Followers

Tuesday, September 6, 2011

::Pra-Raya - Membeli Belah::

Berdasarkan pada tajuk, pasti ramai ingat saya shop till you drop.  Tak adalah sebenarnya dan kalau ikutkan membeli-belah langsung tidak tersenarai dalam senarai semak sambutan hari raya kali ini.  Ianya berlaku secara tidak sengaja. 

Dalam hari Jumaat minggu terakhir puasa rasanya, keluar berbuka puasa dengan Abang.  Keluar pun sebab ada perkara tapi dah tak ingat apa dianya, kemudian cari-cari lokasi berbuka puasa.  Punyalah malam tu nafsu makan ke arah makanan ala Western lantas mencadangkan ke Uptown Damansara.  Mana lagi kalau bukan ke Steven Corner.

Entah macamana, Abang kata cuba call Mimie mana tahu dia ada di kawasan berhampiran ke bolehlah jumpa.  Memang rezeki nak bertentang mata agaknya, dia pun sedang menikmati makanan di salah sebuah gerai di Uptown bezanya mereka dah nak gerak ke tempat lain.  Yelah, kami sampai sana dalam jam 8.30 malam macam tu.

Jumpa dan borak-borak, rupanya mereka hendak menghala ke Kompleks PKNS Shah Alam.  Nak beli kerepek katanya.  Abang tanya nak pergi ke?  Saya tak kisah, lagi pun bukan ada nak dibeli pun.  Setakat jalan-jalan cuci mata.  Dalam fikiran mengagakkan pasti tidak ramai orang di sana.  Pada saat itu, Jalan TAR dah tentu-tentu padat.

Jangkaan meleset betul.  Ramai gila orang, warga Shah Alam barangkali.  Jangan tak tahu, Abang yang bekerja di Shah Alam sendiri tidak pernah ke sana, sebab tu dia tak tahu situasi semasa.  Alang-alang dah sampai takkan nak balik pula.  Redah sahajalah kesesakan lalu lintas dan lautan manusia.  Kitaorang letak kereta betul-betul hadapan Bank Negara Malaysia di Shah Alam.  Mimie and The Gang parking dalam Alam Sentral, kalau tak silap.

 Kereta bersimpang-siur.  Pertama kali datang ke Shah Alam di musim perayaan sebegini.  Sebelum ni tak pernah, memang ramai betul umat manusia

Jalan-jalan dalam kompleks tersebut, terjebak juga membeli tempeyek dan kuih-muih.  Mimie beria promosi tempeyek gerai tersebut.  Memang boleh tahan sedap.  Abang kata kuih tat dibeli pun rasanya lazat.  Putu kacang yang saya beli sahaja mengecewakan.  Rasa sabun.  Terlebih perisa barangkali.  Nasib baik tak beli banyak.  Ingatkan nak beli serunding, tapi harganya...hmmm..100gm RM7, bayangkan kalau sekilo??  Maunya tak mencecah puluhan ringgit??  GM kata tak perlulah, mahal sangat.

Kemudian diaorang ajak berjalan di kawasan luar kompleks pula.  Gerai-gerai bawah khemah, lebih kurang macam di Jalan TAR.  Banyak pilihan sebenarnya sebab itulah ramai orang datang ke sini.  Perbandingan harga tak pasti pula berpatutan atau tidak kerana saya langsung tidak survey harga pada kali ini, yelah ingatkan tak nak keluar membeli. 

Sambil membelek, sambil merasa sample kuih, sambil berjalan kami bergelak ketawa.  Di luar inilah baru Abang bersemangat hendak mengangkat lensa kamera.  Dia kata dalam kompleks tadi panas dan sesak, tak selesa nak ambil gambar.  Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakam.

Keunikkan gerai ini diaorang masak dodol di situ dan jual kepada pelanggan.  Pelancong ralit melihat mereka mengacau dodol.  Apa lagi, kami pun ambil kesempatan walaupun setakat pegang sahaja sudip tersebut.


Pencarian kuih raya tapi mereka ni semua pakat-pakat rasa dulu.  Tak sedap bo-layan.  Kalau sedap, boleh masuk dalam senarai pembelian.  Kalau tak silap malam tu Soraya sibuk cari kuih bangkit.  Setiap gerai disinggah mesti biskut itu yang akan dicari.


Tergerak hati nak beli kek lapis Sarawak tu, tapi harga mahal pula.  Bukan kedekut, tetapi tahun ini memang tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan sesuka hati.  Teringat di rumah dah ada kek lapis Indonesia yang Abang belikan, terus lupakan hasrat.  Lain kali bolehlah dengan harga sedemikian.  


Tinjau-tinjau orang menjual baju kurung pula dan sekali lagi tiada apa pun yang dibeli.  Sehelai baju telah ditempah untuk lembaran, Insyaallah akan saya letakkan di sini satu hari nanti.


Sambil menunggu mereka memilih barangan, sempat Abang minta saya berposing.  Layankan sahajalah.  Sejak akhir-akhir ini, memang susahlah nak lihat gambar Abang kerana dia sahaja pandai pegang gajet istimewa, jadinya memang jaranglah gambar dia diambil


Tengok gambar ni, nak tergelak pun ada.  Terbeliak mata Mimie tapi tak tahu kenapa.  Ala-ala terkejut.  Waktu ni tengah tunggu Suhaili memilih tudung...


dan..akhirnya saya terjebak sama membeli sehelai.  Tapi bukan yang ini, yang biasa-biasa sahaja.  Pagi raya nanti tak adalah asyik nak pinjam tudung Siti Cutie untuk ke kubur.  Manalah tahu satu hari nanti akan berhijrah pulakan, kita doa bersama-sama ya..


Selesai sahaja di sana kami tuju Pelita Nasi Kandar Shah Alam untuk membasahkan tekak sekali harung dengan sahur.  Dekat pukul 2 pagi juga baru kami semua berpisah sambil bersalam-salaman Hari Raya.  

Alhamdulillah, walau rezeki tak seberapa tapi adalah juga untuk rumah.  Jadilah dari tak ada.  Seronok mencuci mata dan keseronokkan berganda bila melakukannya bersama teman-teman.  Nantikan entri seterusnya ya, tapi masih lagi dalam frasa pra-raya.  Cerita hari raya lambat lagi rasanya...




nota:  berdoa untuk yang terbaik





    

No comments :

Post a Comment