Followers

Thursday, January 12, 2012

::Crazy Potato::

Pusat membeli belah One Utama (OU) memang kerap dikunjungi kami sekeluarga.  Antara sebab utama, berhampiran rumah dan yang kedua kerana kemudahan tempat letak kereta.  Kami sekeluarga mendaftar sebagai One Card Member, boleh letak kereta di Preferred Parking.

Sememangnya, kami sangat hafal dengan barisan kedai dan keseluruhan kawasan OU.  Dalam pertengahan tahun lepas, they did major renovation which involved Old Wing area.  Memang nampak lain sangat, more impressive than previousLots of new upcoming well-known brandOne of it of course Candylicious and Popcorn GarretIn this coming few months I-Setan pula nak buka.  Memang akan padatlah OU selepas ni.

Ada sekali tu, GM nak jumpa kawan lama.  Minta saya dan Ayu Bam Bam temankan.  Okaylah sebab OU kan, GM jumpa kawan kami merayau.  Jalan-jalan terutama Old Wing area yang dah refurbished, terpandangkan outlet baru, Crazy Potato.

Basically, they sell french fries tapi yang menarik perhatian, Origin from British katanya.  Tanya Ayu Bam Bam dulu di London ada ke kedai ni.  Yelah sewaktu Ninie belajar di sana mereka semua turun naik London.  Ada yang duduk berbulan di sana menghabiskan masa lapang.  Saya sendiri pernahlah juga jejak kaki ke sana tapi bukan sewaktu Ninie sebagai penuntut.

Ayu Bam Bam kata tak ada pula, mungkin selepas mereka pulang ke Malaysia baru kedai ni ada.  Kononnya nak berangan as 'Londoner' belilah juga dengan penuh keyakinan.  Saya ambil perasa Pickle Mayo, Ayu Bam Bam ambil Cheesy Cheddar rasanya.  

Mula-mula tu boleh tahan juga, tapi masuk fries yang ke-5 mula rasa muak.  Saya agak sebab tak pedas.  Orang Malaysia tulen kalau tak makan pedas tak sah, minta sos pula.  Okay, boleh tahan tapi tak lama.  Selepas dua tiga suap, muak jadi mual..he..he..he..

Sudahlah tamak, saya beli satu Ayu Bam Bam satu.  Tanya dia okay ke tak?  Dia kata kena makan perlahan-lahan, kalau tak memang muak.  Maaf cara dia tak menjadi bagi saya.  Sudahnya saya pegang sampai jumpa GM dengan harapan GM akan habiskan.  Pun tak juga!

Bukan nak kata tak sedap cumanya bila dicampur sos berperisa, tekak tak berapa nak terima.  Bagi penggemar tegar kentang goreng boleh rasanya mencuba Crazy Potato ini, bersulam sos beraneka perasa.  Mungkin lain kali saya cuba perasa lain pula.  

Kedai ni di bahagian bawah sekali penghubung antara Old Wing dan New Wing.  Small outlet, konsep beli dan gerak.  Tak ada meja pun.  Cubalah ya sekiranya rakan-rakan ke OU.  Mana tahu sedap dan kena pula dengan selera.  

  Cari kedai ini sekiranya anda penggemar kentang goreng


Harga ditawarkan bagi setiap makanan yang dijual.  Boleh tahan mahal sebenarnya, tapi Origin From British, memang tinggilah harganya


 Bungkusan kentang goreng.  Kelakarkan gambar Crazy Potato ni, memang crazy juga yang saya rasa.  Tak mampu nak habiskan.


Saya puna, Pickle Mayo


 Ayu Bam Bam punya, Cheesy Cheddar



No comments :

Post a Comment