Followers

Wednesday, August 3, 2011

:: Saya sudah!! Anda?? ::

Dua tiga menjak ni, antara isu panas negara pastinya berkaitan Pilihanraya Umum.  Cepatnya masa berlalu, rasanya macam baru sahaja PRU lepas berlangsung dan kini musim kembali menjelma.  Saya tidak mahu membicarakan hal ehwal politik kerana bagi saya kita masing-masing punya pendapat tersendiri.  Siapa saya sokong juga tidak perlu ambil pusing kerana bagi saya siapa sahaja kita sokong pasti punya musabab tersendiri.

Tapi jika anda jerit-jerit dan laungkan di sana sini tetapi tidak pergi mengundi pun tak guna jugakan?  Saya telah mendaftar semenjak penggal lepas lagi dan telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia.  Sudahkan rakan-rakan sekalian mendaftar?  Jika belum, pergilah segera ke pejabat-pejabat SPR berhampiran, Pejabat Pos berhampiran atau Pejabat Parti Politik kawasan.  Yang penting jangan lupa bawa kad pengenalan dan daftarlah di sana.

Rugi sebenarnya jika anda tidak melaksanakan tanggungjawab ini.  Walau nilainya satu tetapi ia tetap berharga.  Mengikut semakan SPR, ramai juga golongan muda yang enggan mendaftar.  Kurang kesedaran sebenarnya.  Pagi tadi di siaran sebuah radio nasional, pihak SPR membuat perangkaan seramai 24% rakyat Malaysia layak mendaftar tidak berbuat sedemikian, anggaran dalam 3juta orang.  Ramai tu!!!

Laksanakanlah tanggungjawab kita demi masa depan negara kerana kuasa di tangan kita (walaupun ada yang meragui) tetapi hanya medan ini yang kita ada untuk menentukan jatuh bangun negara.  

 Saya sudah, anda bagaimana??




nota:  tak sabar menunggu musim pilihanraya

No comments :

Post a Comment