Followers

Monday, December 5, 2011

::Sedikit Celaru::

Hampir 2 tahun menanti peluang, sekarang ianya bermain-main di birai mata dan minda.  Entahlah, tidak pasti akan kewajaran untuk memohon.  Hati menghentak-hentak mahukan tetapi akal berfikir ligat.  Kemampuan dari pelbagai sudut harus diambil kira.  Tak salah mencuba tetapi andai hadirnya rezeki persediaan bagaimana? 

Tak suka berada di dalam dilema sebegini.  Obor cita-cita tidak pernah dan tidak akan terpadam, hanya masa sahaja belum tentu pasti.  Dek runsingkan perkara ini, mata sendiri sukar terkatup walhal jarum waktu berdenting-denting berlalu laju.  Moga Allah beri petunjuk terbaik buat diri ini.. 

Selamat dibuai mimpi indah rakan-rakan dan bangun dalam keadaan menggembirakan kelak!!


nota:  pelbagai rasa.... 

No comments :

Post a Comment