Followers

Tuesday, September 20, 2011

::Isu Pembantu Rumah::

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini rungutan perihal pembantu rumah banyak kedengaran.  Ada-ada sahaja masalah ditimbulkan oleh mereka.  Kasihan mendengar dan membaca rintihan majikan dek perangai tak berapa nak semenggah pembantu rumah.

GM menggunakan perkhidmatan pembantu rumah sejak arwah Mak meninggal dunia, dalam tahun 1998 macam tu.  Antara sebab terpaksa mengadakan pembantu rumah kerana di waktu tu, Arwah Onyang masih tinggal bersama kami.  Usia tua Arwah tidak sesuai untuk tinggal bersendirian bersama kami semua.  Kalau ikutkan waktu tu Arwah cukup marah mengambil orang gaji tapi GM tidak mahu mengambil risiko.  

Sejak dari itu kami berhadapan dengan 1001 karenah pembantu rumah.  Ada yang jangka hayat setakat satu hari sahaja bekerja dengan kami.  Malahan, kami pernah juga mengambil pembantu rumah secara tidak sah.  Bukan suka-suka untuk ingkar undang-undang, tapi bayangkan bersilih ganti orang gaji, mana tahan dengan segala kos terpaksa ditanggung.  Tambahan untuk dapatkan dalam kadar segera, terpaksa jugalah.  Bagusnya yang tiada permit ni, mereka jarang nak buat hal dan bertahan lama.  Tapi ada juga yang berani mati dengan buat hal macam-macam.

Dalam ramai-ramai bukan semuanya tak bagus.  Ada 2-3 orang yang benar-benar bekerja untuk cari makan, tapi selebihnya memang memeningkan kepala.  Cakap apa sahaja yang kami tidak pernah kena.  Setiap kisah yang sibuk diwiridkan sejak akhir ini semuanya kami pernah lalui hinggalah ke tahap hendak menggunakan ilmu hitam kepada kami.  Alhamdulillah, mungkin GM jujur orangnya dan dijauhkan musibah sedemikian. 

Kenapa mereka ini ibarat tidak sedar dek untung ya?  Adakah kerana undang-undang kita terlalu membela golongan pembantu rumah lantas mereka mengambil jalan mudah.  Mungkin ada benarnya, semenjak Kerajaan melancarkan Pemutihan baru-baru ini, kebanyakkan pembantu rumah semuanya mula demanding.  Apatah lagi setelah dihasut rakan-rakan lain.  Manakan tidak, dengan jalan mudah dah boleh dapat permit bagai, takkan mereka tak mahukan.  Tidak perlu lagi bernaung dengan mana-mana agensi.  Semua boleh dilakukan sendiri. 

Tapi saya tertanya sendiri, apabila kita sebagai majikan ditikam dari belakang oleh pembantu rumah, siapa pula nak membela nasib kita?  Bukankah kita berada di negara sendiri?  Bukankah seharusnya kita punya hak mendapat pembelaan di dalam segala segi?  Ini tidak, segalanya akan tamat setelah kita membuat laporan di 'kantor polisi.'  Jika berjaya ditangkap, dapatlah hukuman tetapi jika tidak berjaya ditangkap, hiduplah dia bebas dan mungkin orang lain pula bakal menjadi mangsa. 

Cumanya kita tiada pilihan, terpaksa jugalah.  Dengan keadaan sekarang yang mana menuntut segalanya memerlukan pembiyaan, mana mungkin hanya seorang sahaja yang mencari nafkah.  Eh tahu tak, sekiranya pendapatan anda di bawah RM3,000 sebulan anda berada di dalam kelompok miskin bandar?  Sungguh kecil nilai wang sekarang!!  Sebab itulah, takkan boleh jika seorang sahaja yang bekerja.  Nak tak nak, pembantu rumah adalah penyelemat sementara (itu pun kalau tak ada buat hal macam-macam). 

Yang ada di rumah ni pun dah mula nak buat hal, sedangkan dia dah lama bersama kami.  Hanya kerana adik-beradiknya selalu telefon dan mengajar supaya minta macam-macam.  Jika tidak ramai lagi yang boleh bayar harga jauh lebih tinggi terutama jika bekerja di kilang atau kedai-kedai.  Ramai sangat penghasut!!  

GM senang, jika berminat nak sambung perkhidmatan, kerja baik-baik tapi jika banyak hal, berhenti sahaja.  Tak ada acara pujuk memujuk atau pun siri luahan perasaan supaya kita mendengar tuntutan tak masuk akal mereka.  Setakat hari ini, tiada lagi perkara memeningkan kepala berlaku.  Esok lusa Wallahuaallam....Tapi susah juga GM jika tiada yang membantu, askar ada tiga orang semuanya.

Moga Allah SWT melindungi kami sekeluarga dan bebas serta jauh dari masalah sedemikian, Insyaallah.  Bersabarlah rakan-rakan dengan karenah pembantu rumah.  Bukan selalu pun mereka bernasib baik, akan sampai masa dapat juga pembalasan setimpal.  

nota:  apalah, tengah waktu begini cerita perihal orang gaji...




No comments :

Post a Comment