak siapa tahu

No comments :

Post a Comment