Followers

Thursday, January 5, 2012

::Buat Penggemar Coklat::

Sabtu dua minggu lepas, sedang ralit membaca akhbar Harian Metro, terpandang akan maklumat mengenai kebaikan coklat.  Alang-alang untuk diri sendiri, saya kongsikan di sini.  Selepas ini tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengambil coklat dalam kadar diperlukan, asal jangan berlebihan kerana apa sahaja yang diambil dalam kuantiti banyak, akan membawa mudarat buat diri sendiri.  Ingin kebenara, rujuk pada yang pakar ya.  Selamat membaca!

MITOS: Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat
FAKTASatu bari 1.5 auns coklat susu menyumbang kandunga peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyoykan (USRDA):  Kalsium - 9%, Riboflavin - 9%, Protein - 6%, Zat Besi - 3%, Vitamin A - 2.4%, Thiamine - 2%.  Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan.  Coklat sungguh berkhasiat

MITOSCoklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak
FAKTAKajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOSCoklat mengandungi sodium yang tinggi
FAKTASatu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5mg soduim; satu bar coklat susu - 40mg.  Cuba bandingkan dengan 1 cawan susu - 122mg; 1 keping roti gandum - 132mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOSCoklat menyebabkan kerosakkan gigi
FAKTAKajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi.  Oleh itu coklat juga bukanlah penyebab jerawat.  Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak berlebihan. 

MITOSKafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif
FAKTASatu auns coklat adalah 5mg.  Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 mg dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 32-65mg bagi satu ten seberat 12 auns.  Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

MITOSMemakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab kegemukan kanak-kanak
FAKTAKajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein


  Yummy!!!  Imej diambil melalui pencarian enjin Google Image


nota:  bukan penggemar tegar coklat

No comments :

Post a Comment