Followers

Saturday, September 10, 2011

::Pra-Raya - Petang Akhir Ramadhan

Jika di kampung, petang akhir Ramadhan merupakan saat paling sibuk terutama medan dapur.  Ibarat berperang lagaknya.  Bila tidak beraya di kampung, kami cuba mencipta suasana tersebut demi anak-anak di rumah merasa sambutan lebaran.  Dari awal Ramadhan telah merancang untuk aktiviti petang raya iaitu bakar lemang.

Tahun sudah bakar lemang, tahun ini pun sama.  Apa yang membezakan, Ninie sekeluarga tiada, pulang beraya ke Kelantan.  Jika mereka ada, keseronokkan pasti berganda.  Riuh pasti memecah suasana terutama gelagat anak-anak.  Tapi Buah Hati masih belum dapat merasai keseronokkan, masih kecil lagi agaknya.  Lagi pula dia tidak pernah beraya di kampung.  Bagi dia hari-hari dilalui sama sahaja.
 
GM pun turut sibuk dengan membakar kek selain menyediakan juadah berbuka.  Rendang dan kuah kacang seperti biasa hanya akan di masak keesokkan pagi jam 5 pagi macam tu.  GM akan bangun dan masak.  Tiada apa istimewa pun berbuka kami dek kerana kesibukkan dengan lemang dan ketupat.  Bersyukur sangat ibadah berpuasa tahun ini tidak banyak halangan.   


Hampir 30 batang buluh lemang hendak dibakar.  Mula agak lambat dalam jam 3 petang, walhal telah merancang untuk mula awal.  Yelah, kasihan pada Abang.  Dia pun mahu berbuka puasa dengan keluarga juga.  Tapi nak buat macamana, GP bawa pulang barang-barang untuk masak lemang sangatlah lewat.  Sementara menunggu GP sempat jugalah kami berdua keluar membuat pembayaran bil dan singgah Carrefour beli air botol.

Selain lemang, ketupat turut menjadi pilihan.  Tahun ini GM langsung tidak masak nasi himpit.  Saya lebih sukakan ketupat berbanding nasi himpit.  Entah mengapa selera lain benar bila berhadapan dengan ketupat.  Dek kerana masak ketupat sendiri di rumah, pergi beraya rumah orang tak berapa nak jamah nasi himpit.  Dekat 50 ketul ketupat untuk tahun ini.  

Alhamdulillah, baik ketupat mahupun lemang kedua-duanya menjadi walau terpaksa berjaga hingga jam 4 pagi.  Kasihan mereka yang membakar lemang.  Letih lesu berhadapan bara api.  Tidak tahu di mana silap, 6 batang lemang terakhir tak masak-masak dari jam 11 malam sehingga kami semua menyerah kalah.  

Takkan nak tunggu hingga jam 6 pagi pula.  Mahu tak beraya, terutamanya Abang.  Sudahlah dia nak pulang ke Sentul.  Tapi semuanya selesai juga dan komen diberikan oleh semua orang SSSEEEDDDAAPPP!!!  Siap ada nak tempah jika buat lagi tahun hadapan.    

Jom saya pertontonkan gelagat kami semua.  Walau tidak semeriah mana, keceriaan tetap terpancar.  "Terima kasih Allah di atas segala kurniaan" 

 Sarung ketupat yang belum diisi.  Pagi-pagi lagi dah bangun untuk ketatkan sarung.  Di rumah tiada siapa pandai anyam, jadinya beli sahajalah daun ketupat yang telah dianyam.  Saya beli sewaktu berjalan-jalan di Shah Alam hari tu.  Satu RM0.60 dan saya beli 30 biji.



 Siap-siap untuk isi ketupat dan lemang


 Tugas Siti Cutie mengisi lemang.  Bukan senang ya, kena pandai dan pantang orang yang hendak membakar lemang, jangan diketuk selagi belum bakar. 


 Buah Hati pula membantu saya mengisi beras ke dalam sarung ketupat.  Walau kecil tapi faham apa yang diarahkan.  Banyak juga berjaya dilaksanakan sebelum dia berlari pergi bermain.  Ramai yang makan ketupat hasil isian Buah Hati =)


Tugas mencuci lemang haruslah diberikan kepada orang yang gagah-gagah seperti Macho Man..he..he..he..

 Baru memulakan proses pembakaran.  Penat tau bakar lemang ni

 Lemang-lemang batch pertama yang hampir masak.  Waktu ini menghampiri senja dan bersiap-siap untuk berbuka.


 Batch pertama berjaya dimasak lebih kurang jam 8 malam.  Masing-masing teruja untuk menikmati keenakan lemang tersebut.  Alhamdulillah hasil mereka berdua tidak mengecewakan


 Sempat lagi keluarga ni bergambar di malam raya.  Walaupun letih tetap melayan karenah anak-anak.  Buah Hati paling seronok berlari ke sana sini


 Walau kepenatan, tetap berusaha memberi pose terbaik.  Peluh keluar memang tak ingat punya.  Boleh kuruslah jika selalu begini


 Ayu Bam Bam menghabiskan sisa terakhir santan.  Tiga kali berulang alik ke kedai bagi mendapatkan bekalan santan.  Memanjang tak cukup, kerana itu mungkin lemak mereka lemak berkrim


 Lemang yang telah masak dan dipanaskan di tepi bara


 Bosan menjadi penunggu, ambil gambar sendiri.  Dah tak ada siapa nak layan saya dek dihambat kesibukan melampau


Pembakaran terakhir sebelum berhenti jam 4.30 pagi.  Api marak menyala dengan bantuan kayu api yang mereka ambil sekeliling rumah
 

nota:  habis sudah....

No comments :

Post a Comment