Followers

Monday, September 26, 2011

::Hati Berbunga::

Kehidupan saya di alam nyata dan di alam siber lebih kurang sama sahaja.  Tak ramai kawan dan kalau ada pun setakat saya tegur-tegur biasa kerana terlalu segan.  Sesiapa sahaja yang sudi berkawan, Alhamdulillah.  Tapi nak lebih-lebih bermesra, memang longlai badan untuk melaksanakannya.


Sejak menggunakan Twitter, rajin juga menegur sapa walau tidak pernah bersua muka terutamanya Top Bloggers tapi tak semualah yang saya ikut.  Ini kerana saya sedar, kita follow mereka tetapi untuk mereka follow kita sememangnya susah.  Yelah, ramai tu follower, takkan nak ikuti semuanya.  Baik mengikut rapat dengan mana yang mereka kenal dan baik sahaja.  Tidaklah nanti terlepas cerita-cerita terkini.

Salah seorang Top Bloggers yang memang saya follow sejak berjinak-jinak dengan Twitter sudah semestinya REDMUMMY.  Secara jujur, Kak Red seorang yang begitu peramah dan selagi boleh dia cuba membalas apa sahaja yang kita Tweet pada dia cuma lambat atau cepat sahaja.  Walaupun Kak Red tidak follow saya, tetapi dapat balasan setiap kali saya reply Twitter dari dia sudah seribu rahmat buat saya.

Awal Syawal tempoh hari, saya telah menukar avatar Twitter dan semenjak itu memang tiada sebarang Tweet dari saya buat Kak Red.  Biasalah, musim raya semuanya pun sibuk.  Hari-hari view timeline dan tahu apa sahaja yang Kak Red shout di timeline, tapi tak balas apa pun.  Baru malam tadi, saya ada membalas apa yang Kak Red tweet dan amatlah teruja....

Bukan kerana dia balas semula tweet saya.  Itu perkara biasa, tetapi dia menyapa dengan ayat, "Avatar baru, sapa budak tu?"  Wah!!!!!  Dia ingat avatar saya sebelum ini dan bila bertukar baru Kak Red perasan.  Itu yang hati terus berbunga-bunga.  Masakan tidak, jika ditimbang tara, berapa ratus balasan tweet yang dia peroleh seharian kerana dia begitu terkenal dan sesiapa sahaja mahu menegurnya.  Setakat saya seorang, takkan mudah untuk dia ingat.  

Tapi itulah kelebihan seorang Top Bloggers aka Redmummy dan saya yakin kerana faktor inilah dia begitu disenangi dan ramai yang menjadi pengikut setia Kak Red samada melalui blognya, Facebook dan Twitter.  Terima kasih Kak, kerana ingat saya.  Tersenyum simpul saya sepanjang malam mengenangkan perkara ini.. he..he..he.. 

Bagi yang baru berkecimpung di sini dan juga di Twitter, saya cadangkan follow Redmummy kerana banyak info dan kisah akan dikongsikan bersama anda semua.  Nak follow Twitter saya pun boleh, kenalkan diri dan Insyaallah saya akan follow rakan-rakan kembali. 




nota:  tersengih-sengih...   

No comments :

Post a Comment